Nak Souvenier best?

Showing posts with label Khabir Batia.Tiz Zaqyah. Show all posts
Showing posts with label Khabir Batia.Tiz Zaqyah. Show all posts

Sara Ali / Nur Kasih The Movie.

Baru je selesai membaca kisah atau SINOPSIS NUR KASIH THE MOVIE ni. Memang penangan cerita ni kuat betul kan. Kalau yang update blog, pasti ada je tentang cerita ni.. Sebab apa?.. Sebab best la kot.

Penghargaan buat h-n-idot blogspot.com dengan entry yang menarik itu.. Kalau dah baca cerita tu mesti mau nengok kan?..  Kalau kawan-kawan lebih suka seprais.. boleh je baca .. tak rugi pun.. Lepas tu bila dah tengok bolehla buat kesimpulan sendiri kan?..

Haritu ada menonton kat tv.. bukan cerita NUR KASIH THE MOVIE, tapi rancangan bual bicara MHI kot. Masa Hari Wesak tu.. Ada wartawan yang dijemput untuk komen cerita NKTM NI.. Katanya dia suka lakonan Sara Ali ni.. Siapa Sara Ali?.. Mengikut info dari blog h-n-i tu, gambar kat atas tu la Sara Ali. Berbakat ke dia?.. Tak sabar nak menontonnya.. Jom..

Lagi seorang, selain Muhsin, yang dapat pujian adalah Munif.. Tak tau siapa.. Boleh bagi info tak?

~Melayan lagu NKTM ni, best juga ye.. Dah lama tak layan lagu nyanyian Yassin.. Dulu, masa nama memuncak, memang banyak lagunya yang memikat hati.. Betulke OST NKTM ni Tiz Zaqyah yang nyayi ye?

NUR KASIH THE MOVIE.

Salam siaran buat kawan-kawan.
Aduhai.. (Ini bukan mengeluh.tapi mengenang nasib).
Kenapa la agak susah untuk sign in blogger.com pada hari ini.
Kawan-kawan ada masalah tak untuk online harini?. Ada antara kawan-kawan 
yang tahu kenapa terjadinya hal yang sebegini?..

Daripada berkobar-kobar mood untuk mengupdate blog.. terus ke laut jadinya.
Adakah ini masalah dengan BLOGSPOT sendiri atau line internet?. 
Jawab le.. jawable.. tolongla jawab..

Lalu, nak blogwalking pun dah terbantut.. Tapi, akan diusahakan juga untuk menjauhkan perjalanan ke blog Kawan-kawan.. Ada yang sudi menjemput ke blog ke?.

Tunggu.. akan tiba jua jejak tuanblog ALL IN ONE ini ke blog kawan-kawan yang budiman semua.. Atau masing-masing tengah syok melayan DEMAM MOVIE NUR KASIH?

Siapa dah tonton NURKASIH THE MOVIE?.. Story la sikit.. Jalan ceritanya sama tak dengan yang drama tu?.. Tak sabar nak menontonnya.. Bila agaknya tu.. Ada yang sudi nak belanja ke? Jom..

Sat lagi nak g korek-korek sinopsis NURKASIH THE MOVIE. Haritu dah buat entry dah.. Mari kita CANGKUL kembali entry-entry sudah..

SIAPA YANG BELUM JOIN KONTES.. CEPAT2 SEBELUM TERLAMBAT!

Lirik Lagu Nur Kasih The Movie.

~Promo dah start dengan hebatnya ni.. Nak tengok ke tak nak?.. Nak tengok ke tak nak?

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih



-kredit: liriklagu.blogspot.com

Rahsia Cinta?..


Apa yang boleh diceritakan oleh gambar ni ye?.. Silala buat cerita sendiri masing-masing.

Gemilang / Farid Kamil dan Tiz Zaqyah..



Mereka akan berlakon bersama dalam drama arahan Khabir Batia.. Tajuk cerita adalah 7 lagu.. Sekarang suka layan cerita cerita Khabir Batia juga sebab jalan cerita yang menarik.. ditambah pula dengan kehadiran Tiz Zaqyah yang cantik tu kan..

Naluri manusia sukakan sesuatu yang cantik.. Meski ia subjektif...............

Cerita tentang drama Melayu ni, hari Isnin yang lepas ada menonton drama tajuk 'Gemilang'. Biasanya kalau hari Isnin tu memang rancangan kat TV3 (ya penggemar channel ini) kurang menawan hati. Biasanya cerita aksi kan.. Jadi bila ada cerita baru, nak la tengok.. Tajuk gemilang dan preview pun macam seronok aja..

Daripa pemerhatian tu, mengisahkan pengorbanan seorang abang sulung yang terpaksa bekerja menoreh getah bersama ayahnya setelah kematian ibu meskipun dia seorang yang bijak.. Kisah ni ala ala flashback dan di flashback lagi.. Memang menawan jiwa la esp kalau melibatkan kisah keluarga macam ni kan..

Tak sabar tengok sambungannya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...