Nak Souvenier best?

Showing posts with label Ahmad Durrah. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Durrah. Show all posts

Hasil Berblogwalking

Mood ke laut.. Apa tah maksudnya.. Mungkin mood itu telah lari menjauhi.. Tadi blogwalking untuk segmen tolonglah kami..by Ben Ashaari. Khas tentang pengalaman tentang merokok di tempat awam.. Adala terbaca satu entry ni tentang kisah si penulis menyaksikan pasangan kekasih yang hampir terbakar sebab sang jejaka menghisap rokok di petrol pam / stesyen minyak.. Nasib baik tak terbakar terus.. Itula, ada rasionalnya tempat tempat yang diletakkan tanda larangan merokok ni. Tak kena akibat penyakit.. kena lak terbakar diri- itu memang sengaja tempah penyakit..

Terfikir pula, apakah kesudahan drama itu (ini bukan drama Ahmad Durrah ye).. Maksudnya.. Adakah si gadis akan meninggalkan jejaka itu atau sang jejaka akan terus berhenti merokok mulai hari itu? Kalau berlaku pada anda, what will you do..?

Rusia Hos World Cup 2018 / Ahmad Durrah

Tadi diumumkan Rusia akan jadi hos/ tuan rumah World Cup 2018 dan Qatar pula untuk World Cup 2022. Lama je lagi kedengaran bunyinye.. tapi dah siap siap undi.. Tiba tiba teringat Wawasan 2020..akan tercapaikah?..

Back to jadi hos ni, sebenarnya apa yang best ye jadi penganjur?. Rasanya berebut- rebut negara bertanding untuk jadi tuan rumah/ penganjur terutama sukan bertaraf dunia.. Bila tengok berita tadi barula tahu yang mana-mana negara yang dapat jadi tuan rumah World Cup akan mendapat tajaan/ sumbangan.. berapa banyak? Banyak tu.. Berbillion dollar..Tujuannya untuk menambah dan membaikpulih fasiliti sukan di tempat itu.

Menonton lagi cerita Ahmad Durrah ni.. Nampak konflik cinta tiga segi di sini.. eh dah empat segi ni ye.. Apa la ending cerita ni nanti? Tak sabar nak tahu.. Ada sesiapa boleh bocorkan rahsia?

Ahmad Durrah- kontroversi

Memanglah konsep dan penceritaannya tentang pencarian hidup dan penerapan nilai-nilai keislaman, tetapi saya agak penat apabila terlalu banyak elemen mengajar dan nilai kerosakan masyarakat yang diperbesarkan dalam cerita berkenaan. Saya bimbang, masyarakat akan terus berpandangan bahawa orang kampung terdiri daripada orang-orang yang busuk hati dan rendah akal.

- SITI ZALIFAH

Mersing, Johor

~dapat dari kosmo. memang cerita Ahmad Durrah- slot zehra ni selalu juga ditonton walau tak sepenuhnya.. tapi betulke dakwaan seperti penonton yang kat atas ni? ayatnya yang dihighlight itu?.. anda tonton dan anda nilai sendiri.. ambil yang keruh dan buang yang jernih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...