Nak Souvenier best?

Showing posts with label Gemilang. Show all posts
Showing posts with label Gemilang. Show all posts

SINOPSIS EPISOD AKHIR DRAMA GEMILANG.

Tamat sudah..

Antara isi kandungan episod terakhir tadi:

  • Pertemuan Lah dan adiknya Siddiq yang telah ditangkap polis akibat dituduh membunuh. Cukup tersentuh kerana dipertemukan sebegini rupa. Siddiq menceritakan tentang bagaimana dia boleh terjebak dengan gangsterism.
  • Pelajar-pelajar institut GEMILANG berjaya menamatkan peperiksaan mereka
  • Ana bertemu dengan ayahnya, dan keluarga yang menyisihkannya.
  • Cikgu (Jalaludin Hasan) bersemuka dengan Lah dan Asma, dan menyatakan tentang pengetahuan beliau terhadap percintaan mereka berdua dan diketahui dari Halim sendiri, dan kedatangan Ana sebagai penghasut turut diceritakan kepada mereka berdua.
  • Ana memutuskan hubungan dengan Umar.
  • Setelah 3 bulan kemudian pelajar-pelajar kembali untuk mengambil keputusan cemerlang mereka dan saat ini Rizal baru mengetahui bahawa Cikgu Saif langsung tidak mengambil geran tanah mereka.
  • Akhirnya ramai yang menghubungi Institut GEMILANG untuk melabur setelah berita kecemerlangannya keluar paper.
  • Adik Lah aka Cikgu Saif iaitu Siddiq juga mendaftar di INSTITUT GEMILANG.
  • Last sekali: KINI.. Dah tua pun Cikgu-Cikgu tu, dan bekas pelajar mereka telah berjaya dan menyelamatkan bangunan INSTITUT GEMILANG dari dimusnahkan.
~Semoga cerita lepas ini lebih best ya..

EPISOD AKHIR GEMILANG.

Rupanya malam ini merupakan EPISOD AKHIR DRAMA GEMILANG ni ye kawan-kawan. Salah satu cerita yang penuh mesej kemanusiaan. Lain dari yang lain dan memang garapan dari Khabir Batia yang tak mengecewakan. Rasanya cerita-cerita dari KB ni memang best-best semuanya..

Gemilang menyingkap kembali nostalgia Malaysia di lewat 70’an, di mana pembangunan dan kemajuan tanah air masih berada di peringkat pelancarannya.

Antara salah satu episod menarik drama Gemilang juga menampilkan kisah seorang wanita miskin yang datang berjumpa Saifullah dan merayu supaya anak lelakinya dapat menjadi pelajar di Institut Gemilang. Melihatkan anak muda itu yang langsung tidak mempunyai minat dalam pelajaran, Saifullah meminta geran tanah daripada wanita tersebut sebagai ganti yuran pembelajaran. Apabila anak muda itu melihat ibunya sanggup mengorbankan satu-satunya harta mereka di dunia, barulah dia memahami erti pengorbanan serta kepentingan ilmu sebagai jaminan masa depan.

Kawan-kawan nak baca lagi SINOPSIS CERITA GEMILANG ni tak?.. Baca kat SINI :http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/02/sinopsis-drama-gemilang-tv3.html ye. Adakah akan ada sambungan untuk GEMILANG 2 tu nanti macam cerita ASMARA 2 tu?. Dan harapnya cerita yang bakal menggantikan DRAMA GEMILANG ni akan lebih best juga.

Oke.. jom sama-sama layan cerita GEMILANG ni.

Tentang Gemilang..

Siapa yang terlepas episod cerita Gemilang malam tadi? Atau ada yang tak minat pun tengok?. Dalam banyak-banyak drama, Gemilang ni antara yang best juga la. Penuh mesej..

Semalam kisahnya tentang
  • Kepulangan Halim iaitu tunang kepada Asmah- seorang jurutera.(anak Cikgu).
  • Kepulangan Din.. Adik kepada Saif.. (Rasanya inilah part yang paling menyentuh hati... boleh banjir airmata kalau betul-betul mnghayati.)
  • Konflik Saif dan bestfriendnya Umar tentang Ruhana. (pandai betul si Ruhana tu bermuka-muka.. melagakan kawan karib hingga putus persahabatan.. di alam realiti pun pasti ada juga senario sebegini kan?)
  • Suzanne (anak murid) yang gila bayang dengan Saif..( kat sekolah mesti ada yang minat2 cikgu kan? Kalau murid pompuan, mesti minat cikgu lelaki yang bujang.. nak nak pula kalau hensem.. Tapi, ada ke murd lelaki yang minat2 kat cikgu lady ni ye?). Saif menolak..
  • Kisah cinta Saif dan Asmah yang masing-masing sanggup berkorban demi Paklong.


~Adegan yang Saif kena tolak dengan Umar tu macam real aja sebab sampai kemik dinding zinc tu ye..

Kalau nak tau sinopsis penuh cerita Gemilang, boleh baca kat: SINOPSIS CERITA GEMILANG.

Rupanya Drama 'Gemilang"

Gambar gambar tentang cerita 'Gemilang' yang abru start tayangan minggu lepas kat TV3.. Penuh dengan mesej masyarakat...

Tak sabar nak tengok drama ni nanti.. Sambungan cerita 'Gemilang"..

Rasanya dulu dah ada movie denagn tajuk 'Gemilang' juga kan.. Siapa yang berlakon?.. Rasanya jalan cerita memang berbeza..

owh.. INILAH GAMBAR MAJLIS RAMAH MESRA DRAMA GEMILANG..

Gemilang / Farid Kamil dan Tiz Zaqyah..



Mereka akan berlakon bersama dalam drama arahan Khabir Batia.. Tajuk cerita adalah 7 lagu.. Sekarang suka layan cerita cerita Khabir Batia juga sebab jalan cerita yang menarik.. ditambah pula dengan kehadiran Tiz Zaqyah yang cantik tu kan..

Naluri manusia sukakan sesuatu yang cantik.. Meski ia subjektif...............

Cerita tentang drama Melayu ni, hari Isnin yang lepas ada menonton drama tajuk 'Gemilang'. Biasanya kalau hari Isnin tu memang rancangan kat TV3 (ya penggemar channel ini) kurang menawan hati. Biasanya cerita aksi kan.. Jadi bila ada cerita baru, nak la tengok.. Tajuk gemilang dan preview pun macam seronok aja..

Daripa pemerhatian tu, mengisahkan pengorbanan seorang abang sulung yang terpaksa bekerja menoreh getah bersama ayahnya setelah kematian ibu meskipun dia seorang yang bijak.. Kisah ni ala ala flashback dan di flashback lagi.. Memang menawan jiwa la esp kalau melibatkan kisah keluarga macam ni kan..

Tak sabar tengok sambungannya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...