Nak Souvenier best?

Showing posts with label resepi kek. Show all posts
Showing posts with label resepi kek. Show all posts

Kek Ubi Kayu?.. Sedap ke?

~Kena terai test ni baru le leh tau kan..


BUKIT MERTAJAM – Kebiasaannya kek yang dibakar akan dicampur dengan buah-buahan untuk menjadikannya lebih enak dan menyelerakan.
Namun bagi Faizal Baharom, 36, dia mempunyai caranya tersendiri untuk mempersembahkan kek ciptaannya pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat Zon Utara di pusat beli-belah Star Parade, Alor Setar, Kedah hari ini.
Dia yang bekerja sebagai pembantu doktor di sebuah klinik swasta di sini berkata, dia cuba mencari kelainan pada kek coklat ciptaannya dengan menggunakan ubi kayu sebagai bahan utama dan dicampur bersama adunan lain termasuk minyak jagung Daisy.
“Saya telah mencipta kek itu sejak sebulan lalu dan selepas beberapa kali mencubanya, barulah ia menepati kehendak yang saya inginkan.
“Jadi saya percaya kek ciptaan saya itu lain daripada yang lain dan mampu menarik minat juri pada hari pertandingan itu nanti,” katanya di sini semalam.

Kalau Takde BREADMAKER boleh tak nak buat roti?

Oleh itu marilah buat MUFFIN PANDAN.. hehe..
Resipi dari saji online.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan tepung kastard
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk penaik
3 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
1 1/3 cawan gula halus
2 sudu besar jus pandan
1 cawan susu segar
Sedikit blueberi
Cara menyediakan:
1. Pukul telur, garam dan minyak jagung hingga kembang dan sebati.
2. Masukkan gula, jus pandan, serbuk penaik, tepung kastard dan tepung sambil terus dipukul.
3. Masukkan adunan ke dalam cawan mufin dan bakar hingga masak selama 25 minit dalam ketuhar yang panasnya 170 darjah Celsius.
4. Sejukkan dan hias dengan blueberi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...