Merokok menenangkan....
Siapa Berjaya Berhenti Merokok Sempena Ramadan 2011?
YG KURANG BERJAYA..
JANGAN PUTUS ASA..
YAKIN BOLEH..
BILA TIBA MASANYA!
MARI MEROKOK!!
KALAU KEMPEN MARI MEROKOK DENGAN KEMPEN TAKNAK MEROKOK, MANA LEBIH BERKESAN YE?..
ANTARA imej penyakit kronik pada kotak rokok ketika ini. |
KAMI MERAYU
banyak sangat dah.. pernah cerita sebelum ni di entry ini.. cerita 1 je
Rayuan:
Tak payah la BERHENTI MEROKOK.. Lagi cepat dapat penyakit lagi baik...
Cadangan kerajaan:
Tak payah HARAMkan ROKOK..
~ kenyataan terbalik.. sila baca dan fahamkan betul betul.. err.. ada bakat tak nak menulis gaya tersirat.. Renung- renungkan dan fikirlah sendiri
sila klik banner untuk menyokong
Hasil Berblogwalking
Terfikir pula, apakah kesudahan drama itu (ini bukan drama Ahmad Durrah ye).. Maksudnya.. Adakah si gadis akan meninggalkan jejaka itu atau sang jejaka akan terus berhenti merokok mulai hari itu? Kalau berlaku pada anda, what will you do..?
kaya dengan merokok?
adakah dengan naiknya harga ni perokok akan berhenti merokok?
mungkin tidak..
walaupun banyak tips2 untuk berhenti merokok
seperti
-mengunyah gula-gula getah
-makan buah epal
-minum air
-melengahkan masa untuk merokok
-bersolat
dan macam macam lagi yang boleh kita fikir (masa bulan puasa boleh pula tahan ye)
sebenarnya titik tolak untuk berubah adalah diri kita sendiri. kalau kita nak paksa abang, suami meski ayah sendiri untuk berhenti- sememangnya payah jika dia sendiri tak nak berubah. cuma kita boleh memberi sokongan dan tips-tips macam kat atas..
dan satu lagi pendekatan adalah bandingkan dengan harga rokok tu..
sediakan tabung..
katakan sehari sekotak rokok= rm9.oo
kalau seminggu x7=rm 63
sebulan x30= rm270
lumayan kan?.. so setiap kali beli rokok.. jumlah duit yg sama masukkan dalam tabung tu.. lepas sebulan tengok hasilnya.. boleh kalah pendapatan dari nuffnang- hehe..
~selamat beramal
khas untuk perokok- kaitannya dengan buah?
~ini khas untuk perokok2 yang memang xboleh nak berhenti merokok.. silalah hayati artikel ni..
Perokok digalakkan makan buah-buahan elak kanser
WASHINGTON 31 Ogos - Pengambilan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko penyakit kanser paru-paru di kalangan perokok, menurut satu kajian yang disiarkan semalam.
"Walaupun berhenti merokok merupakan satu tindakan paling berkesan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru, pengambilan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko tersebut.
"Ia bergantung kepada jumlah pengambilan, terutamanya di kalangan perokok," kata H. Bas Bueno-de-Mesquita dari Institut Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Kebangsaan yang berpangkalan di Belanda.
Kajian yang disiarkan di jurnal Persatuan Amerika untuk Penyelidikan Kanser, 'Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention' itu, dibuat berdasarkan satu penyelidikan melibatkan lebih 450,000 individu di Eropah termasuk 1,600 yang dikesan menghidap kanser paru-paru.
Menurut penyelidik, kepelbagaian buah-buahan dan sayur-sayuran dilihat lebih penting berbanding kuantiti pengambilannya.
Dalam kajian tersebut, penyelidik mengkaji 14 jenis buah dan 26 jenis sayur yang biasa dimakan termasuk yang segar, di dalam tin atau dikeringkan.
"Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi sebatian bio-aktif berbeza, jadi kita boleh mengandaikan bahawa adalah penting untuk kita mengambilnya bukan sahaja dalam kuantiti yang disyorkan, tetapi juga mengambil pelbagai jenis makanan yang kaya dengan sumber bio-aktif ini," kata Bueno-de-Mesquita.
Kajian tersebut menyatakan, risiko pembentukan sel kanser 'squamous carcinoma' juga sebahagian besarnya terbantut apabila seseorang individu memakan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.
Ketika penyelidikan-penyelidikan terdahulu mengaitkan kuantiti pengambilan buah dan sayur terhadap perkembangan kanser, ahli lembaga penyunting 'Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention', Stephen Hecht berkata, kajian terbaru itu merupakan yang pertama menilai kepelbagaian pengambilan buah dan sayur berbanding kuantiti yang pernah dibincangkan sebelum ini.
"Keputusannya sangat menarik dan menunjukkan satu kesan perlindungan kepada perokok. Terdapat berbilion perokok di luar sana yang kebanyakannya ketagih terhadap nikotin selain tidak boleh berhenti merokok walaupun mereka mencuba sedaya upaya," katanya. - AFP