Nak Souvenier best?

Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Doa Buat ADIK SOLEH.

Hari ini adik SOLEH yang dikasihi itu akan menjalani MRI .
Untuk melihat perkembangan terkini penyakit beliau.

Nur menyeru rakan pembaca sekalian untuk sama berdoa buat ADIK SOLEH, agar beliau disembuhkan dan doa buat AKAK NORA dari http://aurajarinora.blogspot.com supaya dikuatkan semangat beliau.

Kisah adik SOLEH boleh dibaca di SINI

Tips untuk tidur yang lena.

Tips untuk tidur yang lena.


Takboleh tidur? Jom kongsikan tips kawan-kawan untuk mendapatkan tidur yang lena..
Nur nak kongsi juga tapi sila ambil peringatan bahawa tips tidur lena ini adalah pendapat dan pengalaman Nur sendiri: Kalau kawan-kawan nak kongsi tips sila cadangkan di kotak komen.

-Pastikan badan tu bersih sebelum tidur dan memakai pakaian yang selesa.
-Jangan tidur sambil menonton tv.. maksudnya jika boleh jangan ada tv dalam bilik tidur.
-Suasana bilik haruslah sesuai.. tutup lampu (tidur dalam keadaan lampu terbuka tidak elok).
-Minum susu suam sebelum tidur.
-Kalau nak pasang lagu-lagu slow ataupun bacaan Al Quran.
-Baca doa sebelum tidur ye..

Kisah Soleh: Please PRAY for Soleh.

Kisah Soleh: Please PRAY for Soleh.

Walau tak pernah bersua muka, nur mengikuti kisah blogger ini.
Sejak dia mula berblogging sehingga ke hari ini.
Meski tidak setiap hari menjelajahi blognya ini, namun dapat jua membaca kisahnya yang menyentuh hati,
Nur kira blogger ini memang kental hati dan nurani,
Menempuh segala ujian dengan sepenuh hati,
Masih ingat lagi ketika saat pertama kali,
beliau membuat keputusan untuk anaknya si buah hati.

Kisahnya di:
Blogger AKAK NORA BERKISAH.: http://aurajarinora.blogspot.com
Beliau memohon rakan-rakan mendoakan akan kesihatan yang baik buat SOLEH.


SEPI.

Wahai Tuhan kami!

janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak terdaya kami memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami , serta ampunkan lah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.


SUNYI..


Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.

Marilah berdoa kepada Ibu Bapa.


" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira 
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka 
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa 
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup 
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa 
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar 
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah 
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan 
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka 
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki 
oleh Allah

Doa untuk bapak k zakie..

Semasa baca entry ini:..

http://zakiepurvit.blogspot.com/2012/08/mohon-doa-saudara-mara-sahabat-handai.html

Semalam sebaik tiba di pejabat telefon berdering memberitahu bapak kemalangan jalanraya di kampung. Airmata aku tidak dapat dibendung dan tiba-tiba hati aku terasa kosong. Langkah masuk kereta untuk balik pun bagaikan tidak berdaya. Teman-teman menasihati perlu kuat kerana aku memandu kereta tanpa teman. Aku membaca suroh Yaasin sepanjang jalan balik ke kampung. Adik aku serah pada Mak Zah untuk menguruskannya. Kerana waktu masih pagi lagi masing-masing baru tiba di pejabat. Oleh itu tidak ada masa untuk berkongsi kereta. 

~semoga segera disembuhkan ayahanda kakzakie..Amin.

Terima Kasih Rakan Blogger: Doa Buat Adik Soleh.

Terima Kasih Rakan Blogger: Doa Buat Adik Soleh.

Memetik sedikit dari ENTRY ini..
Doa Buat Adik Soleh.

Apa yang dapat dikongsi di sini adalah harapan agar kawan-kawan yang kenal atau tak kenal akak ini, agar sama-sama dapat mendoakan anak kesayangan beliau supaya lekas sembuh. Begitu juga titipkan doa terutama buat akak ini agar sentiasa tabah menghadapi apa jua ujian.


Respon yang diterima..
Begitu memberi semangat...





Terima Kasih .. Deru Ombak , Khumaera Ismail aka Mariam Ismail , AzielaMiss PIJAOSIX dan Lady Emilya.

MEREKA MENDOAKAN.. TERIMA KASIH..

BERIKUTAN ENTRY INI:
MEREKA TERSEBUT SANGAT BAIKHATI..
YE.. SEMOGA IMPIAN TERSEBUT BAKAL TERCAPAI..
nANTI RAYA LA YE.. ERK.. RAYA TAHUN BILA TU?..
KUMPUL DUIT RAYA DULU..


baincardin said...

semoga mimpi menjadi realiti. :)


♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

usaha2...


cikpuanWani said...

Di mana ada kemahuan , di situ ada jaLan ;)
semoga berjaya :)

Doa Untuk Lembutkan Hati anak-anak.

petikan: normalmuslimmum.blogspot.\

Sebagai rujukan sendiri dan mahu berkongsi di blog ALL IN ONE ini.

Doa dalam al-Quran untuk melembutkan hati anak supaya dengar cakap dan mudah mengerjakan solat:

- surah Toha ayat 1 - 5
- surah as-Syura ayat 19- surah al-Hasyri ayat 21
Doa ini boleh diamalkan dengan meniup pada ubun rambut anak atau ditiup ke dalam air minum

Padamkan Sifat NEGATIF.

Walaupun dah lama berlalu, tapi masa terbca kisah ni: http://littlegurlpunyeblog.blogspot.com/2011/03/al-fatihah.html , terpanggil untuk berkongsi sesuatu. Sebelum tu, bagi yang tak sempat nak g baca, secara ringkas mengisahkan satu eksiden yang dialami oleh penulis blog yang tersebut.. (pengalaman dia sebagai saksi(lebih kurangla)..

Yang nak dikongsi adalah pengalaman sendiri tatkala mengalami situasi di mana terdapat pemandu-pemandu yang tidak berhemah di jalanraya . Contohnya yang memandu dengan sambil lewa, sambil bercakap di telefon tanpa headset, sambil menghisap rokok, memotong kenderaan lain dengan cara berbahaya dan lain-lain yang dirasakan mengganggu pengguna jalanraya yang lain.

Apa yang kawan-kawan akan lakukan jika berdepan dengan situasi tersebut?.. Adakah normal jika kita bersikap marah, sakit hati pada mereka yang tak bertanggungjawab ni?.. Ramai yang setuju?.. Pernah tak kawan-kawan alami keadaan yang mana berdepan dengan situasi tersebut, mendoakan yang pemandu itu akan ditimpa kemalangan?.. Lalu, jika sekiranya kemalangan betul-betul berlaku.. didepan mata kawan-kawan hingga melibatkan kehilangan nyawa.. apa pula perasaan kawan-kawan?.. Fikirkan.. dan kongsikan..

DOAKAN BLOGGER ABAH IZZ.

Berita yang dibaca dari blog Citarasa Rinduan sebentar tadi mengatakan Blogger Abah Izz/ Disebalik lens@kehidupan. sedang berada di ICU.

Beliau sering juga menjengah ke sini. Patutla sudah lama beliau tak menjengah. Rupanya beliau sedang sakit.

Dikesempatan ini, mahu mengajak kawan-kawan untuk sama-sama berdoa beliau segera sembuh. Untuk berita lanjut:

http://ruhayurazali.blogspot.com/2011/03/pengumuman-kepada-semua-sahabat-blogger.html.

dan

http://villakejora.blogspot.com/2011/03/makluman-kepada-yang-mengenali-blogger.html

Doa Dapatkan Zuriat

sambungan..

"Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya.

Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah.

Antara isi doa baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya.

Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa."

~Kena banyak bersabar dalam berdoa ni.. Ada kawan kawan yang belum jumpa jodoh.. berdoalah semoga dipercepatkan, ada kawan kawan yang nak ambil exam, berdoalah supaya berjaya, ada yang dah kahwin, belum dapat zuriat.. doala jua(macam Nabi Zakaria : seperti di atas)

Sekadar berkongsi

Berdoa.................................

~Hari Jumaat ni nak berkongsi petikan dari mstar..


Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”

(Muslim)

Huraian:

Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya.

Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya.

Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui.

First Time Dapat Sijil.. Sijil Kahwin Ke?

Teruja untuk membuat entry ni. Kenapa? Sebab yunik oke.. Sangat unik dan terasa dirimu sangat berharga. Sebenarnya semalam masa buka email dapat satu email dari zahidah d haz. Ingatkan menang lagi giveaway.. Namun impian musnah.. hehe.. Tapi tetap menggembirakan sebab beliau telah bersusah payah menghantar email untuk memaklumkan bahawasanya beliau memberikan sijil penyertaan untuk peserta contest beliau. Bukan sijil kahwin ye kawan.

Contestnya untuk teka harga barang yang dibelinya. Rupa- rupanya sangat murah. RM40 je. Punye la teka sampai nak cecah 100. Cukup nak pakai satu badan. Berbaloi la kan. Tambah pula kalau tahan lama- lagila barang tu disayangi.

Memang tak pernah dapat lagi sijil penyertaan kalau join contest macam ni.. Rasa best pula.. Adakah kebudak budakan?. Takpela.. asalkan hati gembira. (Terima kasih ye cik zahidah)

Kalau hati tak gembira, semua kerja takkan jadi.. Macam tak ikhlas je nanti. Cubala buat kerja dengan hati yang duka.. Macamana hasilnya? Mengecewakan bukan?.

Sempena tahun baru ni, marilah sentiasa bergembira dengan cara yang disukai. Cuti cuti ni buat apa?. Senarai azam baru untuk berhijrah ke arah lebih baik dah ada? Sempat ke baca doa? Semoga semua yang diazamkan akan dicapai.. Mestila dengan usaha juga ye.. Kalau goyang kaki.. habuk pun tarak.. oke.. pinjam sat kata kata motivator: Anda Buat Anda Dapat.. tak gitu?

Doa Awal Tahun 1432H

Doa awal tahun ini juga di ambil dari iluvislam.com. Untuk berkongsi pembaca yang tengah mencari Doa Awal Tahun ni. Semoga kita sentiasa diberkati Nya

Doa Akhir Tahun 1431H





Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: “Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: “ Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.”

Riwayat at-Tirmizi

doa akhir tahun 1431H
~iluvislam.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...