Merokok menenangkan....
Menyebabkan kematian mengejut haiwan itu..
Maklumat nikotin
Dalam laman web itu, orang ramai boleh mendapat maklumat mengenai nikotin yang bukan sahaja menjadi penyebab seseorang menjadi ketagih kepada rokok tetapi juga menjadi punca pelbagai jenis penyakit yang boleh meragut nyawa. Fakta itu turut disokong oleh Presiden Jawatankuasa Bertindak mengenai Merokok dan Kesihatan (ASH), Datuk Dr. Khoo Kah Lin.
Katanya, setiap kali nikotin diambil, ia akan memberi perasaan yang menyeronokkan kepada badan secara psikologi dan fizikal.
“Ia menyebabkan perokok yang mahu menghentikan ketagihan mula mendapat simptom-simptom seperti pening kepala, kekeliruan dan ketidakselesaan.
“Jadi, perokok tegar akan kembali kepada ketagihan nikotin ditambah dengan kurang sumber sokongan dan pengaruh rakan sebaya,” katanya.
Selain itu, menurut Penasihat Perubatan Pfizer, Dr. Kamalanathan, Champs Circle turut memberi pelbagai maklumat dan trivia mengenai bahaya ketagihan rokok.
Antara maklumat yang menarik yang boleh didapati daripada laman web tersebut adalah jika setitik nikotin tulen dititis kepada seekor arnab, ia akan menyebabkan kematian mengejut haiwan itu.
SAYANG ROKOK!!
1. Sila letak banner diatas ni ..
2. Tajuk : AKU BENCI ROKOK dan linkkan ke entri ini ..
3. Sila nyatakan KENAPA ANDA BENCI ROKOK ? Mesti lebih dari 100 patah perkataan ..
4. Pesanan buat mereka yang merokok dan bakal merokok !
5. Pendapat anda mengenai mereka yang merokok ini .
katakan sehari sekotak rokok= rm9.oo
kalau seminggu x7=rm 63
sebulan x30= rm270
lumayan kan?.. so setiap kali beli rokok.. jumlah duit yg sama masukkan dalam tabung tu.. lepas sebulan tengok hasilnya.. boleh kalah pendapatan dari nuffnang- hehe..
~selamat beramal
Nak Hisap Shisha?. Mana Tempat Best?
"Untuk mendapatkan nikmat menghisap shisha, anda perlu tahu teknik yang betul. Jika tidak, anda akan mudah terbatuk," ujar seorang pengunjung warga Tunisia, Suleiman Chalgoumi, 35, kepada Jurnal.
Dia sering berkunjung ke negara ini atas urusan perniagaan selain menziarahi keluarganya. Jurutera elektrik ini tidak akan melepaskan peluang untuk bertandang ke Sahara Tent.
sebuah restoran milik warga Iraq yang menyajikan masakan Arab di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
:
:
:
"Rokok memang membahayakan kesihatan kerana kandungan toksin yang tinggi.
"Berbeza dengan shihsa, ia hanya mengandungi 0.05 peratus sahaja nikotin daripada tembakau yang digunakan.
"Tembakau tersebut dicampur dengan gliserin, sirap pekat buah-buahan dan pelbagai perisa pilihan. Itu sahaja.
"Orang ramai sering menganggap shisha lebih bahaya daripada rokok kerana nampak asap berkepul-kepul keluar dari mulut. Hakikatnya, ia tidak seteruk rokok," katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, Azim memberitahu, asap yang terhasil apabila menghisap shisha bukan dihasilkan daripada pembakaran tembakau sebaliknya daripada pemanasan sirap gula, gliserin dan perasa.
"Saya juga memasukkan ais dalam bekas shisha supaya hasil sedutan sejuk apabila masuk ke dada," jelasnya.
~Jadi.. sebenarnya elok ke tak elok ye hisap shisha ni?... Setelah baca ni.. Nampaknya kena buat research lagi la ye..