kes Syaleza.
Kematian Syaleza.
SHAH ALAM: Polis mengambil keterangan 10 individu bagi membantu siasatan kes eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar yang ditemui mati di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, Sabtu lalu.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan, berkata dua daripada 10 individu itu ialah rakan sekerja allahyarham manakala lapan lagi adalah jiran terdekatnya.
"Polis akan mengumpul kesemua bukti berdasarkan keterangan yang diambil, dan kita berharap kes ini dapat diselesaikan dengan kadar segera dengan adanya keterangan ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.
Beliau berkata, berkemungkinan ada beberapa saksi lagi yang akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan mereka berkaitan kes itu.
Syaleza, 31, ditemui mati oleh suaminya dalam bilik tidur rumah mereka, dan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita itu.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang juga anggota keluarga terdekat Syaleza di Segamat, Johor pada jam 10.15 malam pada Ahad lalu bagi membantu siasatan kes itu.
Thaiveegan berkata, setakat ini tiada tangkapan baru dibuat dan lelaki yang bekerja di bahagian teknologi maklumat di sebuah firma itu direman sehingga 6 Ogos.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
- BERNAMA
apa itu 'siti kelembai'? sama ke dengan sang kelembai
dah 2 hari berlegar2 di tv3 dan tv9 menggantikan ular emas(best jugak ada ular yg boleh jadi sumber harta.. hehe)
'kelembai'.. macam pernah dengar.. tapi xpasti apa maksudnya.. jadi telah men wiki dan mendapat jawapan nya seperti berikut
Sang Kelembai merupakan makhluk ghaib yang menghuni hutan tertentu di beberapa tempat di Malaysia. Sesetengah tempat dipanggil Sang Gedembai.
Sang Kelembai mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu.
barula teringat yg masa dahulukala pernah baca buku cerita pasal sang kelembai ni..
dan semasa men google tadi tentang siti kelembai.. ada beberapa blog komen/tulis entry tentang cerita ni..
antaranya encik ben.. Aku tak pernah tengok drama bersiri Siti Kelembai ni .. Tiba tiba ari ni aku tertengok .. hehe.. Ada sesuatu yang aku tak berkenan.. iaitu HUKUM KARMA.. lanjutnya di sini
ada juga tentang sinopsis nya di blog http://darkbatman.com/
pastu entry tentang siti kelembai ni pun ada kat http://shinymeteor.blogspot.com/
dan baca sinopsis kat sini menarik juga.. sebab lebih banyak gambar dan agak detail.. http://www.kakinakl.com/
yang ni semua yang ada kat first page en google ye..
selamat menonton pada yang berminat..