Nak Souvenier best?

Asal usul nama kereta Kelisa.



inilah rupa ikan kelisa ye..
BAGAN SERAI: Ikan emas arowana Malaysia kini diusahakan untuk menjadikannya sebagai warisan negara.
Jabatan Perikanan dengan kerjasama Sirim Berhad, akan memperkenalkan Standard Spesifikasi Ikan Arowana Emas Malaysia atau DOF STAND1:2012 untuk ikan yang bernilai tinggi itu dikategorikan sebagai warisan negara.
Ketua pengarahnya, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, standard spesifikasi itu adalah penting untuk pertumbuhan industri ikan arowana emas bagi mengekalkannya sebagai salah satu ikan hiasan yang paling mahal di dunia.
“Pada tahun 2010, penternak di seluruh negara menghasilkan 336,000 ikan arowana atau kelisa bernilai RM151 juta,” katanya selepas pembukaan Bengkel Kualiti Standard Ikan Arowana Emas Malaysia di Bukit Merah di sini, Rabu.

iPhone 5 dah di review?

iPhone 5 dah di review?


Ye iPhone 5 dah dilancarkan dah. So what?.. Teruja ke? Mestilah teruja sebab cita-cita nak mendapat gajet paling popular ni masih belum tercapai. iPhone 5 ni ke idaman nur? Amboi.. tingginye cita-cita..  Seingat nur dulu hebohle juge iPhone 5 ni nak dikeluarkan dalam 2011. Namun, kaciwa para peminat sebab yang keluarnya iPhone 4s. Bestke guna iPhone ni ye kawan-kawan. Sebenarnya masih dalam perkiraan nak guna yang mana : iPhone atau Samsung. Itupun kalau pak menteri luluskan dalam BAJET 2013. (hah tetiba).

"Peranti keluaran kelima itu dijangka lebih nipis, mempunyai skrin yang lebih besar dan penyambung dok yang lebih kecil, "

Ini petikan khabar tentang  iPhone 5 dulu. Sekarang ni memang terbuktila ianya lebih nipis dan lebih ringan dan perisian yang di upgradekan. Lepas ni bolehla nur melangkaui web web yang bercerita tentang iPhone 5 mi. Atau ada yang dah booking iPhone 5 ni? Bila nak sampai Malaysia?

Zed Zaidi Hilang Kereta.

Zed Zaidi Hilang Kereta.


kosmo:

PETALING JAYA – Malang menimpa lagi kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi (gambar) apabila kereta miliknya dicuri orang awal pagi kelmarin.
Ia merupakan kes kedua yang menimpa beliau atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, selepas sebuah kereta Toyota miliknya dilaporkan hilang di Nilai, Negeri Sembilan pada tahun 2007 dan sehingga kini ia belum ditemui lagi.
Kali ini, beliau melaporkan kehilangan kereta Perodua Kelisa berwarna perak yang diletakkan di hadapan rumahnya di kondominium Perdana View di Damansara Perdana di sini.
“Pada awal pagi kelmarin saya dimaklumkan oleh isteri dan pembantu peribadi saya bahawa kereta itu yang diletak di hadapan kondominium kami sudah lesap selepas pulang dari membeli-belah.
“Selepas mengesahkan kereta itu tidak digunakan oleh keluarga terdekat, isteri saya membuat laporan polis pada malam kejadian,” ujarnya yang dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Tambah Zed Zaidi, kereta yang dibeli lebih dua tahun lalu itu biasanya dipakai oleh ibunya dan diletakkan di hadapan kondominium ekoran ketiadaan ruang tempat letak kereta di dalam kawasan kediamannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...