Nak Souvenier best?

Showing posts with label budak mati kerana mercun. Show all posts
Showing posts with label budak mati kerana mercun. Show all posts

Jom Main Mercun.


~Teringat kisah tahun lalu yang tempat simpanan mercun meletup hingga korbankan nyawa anaknya.
KUALA TERENGGANU — Ibu bapa yang membiar dan membenarkan anak-anak mereka bermain mercun bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.
Amaran itu dikeluarkan oleh Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa yang melihat aktiviti bermain mercun masih berleluasa di negeri ini.
Menurut Jamshah, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dengan penjualan dan membiarkan anak-anak terus bermain mercun.
"Larangan bermain serta menjual mercun masih berkuatkuasa dan jika kita dapat tangkap kanak-kanak bermain mercun yang merbahaya, ibu bapa mereka akan kita dakwa di mahkamah dengan segera,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.— BERNAMA

budak mati kerana mercun

~sedih bila mengenangkan hayat anak kecil itu berakhir penangan mercun milik bapanya- mayatnya sehingga terpelanting ke atas pokok.. harapnya perkara ni jadi pengajaran terutama kpd pembekal mercun..

Mercun milik bapa mangsa?

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 23 Ogos – Polis kini menyiasat kemungkinan bapa Khairil Arif, budak lelaki berusia enam tahun yang maut dalam kejadian letupan sebuah rumah dijadikan stor simpanan mercun dan bunga api di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini semalam, ialah pemilik bahan letupan tersebut.

Siasatan polis di rumah lama tersebut menemui sebanyak 15 kotak besar mercun yang disimpan di bahagian dapurnya, antaranya Artillery, Ascorted, Cork Electrical dan Whistling Tail.

Bapa Khairil Arif, seorang peniaga berusia 28 tahun yang menghilangkan diri sejak kejadian itu akhirnya pergi ke rumah lama tersebut pada pukul 12.55 tengah hari ini dan menyerah diri kepada pihak polis.

Peniaga itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini sebelum ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, bagi menguruskan jenazah anaknya yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam Lama di Cabang Tiga, petang ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan pada sidang akhbar di sini hari ini berkata, bapa mangsa merupakan individu yang dikehendaki di dalam kes tersebut.

Beliau turut menunjukkan sisa mercun yang ditemui dalam kejadian letupan tersebut.

“Lelaki tersebut ditahan di lokap IPD Kuala Terengganu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

“Sejak kejadian, polis mencarinya bagi membantu siasatan kes tersebut selain untuk menguruskan jenazah anaknya (Kharil Arif) di hospital,” katanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...