Nak Souvenier best?

Showing posts with label Asmara 2. Show all posts
Showing posts with label Asmara 2. Show all posts

Ikan Tasik Asmara.


Resepi boleh ambil kat SINI.

Tajuk resepi bukan main hebat lagi kan. Ikan Tasik Asmara gitu. Tapi dalam gambar tu tak nampak pun struktur ikannya.. Belum cuba sendiri lagi resepi ini. Memerlukan masa yang betul-betul terluang barulah boleh mencuba segala mala resepi yang teringin nak cuba.

Kena cari bahan-bahan untuk persediaan lagi.. Mungkin pada masa akan datang.. next weekend ke.. Amacam..

Apa resepi kawan-kawan yang teringin nak cuba?..

EPISOD AKHIR GEMILANG.

Rupanya malam ini merupakan EPISOD AKHIR DRAMA GEMILANG ni ye kawan-kawan. Salah satu cerita yang penuh mesej kemanusiaan. Lain dari yang lain dan memang garapan dari Khabir Batia yang tak mengecewakan. Rasanya cerita-cerita dari KB ni memang best-best semuanya..

Gemilang menyingkap kembali nostalgia Malaysia di lewat 70’an, di mana pembangunan dan kemajuan tanah air masih berada di peringkat pelancarannya.

Antara salah satu episod menarik drama Gemilang juga menampilkan kisah seorang wanita miskin yang datang berjumpa Saifullah dan merayu supaya anak lelakinya dapat menjadi pelajar di Institut Gemilang. Melihatkan anak muda itu yang langsung tidak mempunyai minat dalam pelajaran, Saifullah meminta geran tanah daripada wanita tersebut sebagai ganti yuran pembelajaran. Apabila anak muda itu melihat ibunya sanggup mengorbankan satu-satunya harta mereka di dunia, barulah dia memahami erti pengorbanan serta kepentingan ilmu sebagai jaminan masa depan.

Kawan-kawan nak baca lagi SINOPSIS CERITA GEMILANG ni tak?.. Baca kat SINI :http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/02/sinopsis-drama-gemilang-tv3.html ye. Adakah akan ada sambungan untuk GEMILANG 2 tu nanti macam cerita ASMARA 2 tu?. Dan harapnya cerita yang bakal menggantikan DRAMA GEMILANG ni akan lebih best juga.

Oke.. jom sama-sama layan cerita GEMILANG ni.

ASMARA 2.

Secara ringkas ye..
  • Zalia asyik menyekodeng Melati kerana nak mencari Adam.

  • Asmara di goda oleh ? Adiknya.. hehe.

  • Melati sangat curious dan pasti tentang kemunculan Zalia (maksudnya Zalia tak mati lagi)

  • Asmara masih belum percaya. Hubungan jadi agak tegang..

  • Sedap pulak lagu-lagu ni.. Mendayu-dayu.

  • Zalia dah berubah ke?..

  • Alamak dah bertentang mata si Zalia dengan Melati ni.. PENGSANN.. bersambung..

~Lagu ni tajuk apa ye?

Sinopsis Asmara 2/ Slot Lestary TV3.

Kejap lagi cerita Asmara 2 akan ke udara.. (skema tak ayat). Kalau dah tonton yang pertama dulu perlu tak tonton yang ni pula ye?.. Bukan apa, nak juga tengok kesudahannya nanti. Dah boleh agak juga la kan jalan ceritanya.. Tapi, apa yang menarik sangat kat cerita ni ye?.. Sebab pelakon dia la kot.. Maklumla hensem.. Mula-mula sekali kalau nak tengok sesuatu cerita, pastila pilihan pelakon tu yang utama ditengok dulu kan.

Kemudian barule jalan cerita tu yang diikuti.. Agaknya macamana jalan cerita Asmara 2 ni ye? Ada sesiapa nak cerita tak?.
~~~
Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Lagi SINOPSIS ASMARA 2.

Hani: Episod Akhir / Asmara 2?

Akhirnya dah tamat la ya cerita Hani, Episod terakhirnya tadi kan?.. Dan cerita Asmara lakonan Shahz Jaszle tu pun nampaknya dah keluar prebiunya akhir-akhir ni.. Asmara 2?

Tadi, cerita Hani mengisahkan akhirnya Hani tu bertemu kembali dengan Irfan yang sudah lama sebenarnya menolong bapanya untuk merawat Hani. Episod tadi juga menyaksikan kecembburuan isteri Irfan terhadap Ummu Hani, bekas kekasih Irfan tu. (Sehingga Aliah tu pernah mempersoalkan keprofesionalism nya untuk tidak mahu merawat bekas kekasih suaminya..-sampai begitu sekali..)

Manakala Hani dan kawan- kawan meneruskan usaha menyempurnakan projek AlQuran Braille mereka sehingga berjaya. Pada saat -saat akhir, Ummu Hani bersetuju untuk di scan kembali otaknya.. Dan, hasil dari pemeriksaan lanjut itu, Ummu Hani disahkan masih mempunyai tumor otak dan semakin membesar.

Hasrat Ummu Hani untuk mengerjakan umrah bersama ibu bapanya tidak kesampaian apabila dia menemui ajal di stesen erl disaksikan Irfan dan ibubapanya.

Paling best bila ada dialog akhir: Irfan akan menamakan bayi mereka yang bakal lahir dengan nama Ummu Hani. Yang ni agaknya ada sambungan tak?.. Mungkin tidak la kan.. Minggu depan sambung cerita Asmara 2 pulak ke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...