Nak Souvenier best?

Showing posts with label tafsiran mimpi. Show all posts
Showing posts with label tafsiran mimpi. Show all posts

Mimpikan iPhone5 Malaysia.

Mimpikan iPhone5 Malaysia.


Apa kena malam-malam buta ni mimpi kan iPhone5? Kalaulah mimpi dapat iPhone5 tu menjadi kenyataan kanke best. Bila agaknya iPhone5 ni nak sampai kat Malaysia? Hebat sangatke iPhone5 ni ye?..

Kehebatan iPhone5 ni bolehla dikomen kalau nur dah guna nanti. Itupun entahkan bilal.. Cita-cita tinggi menggunung.. Kalau ada yang nak bagi mimpi Nur ni jadi kenyataan, sila hadiahkan sebijik iPhone5 ye.. Takpun masa tu dah keluar iPhone10 yang digembar gemburkan panjang macam ROTI JOHN.

Nur dah tengok ramai yang komen tentang telefon ni. Banyak yang ok dan banyak juga yang tak ok. Biasala setiap barang tu ada kebaikan dan keburukan. Tapi kalau dah suka.. mata bisa jadi buta.. muahaha..

Agaknya berapa range harga iPhone5 ni nanti ye. Pastinye telcos akan bersaing menawarkan pelbagai offer menarik. Kita tunggu lihat dan tangkap. Tapi kalu jatuh.. pecah juge kan iPhone5 ni hatta mana2 fon pun..

TAFSIR MIMPI SINGA.

TAKPAYAH PERCAYE LA KAN..

TAFSIR MIMPI SINGA.


Singa
Singa merupakan simbol kekuatan dan kekuasaan. Salah satu interpretasi mimpi melihat singa adalah bahwa Anda akan memiliki persahabatan yang berharga. Namun, juga bisa diinterpretasikan bahwa Anda harus berhati-hati terhadap kualitas egosentris Anda.

Singa adalah raja hutan dan lambang royalti. Dalam mimpinya, seorang wanita mungkin merupakan aspek jiwa pasangannya. Sebuah interpretasi Freudian menganggap, singa mewakili kekuatan dan mengagumi aspek ayah. Ini juga melambangkan sifat binatang ‘Anda’ atau agresivitas Anda akan kekuasaan.

Tafsir Mimpi Tanam Pokok.

Pernah ke kawan-kawan yang bermimpi menanam pokok?.. Kat bawah ni hasil carian kat TAFSIRMIMPI dot wordpress. Bukan nya nak percaya pun. Saja suka-suka. Inilah kelebihan dunia global pada hari ini. DUNIA TANPA SEMPADAN. Hanya di hujung jari, pasti mendapat info tersendiri. Tapi, kenala panda mencari.. Silap hitungan jari, lain dicari lain pula yang didapati, maka sumpah seranah menghantui diri. Isk.. melalut pula.

Arakian kisahnya bermimpi menanam pokok pada suatu malam yang indah. Pokok amenda tah.. Tapi biasanya kalau mimpi ni berkaitan dengan apa yang dialami pada hari sebelum itu. Mungkin sebelum tidur tu terfikir nak menanam pokok.. maka minda bawah sedar pun mulala mereka cerita bawah sedar iaitu mimpi itu.. Macam-macam kan.

Kalau mimpi indah-indah bestla juga. Paling tidak gemar jika tidur diganggu mimpi yang kurang indah. Tentulah tidur tak lena.. Mandi tetap basah..


617. Mimpi duduk di atas pohon atau memanjat pohon : Akan mendapat kedudukan yang baik.

618. Mimpi menebang pohon sampai roboh : Alamat tidak baik dalam hal cinta.
619. Mimpi ada pohon roboh di atas bukit : Alamat akan turut pangkat atau derajat.
620. Mimpi melihat pohon tebu : Alamat rezekinya mudah.
621. Mimpi melihat pohon kurma : Akan memperoleh rezeki.
622. Mimpi melihat pohon delima berbuah banyak : Akan diberi harta dan kesantosaan.
623. Mimpi bercocok tanam tumbuh subur tanamannya : Usaha anda akan berhasil dan beruntung besar.
624. Mimpi menanam pohon asam : Akan menyesal dan kecewa.
625. Mimpi menanam pohon kelengkeng : Alamat baik akan mendapat kebahagiaan.
626. Mimpi bersawah ladang : Mudah memperoleh rezeki.

+Tafsiran mimpi ada orang nak datang meminang..

Ada yang mencari tentang ni ye?
+tafsiran mimpi ada orang nak datang meminang

Kata orang kalau mimpi kena patuk ular tandanya ada yang nak kena pinang. Tapi kalau dah mimpi ada orang nak datang meminang ni?.. Apa maksudnya?.. Apatah ye.. Ada kawan-kawan yang boleh bagitau maksudnya? Atau ada yang berpengalaman, bolehla cerita kat sini.

Mimpi adalah mainan tidur . Kadang-kadang kalau yang meminta, ada juga yang diberi petunjuk dalam mimpi ye. Tapi yang elok-elok la.. Kalau diberi petunjuk kononnya nombor ekor.. itu dah lain oke kawan-kawan. Sila jangan amalkannya.

Boleh tak kalau nak plan nak mimpi apa?.. Jom mimpi indah-indah seindah hidup ini ye.. Mimpi gi pantai kat Hawaii.. Terasing di pantai itu..

Nak Mimpi Apa?.. Boleh Ke Plan Mimpi Ni?..

~Mimpi yang baik-baik okela kan.. Kalau mimpi seram-seram tu.. takutla juge... Sebelum tidur ni.. Baca doa dulu.. Basuh kaki..

® Square™ Fine Lines 16-pc Set" title="Corelle Square™ Fine Lines 16-pc Set">

~Sekadar gambar hiasan...
-Ada ke kawan-kawan kat sini boleh menafsir mimpi ye?..

tafsiran mimpi

tafsir mimpi

tidur malam yang tidak enak kerana disulami mimpi.jadi pagi ni konon-kononnya meng google la dengan seriusnya untuk mencari tafsiran mimpi. kata orang kalau mimpi dipatuk ular, ada orang nak masuk meminang,(tapi kalau orang tu dah kahwin macamana pula ye?) kalau mimpi diberi pakaian akan panjang usia.. kalau mimpi ular hitam mungkin berkaitan sihir..

mula mula baca site yang ni:tafsiran mimpi- banyak juga la info.. bila baca komen pun lagi banyak info dan macam macam mimpi yang dialami oleh pembaca pembaca.. menarik juga la baca tentang mimpi orang.. dan penafsir mimpi(agaknya la kot..) mula mula tu jawab agak serius.. akhirnya dah jadi lain.. lawak pula jadinya.. jadi kesimpulannya (setelah baca sendiri.. ) mimpi tu cuma mainan tidur terutama kalau sebelum tidur tu tak bersihkan diri dan tak baca doa atau tertidur dalam keletihan..

amalkan cara tidur yang sihat ye kawan kawan.. dan maafkan semua orang sebelum tidur..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...