Nak Souvenier best?

Showing posts with label Zul Huzaimy. Show all posts
Showing posts with label Zul Huzaimy. Show all posts

Cinta Berkalung Duri : 2 Sept 2012.

Cinta Berkalung Duri.

Cerita malam ini baru je selesai ditonton tadi. Bukanlah peminat tegar pun, maksudnya tidak la menonton pada setiap episod yang ditayangkan, tapi kerap juga la.

Kisahnya secara ringkas adalah konflik antara zul huzaimy yang menyenangi ibu tirinya siti saleha yang telah berkahwin dengan ayahnya Jalaludin Hasan. Setakat yang ditonton adalah adik si zul huzaimy tu menasihati abangnya supaya tidak lagi mengganggu ibu tirinya dengan membuat panggilan telefon misteri pada setiap malam.

Setelah itu ada insiden di perkarangan pejabat apabila pekerja lama Ayahnya terserempak mereka sekeluarga dan nyata terkejut dengan siti saleha yang disangka anak Jalaludin hasan itu. Ini membuatkan zul huzaimy lebih tertekan. 

Kemudian pada suatu hari, siti saleha itu lambat pulang ke rumah apabila beliau balik berjumpa ibunya yang sakit.Pada masa inillah si zul huzaimy meracun fikiran ayahnya supaya bersangka buruk pada ibu tirinya. Bersambung...

Pelakon popular Zul Huzaimy, Bercerai.

Terkejut bila baca kat mstar.. Rupanya dah bercerai.. Tak ada jodoh.. Moga mereka kan bahagia dengan haluan masing-masing.

PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon popular Zul Huzaimy, 33, Nor Dalilah Muhammad, 29 mengesahkan mereka sudah bercerai talak dua dan didaftarkan pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Kajang.

Menurut Dalilah sebelum itu, mereka pernah mengalami konflik pada hujung tahun 2009 dan masing-masing telah menetapkan syarat untuk berbaik semula selepas kejadian berkenaan.

"Memang selepas itu Zul banyak berubah dan dia tidak seperti dahulu. Malah selepas penceraian tersebut, Zul berhasrat untuk merujuk semula dan merancang ingin melangsungkan perkahwinan secara rasmi.

"Bagaimanapun, mungkin kami tidak ada jodoh, perancangan itu tidak menjadi dan kami berpisah secara baik. Anak kami, Awal Haziq, 5, pun dah faham dengan keadaan yang berlaku," katanya yang dihubungi mStar Online, Ahad.

Tambah Dalilah, walaupun umum tidak tahu tentang hal penceraian mereka, rakan-rakan terdekat serta keluarganya sudah pun mengetahui hal tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...