Nak Souvenier best?

Showing posts with label jodoh pertemuan. Show all posts
Showing posts with label jodoh pertemuan. Show all posts

JODOH HAFIZ HAMIDUN.

TAHNIAH YE HAFIZ HAMIDUN.

JODOH HAFIZ HAMIDUN.

mstar:

KUALA LUMPUR: Penyanyi nasyid Hafiz Hamidun mengakui dia telah jatuh cinta dengan seorang wanita Indonesia yang menetap di Mekah selepas pertama kali bertemu ketika menunaikan umrah pada Mac lalu.
Hafiz, 28, berkata, dia tidak sangka doanya yang mahu mendapatkan jodoh termakbul selepas melihat kecantikan anak perempuan kenalan kepada rakan kongsinya yang turut berada di situ.
"Syukur Alhamdulillah, apabila saya berdoa agar dapat bertemu dengan wanita yang sesuai, tidak sangka pada malamnya doa itu termakbul ketika saya mahu berurusan tentang hal perniagaan dengan keluarga wanita itu.
"Semasa perbincangan berlangsung, wanita itu telah menghidangkan air kepada saya, terus hati saya berkata, dia mungkin jodoh saya. Ia seperti sebuah cinta pandang pertama.
"Bagaimanapun, saya harus akur kerana tidak mungkin dapat berjumpa dengannya lebih kerap kerana dia menetap di Mekah dan belajar di sebuah universiti di sana. Sehingga kini baru dua kali kami bertemu, itu pun sekejap," katanya.

Setiap Orang Mempunyai Jodoh.

Setiap orang sebenarnya mempunyai jodohnya cuma masanya saja belum sampai.

Justeru, banyakkan berdoa kepada Allah supaya dipertemukan jodoh yang baik dan seterusnya dapat berumah tangga dengan aman dan bahagia.

Bersedialah terlebih dulu untuk mendalami ilmu rumah tangga, tanggungjawab seorang isteri serta menjadi ibu yang baik. Apabila bertemu jodoh nanti anda benar-benar sudah bersedia.

Jangan persiakan usia yang ada. Gunakanlah masa yang ada ini untuk mencari dan membina kecemerlangan diri dengan mempelajari ilmu agama dan mempraktikkan akhlak yang mulia.

*Petik dari metro. Kalau yag belum kahwin dan ada orang tanya kenapa tak kawin lagi, apa yang kawan kawan jawab ye?

Hiasilah diri dengan agama sebagaimana yang diingini Islam. Nabi pernah bersabda supaya lelaki Muslim memilih wanita yang beragama sebagai calon isteri berbanding dengan kriteria lain.

Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Seorang perempuan biasanya dinikahi kerana empat perkara: harta, nasab, kecantikan dan agamanya. Maka utamakan memilih wanita yang beragama, kamu akan rugi (apabila tidak memilihnya).” (Hadis riwayat Bukhari).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...