Nak Souvenier best?

cleft palate? 3

Rawatan

Kanak-kanak yang mempunyai rekahan bibir atau lelangit biasanya memerlukan rawatan khusus oleh pasukan pelbagai disiplin termasuk pakar bedah plastik, pakar ortodontik, pakar pergigian pediatrik, ahli terapi pertuturan, pakar bedah mulut, pakar ENT, dan lain-lain.

Pengurusan bermula dari lahir dengan kaunseling diberikan kepada ibu bapa untuk meyakinkan mereka, menerangkan tentang keadaan yang sebenar dan memberikan nasihat tentang pemakanan yang praktikal. Selepas kanak-kanak itu boleh makan dengan baik dan beratnya bertambah, dia boleh menjalani pembedahan yang pertama.

Bibir akan dibaiki terlebih dahulu beberapa minggu atau beberapa bulan selepas kelahiran, diikuti dengan penutupan lelangit. Di Malaysia, kebanyakan rawatan dilakukan oleh Pakar Bedah Plastik.

Batas alveolus boleh dibaiki dengan meletakkan graft tulang ke dalam alveolus. Ia membolehkan gigi disusun secara ortodontik. Rawatan ini biasanya bermula pada kegigian campuran, iaitu pada usia 8 atau 9 tahun, dengan mengembangkan rahang atas untuk persediaan meletakkan graft tulang ke dalam batas alveolus bila berusia 10 tahun.

Apabila gigi kekal telah tumbuh, rawatan ortodontik yang seterusnya akan menggunakan aplians tetap.

Lebih kurang 25% daripada kanak-kanak dengan rekahan lelangit sebelah, mengalami pertumbuhan rahang atas yang tidak sama dengan pertumbuhan rahang bawah. Jika ini berlaku, kanak-kanak tersebut mungkin memerlukan pembedahan orthognathic untuk menyusun gigi dan membolehkan rahang atas berkembang.

Untuk kanak-kanak ini, fasa kedua rawatan ortodontik mungkin melibatkan pembedahan yang dipanggil osteotomy yang menggerakan rahang atas ke depan dan ke bawah.

Akhir sekali, kanak-kanak istimewa ini perlukan rawatan pemulihan untuk mengganti gigi yang hilang atau kecacatan lain, serta mengawal pergerakan gigi yang telah menjalani rawatan ortodontik.

Bagaimana Untuk Meningkatkan Hasil Rawatan?

Kejayaan sesuatu rawatan bergantung kepada penjagaan pergigian yang sihat sepanjang hayat. Kehilangan gigi akan menyebabkan rawatan seterusnya menjadi lebih sukar. Kanak-kanak ini mempunyai risiko tinggi kepada penyakit pergigian tetapi ia boleh dicegah dengan penjagaan mulut yang baik.

Mereka perlu dibawa berjumpa doktor pergigian setiap enam bulan untuk rawatan pencegahan, nasihat pemakanan, serta rawatan pemulihan.

Rawatan Susulan

Bawa anak anda untuk pemeriksaan pergigian secara berkala di klinik-klinik Pakar Pergigian Pediatrik di Malaysia bagi memastikan anak anda mendapat rawatan yang disediakan oleh pihak hospital

2 comments:

Nancy Poh said...

owh..apa persamaan kes ni dgn kes sumbing?? adakah benda tu sama atau berbeza??

nur said...

nancy- sama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...