Nak Souvenier best?

Showing posts with label domestic violence. Show all posts
Showing posts with label domestic violence. Show all posts

Langsir Maut

ALOR SETAR – “Saya ingatkan cucu saya tertidur ketika bermain di ruang tamu, rupa-rupanya leher dia sudah terkulai pada kain pengikat langsir.”

Demikian cerita Cheah Siew Eng, 71, nenek kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Tan Yin Sheng yang maut selepas lehernya terjerut pada kain pengikat langsir di rumahnya di Taman Timah, Mergong di sini kelmarin.

Sebelum kejadian pada pukul 9.30 malam itu, kanak-kanak malang itu dikatakan sedang bermain seorang diri di ruang tamu rumahnya manakala nenek, ibu serta adik perempuan mangsa yang berusia tujuh bulan pula berada di dapur.

Pada mulanya, menurut Siew Eng, dia terdengar bunyi Yin Sheng bermain di ruang tamu.

~Kat rumah, benda benda yang disangka tidak bahaya pun boleh mengundang maut.. Ni kes kain pengikat langsir... Haritu pula pernah terbaca terjerut leher dengan buaian yang menyebabkan maut pada kanak kanak. Tak boleh dibiarkan anak anak ini bermain seorang diri.. Tu belum kes kes kecederaan yang ringan.. sumbat sumbat telinga dan hidung dengan mainan kecik mereka tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...