Nak Souvenier best?

Showing posts with label asmara. Show all posts
Showing posts with label asmara. Show all posts

Ikan Tasik Asmara.


Resepi boleh ambil kat SINI.

Tajuk resepi bukan main hebat lagi kan. Ikan Tasik Asmara gitu. Tapi dalam gambar tu tak nampak pun struktur ikannya.. Belum cuba sendiri lagi resepi ini. Memerlukan masa yang betul-betul terluang barulah boleh mencuba segala mala resepi yang teringin nak cuba.

Kena cari bahan-bahan untuk persediaan lagi.. Mungkin pada masa akan datang.. next weekend ke.. Amacam..

Apa resepi kawan-kawan yang teringin nak cuba?..

EPISOD AKHIR GEMILANG.

Rupanya malam ini merupakan EPISOD AKHIR DRAMA GEMILANG ni ye kawan-kawan. Salah satu cerita yang penuh mesej kemanusiaan. Lain dari yang lain dan memang garapan dari Khabir Batia yang tak mengecewakan. Rasanya cerita-cerita dari KB ni memang best-best semuanya..

Gemilang menyingkap kembali nostalgia Malaysia di lewat 70’an, di mana pembangunan dan kemajuan tanah air masih berada di peringkat pelancarannya.

Antara salah satu episod menarik drama Gemilang juga menampilkan kisah seorang wanita miskin yang datang berjumpa Saifullah dan merayu supaya anak lelakinya dapat menjadi pelajar di Institut Gemilang. Melihatkan anak muda itu yang langsung tidak mempunyai minat dalam pelajaran, Saifullah meminta geran tanah daripada wanita tersebut sebagai ganti yuran pembelajaran. Apabila anak muda itu melihat ibunya sanggup mengorbankan satu-satunya harta mereka di dunia, barulah dia memahami erti pengorbanan serta kepentingan ilmu sebagai jaminan masa depan.

Kawan-kawan nak baca lagi SINOPSIS CERITA GEMILANG ni tak?.. Baca kat SINI :http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/02/sinopsis-drama-gemilang-tv3.html ye. Adakah akan ada sambungan untuk GEMILANG 2 tu nanti macam cerita ASMARA 2 tu?. Dan harapnya cerita yang bakal menggantikan DRAMA GEMILANG ni akan lebih best juga.

Oke.. jom sama-sama layan cerita GEMILANG ni.

Sinopsis Asmara 2/ Slot Lestary TV3.

Kejap lagi cerita Asmara 2 akan ke udara.. (skema tak ayat). Kalau dah tonton yang pertama dulu perlu tak tonton yang ni pula ye?.. Bukan apa, nak juga tengok kesudahannya nanti. Dah boleh agak juga la kan jalan ceritanya.. Tapi, apa yang menarik sangat kat cerita ni ye?.. Sebab pelakon dia la kot.. Maklumla hensem.. Mula-mula sekali kalau nak tengok sesuatu cerita, pastila pilihan pelakon tu yang utama ditengok dulu kan.

Kemudian barule jalan cerita tu yang diikuti.. Agaknya macamana jalan cerita Asmara 2 ni ye? Ada sesiapa nak cerita tak?.
~~~
Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Lagi SINOPSIS ASMARA 2.

Celebrity Chocolate Cake

Semalam nampak gambar Amber Chia posing dengan Chocolate Cake . Bukan dia saja. Ada lagi, Faeza Elai (cerita Asmara) TV3 tu.. Dan ada juga Diddy. Semua posing dengan Chocolate Cake. Diorang tolong buatkan jualan amal untuk dapatkan RM17000 untuk NGO.

Jadi, kesannya mencubala Chocolate Cake Celebrity (modified sendiri). Resepi ini telah diubahsuai dan sangat simple. Bolehla dicuba tapi rasanya Chocolate Cake ni mungkin tak se best Secret Recipe.. Khas untuk mereka yang mementingkan ke' simple' an yang teramat.

Cara cara untuk buat: Chocolate Cake

Pukul telur sebiji dgn gula 2 cawan- kembangkan ia.
Selepas itu campurkan mentega 1 cawan, susu fresh/cair 1 cawan, air 1 cawan, tepung bluekey 2 cawan + serbuk koko setengah cawan (ayak la kalau boleh). esen vanila 1 sk. dah siap. boleh kukus atau bakar ye.. sejam

topping Chocolate Cake
setengah cawan serbuk koko + setengah cawan susu pekat manis + satu sudu besar mentega - panaskan jangan sampai hangit...

Maka sekianla resepi Chocolate Cake yang simple mimple dimple ni..

episod asmara malam tadi

siapa yang menonton cerita asmara malam tadi?apa komen anda.. ada ke yang tak tengok? ringkaskan je la ek.. zalia dah sedar dan boleh discharge dari hospital.. malangnya dia tak sembuh seperti asal.dia tak boleh cakap(agaknya balasan sebab mulut sangat laser) dan tak boleh jalan. so, diorang balik rumah sewa asmara. dan ayah zalia mendapat kesedaran untuk menjadi baik = insaf perbuatan, so dia report kejahatan raziq.then polis g cari raziq, unfortunately tengah bergelut and tertembak diri sendiri.zalia n asmara n adam balik rumah ayah zalia,tetapi mengalami halusinasi on & off.(mak zalia ada suggest asmara untuk kahwini melati tapi melati refused and terima offer ke france ).one fine day zalia terjatuh dari balkoni sebab nampak bayangan raziq nak threat adam, pecah kepala?then scene kat kubur, asmara tengah sedih2 & melati datang bawa surat yang zalia minta melati jagakan asmara dan adam.tetapi rupa rupanya zalia belum mati, sebaliknya terlantar di hospital, ayah zalia berkomplot untuk rahsiakan sebab nak asmara kahwini melati.. dot.. what's next?

Shahz Jaszle- nak tengok asmara ni

jom layan cerita asmara.. rupanya shahz jaszle ni belajar dalam bidang masak memasak ye.. tup tup jadi pelakon.. terbaru lakonan asmara memang menarik perhatian.. popular dia sekarang ni.. pastu ada kontroversi pula dengan pelakon maria farida.. gossip ke apa? tak tahula.. moh kita layan cerita asmara ni..

Asmara? anyone



~pasti ada antara anda yang menonton cerita ni kan?slot lestary kat tv3.sekarang ni banyak pula menonton cerita-cerita drama ni.isu yang nak ditimbulkan adalah tentang kahwin masa tengah belajar lagi.
Ada yang setuju dan lebih ramai ibubapa yang tak setuju bila anak-anak yang berkahwin ketika masih lagi bergelar student.tapi sebenarnya lebih baik mereka dikahwinkan daripada berlaku fenomena buang bayi dan sebagainya.
Pernah ada kenalan yang cepat jodoh, kahwin masa belajar dan tamat pengajian sama-sama- bahagia sampai sekarang.ada juga yang berpisah setelah beberapa ketika.. dan ramai juga yang masih belum mendapat jodoh..
-jodoh,ajal dan maut di tanganNYA- anda bagaimana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...