Nak Souvenier best?

Showing posts with label 23A dalam O Level. Show all posts
Showing posts with label 23A dalam O Level. Show all posts

Mimpikan iPhone5 Malaysia.

Mimpikan iPhone5 Malaysia.


Apa kena malam-malam buta ni mimpi kan iPhone5? Kalaulah mimpi dapat iPhone5 tu menjadi kenyataan kanke best. Bila agaknya iPhone5 ni nak sampai kat Malaysia? Hebat sangatke iPhone5 ni ye?..

Kehebatan iPhone5 ni bolehla dikomen kalau nur dah guna nanti. Itupun entahkan bilal.. Cita-cita tinggi menggunung.. Kalau ada yang nak bagi mimpi Nur ni jadi kenyataan, sila hadiahkan sebijik iPhone5 ye.. Takpun masa tu dah keluar iPhone10 yang digembar gemburkan panjang macam ROTI JOHN.

Nur dah tengok ramai yang komen tentang telefon ni. Banyak yang ok dan banyak juga yang tak ok. Biasala setiap barang tu ada kebaikan dan keburukan. Tapi kalau dah suka.. mata bisa jadi buta.. muahaha..

Agaknya berapa range harga iPhone5 ni nanti ye. Pastinye telcos akan bersaing menawarkan pelbagai offer menarik. Kita tunggu lihat dan tangkap. Tapi kalu jatuh.. pecah juge kan iPhone5 ni hatta mana2 fon pun..

Biar Betik!! 23A....

ISLAMABAD - Seorang pelajar lelaki di Pakistan telah memecahkan rekod dunia apabila dia memperoleh 23A dalam peperiksaan Cambridge O Level.

Remaja itu, Ibrahim Shahid, 17, anak kepada seorang profesor kejuruteraan elektrikal mendapat pendidikan di sekolah swasta Beacon House di Islamabad.

Ibrahim berjaya mencatat rekod kerana mendapat 23A dalam 24 mata pelajaran dalam peperiksaan Cambridge itu.

Dia mendapat 23A selepas memperoleh ihlam daripada kisah bapa bom atom Pakistan, Abdul Qadeer Khan yang diangkat menjadi hero negara.

Abdul Qadeer dikritik negara-negara Barat selepas dia mengaku menjual rahsia nuklear kepada Iran, Libya dan Korea Utara pada 2004.

"Ini satu pengiktirafan kepada negara saya. Ia belum pernah dilakukan di peringkat O Level," kata Ibrahim yang berterima kasih kepada ibu bapa dan guru-gurunya.

Dia masih belum membuat sebarang keputusan mengenai bidang apa yang hendak diikutinya di universiti.

Namun, dia mengaku meminati bidang fizik dan ekonomi selain mahu memberi sumbangan kepada negaranya yang mundur akibat kemiskinan.

"Saya kagum dengan Doktor Qadeer Khan. Saya mahu berkhidmat kepada negara. Generasi akan datang perlu percaya dengan kerja keras dan tidak berputus asa. Mereka mesti bekerja keras untuk menjadikan sesuatu yang mustahil itu menjadi kenyataan," katanya.

Gurunya, Qurat-Ul-Ain menyifatkan kejayaan Ibrahim sebagai berita baik yang jarang berlaku.

Peperiksaan Cambridge 0 Level diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk pelejar berusia 14 dan 16 tahun.

Ia merupakan sebahagian daripada persediaan untuk kemasukan ke universiti. - AFP

~Bangga sangat kalau jadi parents dia kan?.. Macam kisah Nur Amalina tu kan yang dapat berbelas A dalam SPM- rekod negara..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...