Nak Souvenier best?

Showing posts with label Tiz Zaqyah. Show all posts
Showing posts with label Tiz Zaqyah. Show all posts

Sara Ali / Nur Kasih The Movie.

Baru je selesai membaca kisah atau SINOPSIS NUR KASIH THE MOVIE ni. Memang penangan cerita ni kuat betul kan. Kalau yang update blog, pasti ada je tentang cerita ni.. Sebab apa?.. Sebab best la kot.

Penghargaan buat h-n-idot blogspot.com dengan entry yang menarik itu.. Kalau dah baca cerita tu mesti mau nengok kan?..  Kalau kawan-kawan lebih suka seprais.. boleh je baca .. tak rugi pun.. Lepas tu bila dah tengok bolehla buat kesimpulan sendiri kan?..

Haritu ada menonton kat tv.. bukan cerita NUR KASIH THE MOVIE, tapi rancangan bual bicara MHI kot. Masa Hari Wesak tu.. Ada wartawan yang dijemput untuk komen cerita NKTM NI.. Katanya dia suka lakonan Sara Ali ni.. Siapa Sara Ali?.. Mengikut info dari blog h-n-i tu, gambar kat atas tu la Sara Ali. Berbakat ke dia?.. Tak sabar nak menontonnya.. Jom..

Lagi seorang, selain Muhsin, yang dapat pujian adalah Munif.. Tak tau siapa.. Boleh bagi info tak?

~Melayan lagu NKTM ni, best juga ye.. Dah lama tak layan lagu nyanyian Yassin.. Dulu, masa nama memuncak, memang banyak lagunya yang memikat hati.. Betulke OST NKTM ni Tiz Zaqyah yang nyayi ye?

Rahsia Cinta?..


Apa yang boleh diceritakan oleh gambar ni ye?.. Silala buat cerita sendiri masing-masing.

SINOPSIS EPISOD AKHIR DRAMA GEMILANG.

Tamat sudah..

Antara isi kandungan episod terakhir tadi:

  • Pertemuan Lah dan adiknya Siddiq yang telah ditangkap polis akibat dituduh membunuh. Cukup tersentuh kerana dipertemukan sebegini rupa. Siddiq menceritakan tentang bagaimana dia boleh terjebak dengan gangsterism.
  • Pelajar-pelajar institut GEMILANG berjaya menamatkan peperiksaan mereka
  • Ana bertemu dengan ayahnya, dan keluarga yang menyisihkannya.
  • Cikgu (Jalaludin Hasan) bersemuka dengan Lah dan Asma, dan menyatakan tentang pengetahuan beliau terhadap percintaan mereka berdua dan diketahui dari Halim sendiri, dan kedatangan Ana sebagai penghasut turut diceritakan kepada mereka berdua.
  • Ana memutuskan hubungan dengan Umar.
  • Setelah 3 bulan kemudian pelajar-pelajar kembali untuk mengambil keputusan cemerlang mereka dan saat ini Rizal baru mengetahui bahawa Cikgu Saif langsung tidak mengambil geran tanah mereka.
  • Akhirnya ramai yang menghubungi Institut GEMILANG untuk melabur setelah berita kecemerlangannya keluar paper.
  • Adik Lah aka Cikgu Saif iaitu Siddiq juga mendaftar di INSTITUT GEMILANG.
  • Last sekali: KINI.. Dah tua pun Cikgu-Cikgu tu, dan bekas pelajar mereka telah berjaya dan menyelamatkan bangunan INSTITUT GEMILANG dari dimusnahkan.
~Semoga cerita lepas ini lebih best ya..

EPISOD AKHIR GEMILANG.

Rupanya malam ini merupakan EPISOD AKHIR DRAMA GEMILANG ni ye kawan-kawan. Salah satu cerita yang penuh mesej kemanusiaan. Lain dari yang lain dan memang garapan dari Khabir Batia yang tak mengecewakan. Rasanya cerita-cerita dari KB ni memang best-best semuanya..

Gemilang menyingkap kembali nostalgia Malaysia di lewat 70’an, di mana pembangunan dan kemajuan tanah air masih berada di peringkat pelancarannya.

Antara salah satu episod menarik drama Gemilang juga menampilkan kisah seorang wanita miskin yang datang berjumpa Saifullah dan merayu supaya anak lelakinya dapat menjadi pelajar di Institut Gemilang. Melihatkan anak muda itu yang langsung tidak mempunyai minat dalam pelajaran, Saifullah meminta geran tanah daripada wanita tersebut sebagai ganti yuran pembelajaran. Apabila anak muda itu melihat ibunya sanggup mengorbankan satu-satunya harta mereka di dunia, barulah dia memahami erti pengorbanan serta kepentingan ilmu sebagai jaminan masa depan.

Kawan-kawan nak baca lagi SINOPSIS CERITA GEMILANG ni tak?.. Baca kat SINI :http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/02/sinopsis-drama-gemilang-tv3.html ye. Adakah akan ada sambungan untuk GEMILANG 2 tu nanti macam cerita ASMARA 2 tu?. Dan harapnya cerita yang bakal menggantikan DRAMA GEMILANG ni akan lebih best juga.

Oke.. jom sama-sama layan cerita GEMILANG ni.

Rupanya Drama 'Gemilang"

Gambar gambar tentang cerita 'Gemilang' yang abru start tayangan minggu lepas kat TV3.. Penuh dengan mesej masyarakat...

Tak sabar nak tengok drama ni nanti.. Sambungan cerita 'Gemilang"..

Rasanya dulu dah ada movie denagn tajuk 'Gemilang' juga kan.. Siapa yang berlakon?.. Rasanya jalan cerita memang berbeza..

owh.. INILAH GAMBAR MAJLIS RAMAH MESRA DRAMA GEMILANG..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...