Amalkan tips mudah tangani stres serta merta...Amalkan 10B
- Bertenang Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.
- Bernafas secara dalam Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.
- Berkata : Relakslah.... Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.
- Beribadat Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.
- Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang Perasaan/ masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. berkongsi perasaan/ masalah akan melegakan dan mengurangkan stres dalam diri.
- Berurut Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.
- Berehat & mendengar muzik Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.
- Beriadah Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.
- Bersenam Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.
- Berfikiran Positif Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.