Nak Souvenier best?

Showing posts with label amalan sebelum tidur. Show all posts
Showing posts with label amalan sebelum tidur. Show all posts

Tips untuk tidur yang lena.

Tips untuk tidur yang lena.


Takboleh tidur? Jom kongsikan tips kawan-kawan untuk mendapatkan tidur yang lena..
Nur nak kongsi juga tapi sila ambil peringatan bahawa tips tidur lena ini adalah pendapat dan pengalaman Nur sendiri: Kalau kawan-kawan nak kongsi tips sila cadangkan di kotak komen.

-Pastikan badan tu bersih sebelum tidur dan memakai pakaian yang selesa.
-Jangan tidur sambil menonton tv.. maksudnya jika boleh jangan ada tv dalam bilik tidur.
-Suasana bilik haruslah sesuai.. tutup lampu (tidur dalam keadaan lampu terbuka tidak elok).
-Minum susu suam sebelum tidur.
-Kalau nak pasang lagu-lagu slow ataupun bacaan Al Quran.
-Baca doa sebelum tidur ye..

Tidur Lewat Malam Tadi.

~Si DIA ni la yang tidur lewat malam tadi. Eh.. bangun awal pada pagi tadi.. Sekarang ni tak tau le si DIA ni dah bangun ke belum.. Nak petua bangun awal?.. Ketuk bantal tu sebanyak mana jam yang nak bangun.. contoh kalau nak bangun pukul 6 pukulla bantal tu 6 kali.. Sekian.. Pesanan tajaan rakan blogger jugak tu..


aduyai.. mmg aku ada masalah susah nak tido malam seperti mana dlm post aku sebenarnya aku dah ttdo kul 10 tadi. then aku terjaga balik. smbung study, wat assgnment kejap. bila dah ase byk soalan dah buat, trasa nak smbg wat jap lagi. hehek! pastu apa lagi, on lappy dan buat apa yg patut. ;] if korg nak tahu aku nie mmg tak tahu bahasa nak ddk diam. ada jew keje aku nak buat. tapi sekali dapat tidur ngn lena mmg takkan sedar apa. kira tidur mati la tue. haha! xD apapn, aku kena terima dan sedar bahawa aku nie seorang student. dan kena tahu hidup sbgai seorg student cmna. kira mmg standard la kan bercinta ngn buku2 dan assgnment semua tue kan? byk bnda aku kena tempuh. tak kan nak berjaya tanpa usaha apa2 kot... kira nak enjoy jew. tak mungkinlah senang2 leh berjaya lau cm tue

Tidur la!! Watpe lagi tu.. Tips Bangun Awal..


Teringat mak aku bercerita tentang arwah nenek aku yang selalu marahkan anak-anaknya bangun lewat. Kata nenek "oghang dah lepaih ke Bote, kome kat tempat tido lagi!" (Orang lain dah sampai ke Bota (Perak), korang masih lagi tidur!). Masa tu arwah nenek aku tinggal di Kampung Lasah, Sungai Siput, Perak iaitu kampung kelahiran aku juga. Daerah Bota tu memang agak jauh le jaraknya.

~Bila baca entry yang kat atas dari :http://adzriel.blogspot.com/

Tetiba dengan bersemangatnya terasa nak konsistenkan amalan BANGUN AWAL ni. Pernah terbaca juga tentang tips bangun awal. Tapi kalau secara peribadi biasanya ada beberapa perkara yang dilakukan jika nak bangun awal.

  1. Berdoa dan sentiasa niat (dengan penuh bersemangat untuk bangun awal!)
  2. Tidur awal, biasanya mestilah pukul 12malam atau sebelumnya.. Kadang terlepas waktu, susah pula nak tidur.
  3. Set alarm- yang ni penting sebab ada beberapa trick untuk set alarm ni:
  • set berlainan waktu contoh, 5.30am, 5.45am...
  • letakkan jam / alarm tu jauh dari capaian-supaya bila bunyi, kita akan bangun untuk menutup alarm tu.
  • lagi kuat bunyi alarm laagi bagus.
  • kalau guna alarm fon, jangan guna lagu yang lagi membuai mimpi.

Oke dah.. g tidur.. esok bangun awal ye..

Jangan Tidur Lagi!!!!

Bagi mamalia dan burung, penyukatan pergerakan mata ketika tidur digunakan untuk membahagikan tidur kepada dua jenis iaitu tidur gerak mata cepat (Inggeris: rapid eye movement sleep, REM) dan tidur bukan gerak mata cepat (non-rapid eye movement sleep, NREM). Setiap jenis tidur berbeza sekali ciri-ciri fisiologi, neurologi dan psikologi.

Tidur dijalankan dalam kitaran REM dan empat tahap NREM, urutan biasanya seperti berikut:

stages 1 > 2 > 3 > 4 > 3 > 2 > REM.

Bagi manusia, kitaran ini mengambil purata masa 90 hingga 110 minit,[2] dengan sejumlah besar tahap 3 dan 4 pada awal malam dan lebih REM pada lewat malam. Setiap tahap ini berbeza fungsi fisiologinya. Ubat-ubat seperti pil tidur dan minuman keras boleh menjejaskan tahap-tahap tertentu dalam tidur (rujuk Kekurangan tidur). Ini boleh mengakibatkan tidur yang menampakkan kehilangan kesedaran tetapi tidak memenuhi fungsi-fungsi fisiologinya.

Allan Rechtschaffen dan Anthony Kales asalnya menggariskan kriteria membahagikan tahap-tahap tidur pada tahun 1968. Akademi Perubatan Tidur Amerika (The American Academy of Sleep Medicine, AASM) mengemaskini panduan pemeringkatan ini pada tahun 2007.

~Tidur pun orang buat kajian yer..

Mimpi Apa Pula Kali Ni

Setelah tgh hari tadi tulis entry tentang mimpi, kali ni nak share pula amalan sebelum tidur..
Amalan sebelum tidur ni diambil dari sini. (yang tulisan kaler merah tu..) sebab yg tu menarik hati..( banyak juga web yang lain..)


Rasulullah berpesan kepada Aisyah RA :-

“Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu : -

1. Sebelum khatam Al Qur’an

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

Bertanya Aisyah :

“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”

Rasul tersenyum dan bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami Semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

~Buat sesiapa yang terlupa tu boleh amalkan balik (ingatan untuk diri sendiri juga)
kredit to hishamnazir

Selain tu:
Baca bismillah 21 kali..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...