Nak Souvenier best?

Showing posts with label dato' siti nurhaliza beraya. Show all posts
Showing posts with label dato' siti nurhaliza beraya. Show all posts

(Gambar) Dato' Siti Nurhaliza: Tengah Diet?

Dato' Siti Nurhaliza: Tengah Diet?


Dari Kosmo..
HADIR...Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut memeriahkan majlis. 
gambar: HADIR...Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut memeriahkan majlis

SIMPLYSITI TIADA DNA BABI.

dari mstar.

PETALING JAYA: Produk kosmetik SimplySiti menafikan penggunaan berus bulu babi dalam produknya sebagaimana yang didakwa dalam sebuah laman blog baru-baru ini.
Presiden produk tersebut Datuk Siti Nurhaliza Taruddin berkata kesemua produk keluaran syarikat tersebut telah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sebelum dipasarkan kepada umum.
"Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut bukanlah bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti.
"Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM," ujarnya dalam sebuah kenyataan akhbar yang dikeluarkan, di sini, Sabtu.
Siti menjelaskan tuduhan sebuah laman blog pada 3 Ogos lalu telah mendakwa sampel berus produk SimplySiti telah dikesan mengandungi DNA bulu babi
Bagiamanapun, Siti berkata pihaknya akan mendapatkan kenyataan daripada JAKIM berkenaan status halal ini secepat mungkin agar isu ini tidak terus berpanjangan.
"SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti.
"Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini.
"Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami," ujarnya.
Jelas Siti, pihaknya terpaksa mengeluarkan kenyataan akhbar ini bagi mengelakkan salah faham orang ramai memandangkan terlalu banyak pihak telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini.

    baju tidur jadi baju raya?


    sekarang ni trend terbaru baju tidur jadi baju raya?
    percaya atau tidak.?
    dato' ct sedang menggayakan salah satu koleksi ciptaan
    rizman ruzaini.
    kalau nak tengok lebih banyak boleh visit blognya
    di rizman ruzaini.
    memang menarik.siap ada harga lagi.. ada sesetengahnya dah sold out..
    wah glamour ye nanti kalau boleh pakai masa aidilfitri nanti.
    tapi kalau yang jadi tukang masak kat dapur tu..
    mungkin kena tukar baju lain

    tahun ni tema warna apa ya?
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...