Nak Souvenier best?

Showing posts with label Vanidah Imran dan Rashidi Ishak Ke Mahkamah Syariah. Show all posts
Showing posts with label Vanidah Imran dan Rashidi Ishak Ke Mahkamah Syariah. Show all posts

Hot: Vanidah Imran & Rashidi Ishak, Isu Ke Mahkamah Syariah

Terkejut billa baca ni kat metro tadi..

KUALA LUMPUR: Kelibat pasangan juara program realiti Sehati Berdansa musim pertama Vanidah Imran, 38, dan suaminya, Rashidi Ishak, 38, yang tiba-tiba muncul di Mahkamah Syariah di sini, menimbulkan tanda tanya orang awam dan media yang berada di mahkamah, semalam.

Pasangan artis itu yang turut ditemani seorang wanita tiba di mahkamah pada kira-kira jam 12.45 tengah hari dilihat terus memasuki kaunter pendaftaran kebiasaannya bertujuan untuk memfailkan kes berkaitan hal kekeluargaan seperti perceraian, tuntutan nafkah dan jenayah. Selepas hampir 15 minit berada di dalam, pasangan itu bersama wanita terbabit dilihat keluar dari kaunter berkenaan.


Bagaimanapun usaha mendapat komen daripada pasangan selebriti itu gagal apabila Rashidi atau lebih dikenali dengan nama Shidi yang berkemeja putih kelihatan terkejut dan berang gambarnya diambil.

Dia bersama isterinya Vanidah yang berpakaian serba hitam dan berkaca mata hitam dilihat meninggalkan mahkamah sambil berpegangan tangan.


Bagaimanapun, difahamkan kehadiran pasangan itu bertujuan menemani saudara mereka yang mempunyai urusan di kaunter berkenaan.

Alhamdulillah.. spekulasi sahaja.. Sila tengok tweet Vee dan Shidi kat bawah ni..


Bikin isu hot saja harini kan.. hehe.. Jum Pekena ABC Sedap
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...