Nak Souvenier best?

Showing posts with label mimpi. Show all posts
Showing posts with label mimpi. Show all posts

Mimpikan iPhone5 Malaysia.

Mimpikan iPhone5 Malaysia.


Apa kena malam-malam buta ni mimpi kan iPhone5? Kalaulah mimpi dapat iPhone5 tu menjadi kenyataan kanke best. Bila agaknya iPhone5 ni nak sampai kat Malaysia? Hebat sangatke iPhone5 ni ye?..

Kehebatan iPhone5 ni bolehla dikomen kalau nur dah guna nanti. Itupun entahkan bilal.. Cita-cita tinggi menggunung.. Kalau ada yang nak bagi mimpi Nur ni jadi kenyataan, sila hadiahkan sebijik iPhone5 ye.. Takpun masa tu dah keluar iPhone10 yang digembar gemburkan panjang macam ROTI JOHN.

Nur dah tengok ramai yang komen tentang telefon ni. Banyak yang ok dan banyak juga yang tak ok. Biasala setiap barang tu ada kebaikan dan keburukan. Tapi kalau dah suka.. mata bisa jadi buta.. muahaha..

Agaknya berapa range harga iPhone5 ni nanti ye. Pastinye telcos akan bersaing menawarkan pelbagai offer menarik. Kita tunggu lihat dan tangkap. Tapi kalu jatuh.. pecah juge kan iPhone5 ni hatta mana2 fon pun..

TAFSIR MIMPI SINGA.

TAKPAYAH PERCAYE LA KAN..

TAFSIR MIMPI SINGA.


Singa
Singa merupakan simbol kekuatan dan kekuasaan. Salah satu interpretasi mimpi melihat singa adalah bahwa Anda akan memiliki persahabatan yang berharga. Namun, juga bisa diinterpretasikan bahwa Anda harus berhati-hati terhadap kualitas egosentris Anda.

Singa adalah raja hutan dan lambang royalti. Dalam mimpinya, seorang wanita mungkin merupakan aspek jiwa pasangannya. Sebuah interpretasi Freudian menganggap, singa mewakili kekuatan dan mengagumi aspek ayah. Ini juga melambangkan sifat binatang ‘Anda’ atau agresivitas Anda akan kekuasaan.

Perodua MyVi.. Dan Jangan Terpedaya..

Perodua dah keluarkan Model MyVi yang baru.. Oke tak rasanya.. Tapi kalau MyVi memang berbaloi la sebab ruang yang cukup luas dan selesa berada di dalamnya sama ada sebgai pemandu atau penumpang. Sesuaila dengan harganya kan.

Apa kaitan jangan terpedaya tu.. Siapa yang nak perdayakan tu?.. Sebenarnya Puan Kutu telah mengomel di entry yang lepas tentang Jangan Mudah Terpedaya dengan cerita rekaan. Ia la kan. Terpedaya dengan kehebatan cerita- cerita rekaan manusia. Memangla kalau direka mestila kebanyakannya ending yang menggembirakan seperti yang diharapkan.. Cuba imejin kalau cerita tadi bukan hepi ending, tapi sebaliknya.. Ada juga yang bakal kena 'kita bako aja' tv kat rumah tu..

Kalau berfantasi ( perkataan yang lebih sedap didengar berbanding berangan) mestila kita imejin yang best best..
Ada ke jenis orang yg berangan tentang sesuatu yang sedih??

Tafsir Mimpi Tanam Pokok.

Pernah ke kawan-kawan yang bermimpi menanam pokok?.. Kat bawah ni hasil carian kat TAFSIRMIMPI dot wordpress. Bukan nya nak percaya pun. Saja suka-suka. Inilah kelebihan dunia global pada hari ini. DUNIA TANPA SEMPADAN. Hanya di hujung jari, pasti mendapat info tersendiri. Tapi, kenala panda mencari.. Silap hitungan jari, lain dicari lain pula yang didapati, maka sumpah seranah menghantui diri. Isk.. melalut pula.

Arakian kisahnya bermimpi menanam pokok pada suatu malam yang indah. Pokok amenda tah.. Tapi biasanya kalau mimpi ni berkaitan dengan apa yang dialami pada hari sebelum itu. Mungkin sebelum tidur tu terfikir nak menanam pokok.. maka minda bawah sedar pun mulala mereka cerita bawah sedar iaitu mimpi itu.. Macam-macam kan.

Kalau mimpi indah-indah bestla juga. Paling tidak gemar jika tidur diganggu mimpi yang kurang indah. Tentulah tidur tak lena.. Mandi tetap basah..


617. Mimpi duduk di atas pohon atau memanjat pohon : Akan mendapat kedudukan yang baik.

618. Mimpi menebang pohon sampai roboh : Alamat tidak baik dalam hal cinta.
619. Mimpi ada pohon roboh di atas bukit : Alamat akan turut pangkat atau derajat.
620. Mimpi melihat pohon tebu : Alamat rezekinya mudah.
621. Mimpi melihat pohon kurma : Akan memperoleh rezeki.
622. Mimpi melihat pohon delima berbuah banyak : Akan diberi harta dan kesantosaan.
623. Mimpi bercocok tanam tumbuh subur tanamannya : Usaha anda akan berhasil dan beruntung besar.
624. Mimpi menanam pohon asam : Akan menyesal dan kecewa.
625. Mimpi menanam pohon kelengkeng : Alamat baik akan mendapat kebahagiaan.
626. Mimpi bersawah ladang : Mudah memperoleh rezeki.

+Tafsiran mimpi ada orang nak datang meminang..

Ada yang mencari tentang ni ye?
+tafsiran mimpi ada orang nak datang meminang

Kata orang kalau mimpi kena patuk ular tandanya ada yang nak kena pinang. Tapi kalau dah mimpi ada orang nak datang meminang ni?.. Apa maksudnya?.. Apatah ye.. Ada kawan-kawan yang boleh bagitau maksudnya? Atau ada yang berpengalaman, bolehla cerita kat sini.

Mimpi adalah mainan tidur . Kadang-kadang kalau yang meminta, ada juga yang diberi petunjuk dalam mimpi ye. Tapi yang elok-elok la.. Kalau diberi petunjuk kononnya nombor ekor.. itu dah lain oke kawan-kawan. Sila jangan amalkannya.

Boleh tak kalau nak plan nak mimpi apa?.. Jom mimpi indah-indah seindah hidup ini ye.. Mimpi gi pantai kat Hawaii.. Terasing di pantai itu..

Nak Mimpi Apa?.. Boleh Ke Plan Mimpi Ni?..

~Mimpi yang baik-baik okela kan.. Kalau mimpi seram-seram tu.. takutla juge... Sebelum tidur ni.. Baca doa dulu.. Basuh kaki..

® Square™ Fine Lines 16-pc Set" title="Corelle Square™ Fine Lines 16-pc Set">

~Sekadar gambar hiasan...
-Ada ke kawan-kawan kat sini boleh menafsir mimpi ye?..

Prestasi Traffik Blog


Ini adalah prestasi traffik blog ini. Nampaknya ramai yang datang pukul 8 pagi ye.. Ramai tu (tak boleh banding dengan traffik blogger blogger hebat macam blog cikgudahlia.. (tak boleh lawan oke).. Sebanyak ni pun dah cukup gembira sebab ada juga yang sudi menapak ke sini.. almaklumla... blog yang tidak seberapa ini.. Kalau ada perkara menarik baru la share kat sini.. apapun gembira.. Bersemangat untuk berblog.. Tapi kata azzey(pinjam ye).. Utamakan yang utama dahulu ye kawan-kawan.. Ada sesiapa lagi nak bagi tip nak tingkatkan traffik di sini?. di alu alukan.. Nak bagi tips kat orang rasanya belum layak.. Masih newbie.. Yang masih belajar dan terus belajar... Jom sama berblog..

-Terharu bila ada juga pengunjung pagi pagi buta waktu tuan blog lena diulit mimpi..

Mimpi Apa Pula Kali Ni

Setelah tgh hari tadi tulis entry tentang mimpi, kali ni nak share pula amalan sebelum tidur..
Amalan sebelum tidur ni diambil dari sini. (yang tulisan kaler merah tu..) sebab yg tu menarik hati..( banyak juga web yang lain..)


Rasulullah berpesan kepada Aisyah RA :-

“Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu : -

1. Sebelum khatam Al Qur’an

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

Bertanya Aisyah :

“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”

Rasul tersenyum dan bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami Semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

~Buat sesiapa yang terlupa tu boleh amalkan balik (ingatan untuk diri sendiri juga)
kredit to hishamnazir

Selain tu:
Baca bismillah 21 kali..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...