Nak Souvenier best?

Showing posts with label Pencen. Show all posts
Showing posts with label Pencen. Show all posts

Penjawat Awam: Hari Pesara . 19 JULAI.

~TAHUN INI PM ISYTIHAR 19 JULAI ADALAH HARI PESARA PENJAWAT AWAM. xcuti ke?


KUALA LUMPUR - Setiap 19 Julai, Malaysia akan meraikan Hari Pesara Penjawat Awam sebagai menghargai jasa pesara penjawat awam dalam membantu membangunkan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kerajaan telah membela kebajikan lebih 400,000 pesara penjawat awam dengan baik dan berharap pihak lain turut menunjukkan keprihatinan terhadap mereka.

Ketika berucap merasmikan Perhimpunan Perdana Pesara Kerajaan 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan.

"Sebagai Perdana Menteri dan wakil kerajaan, sokongan tuan-puan semua amat besar ertinya (bagi kami)," katanya kepada kira-kira 3,500 pesara penjawat awam dari seluruh negara yang menghadiri majlis itu.

Pada majlis sama, Najib turut melancarkan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (Kupekmas) yang akan menjadi perantara pesara penjawat awam dengan kerajaan serta membela nasib mereka.

Turut hadir Presiden Kupekmas Datuk Omar Osman yang juga Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). - Bernama

Nak Bersara Awal?..

PUTRAJAYA, 12 Sept (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu membuat kajian terlebih dahulu berhubung cadangan melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 kepada 60 tahun.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata ini kerana JPA harus mengambil kira kesannya terhadap tenaga kerja baru, terutama pelajar tajaannya yang akan menamatkan pengajian.

"JPA banyak membuat tajaan kepada penuntut yang cemerlang daripada semasa ke semasa dan pada masa yang sama kita juga mengusahakan semua pelajar terbabit memperolehi pekerjaan, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta," katanya kepada Bernama, di sini.

Abu Bakar diminta mengulas cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang antara lain berpandangan 'orang lama' boleh menyumbang kepada kecekapan sistem penyampaian bersandarkan pengalaman mereka.

Mengulas lanjut, Abu Bakar yang secara peribadinya bersetuju dengan cadangan itu, berkata di negara maju umur persaraan penjawat awam adalah antara 60 dan 65 tahun.

"Kita bersara pada umur 58 tahun adalah lebih kurang sama macam Bangladesh dan negara yang penjawat awamnya bersara pada umur 58 semakin kurang.

"Jika berdasarkan kepada standard dan tahap kesihatan kita, patut bersara pada umur 60 tahun. Ini yang dikatakan negara membangun dengan maju," katanya.

Beliau juga berpandangan cadangan tersebut wajar dipertimbang memandangkan Malaysia bakal menjadi negara maju dalam tempoh sembilan tahun lagi menerusi Wawasan 2020.

"Di negara maju umur bersara adalah 65," katanya.

Bagaimanapun katanya, jika cadangan itu dilaksana penjawat awam akan diberi pilihan sama ada untuk bersara pada umur 58 atau 60 tahun.

"Sesiapa yang nak kerja sehingga umur 60 tahun, mereka boleh terima opsyen tersebut, dan kalau nak bersara pada umur 58 pun boleh, tidak ada paksaan," katanya.

-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...