Rakyat Malaysia Memang Bijak.
Betul ke Planet Star Wars Wujud?
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - fiksyen sains bertukar menjadi realiti apabila beberapa saintis menemui sebuah planet yang dikelilingi dua matahari, lapor sebuah akhbar semalam.
Penemuan itu dibuat lebih tiga dekad selepas fenomena tersebut pertama kali digambarkan dalam filem Star Wars. Satu adegan filem fiksyen sains berkenaan menunjukkan aktor Luke Skywalker berjalan di permukaan sebuah planet dengan dua matahari kelihatan di langit planet itu yang dikenali sebagai Tatooine.
Lebih tiga dekad kemudian, saintis-saintis AS menemui sebuah planet serupa yang dikenali sebagai Kepler-16b.
Saiz planet berkenaan sebesar Planet Zuhal dan ia terletak pada jarak 200 tahun cahaya dari Bumi.
Saintis-saintis AS membuat penemuan itu dari kapal angkasa Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA).
"Kita akan dapat melihat dua matahari pada waktu senja di planet itu," kata beberapa saintis berkenaan.
Seorang saintis Institut Carnegie di AS, Alan Boss memberitahu, planet Kepler-16b dikelilingi dua bintang.
Satu tahun di planet itu bersamaan dengan 229 hari di Bumi.
"Sekali lagi, apa yang dipaparkan dalam sains fiksyen bertukar menjadi realiti," kata Boss. - Agensi
GAMBAR SINDROM WILLIAMS.
Penyakit Jarang Jumpa.. SINDROM WILLIAMS.
Penyerap Minyak.. Skemanya Tajuk..
Kulit Durian Boleh Diguna Sebagai Penyerap Minyak
Tahniah.. Satu Lagi..
GEORGE TOWN — Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta bahan pengkumur mulut yang berfungsi sebagai agen pencegahan kanser mulut.
Ketua Penyelidik itu, Dr. Azman Seeni Mohamed berkata, pengkumur mulut itu dihasilkan menerusi rebusan akar pokok bonsai tempatan iaitu pokok kesinai.
Pokok yang dikenali dengan nama saintifiknya “streblus asper” itu hanya terdapat di utara Malaysia, Thailand, Sri Lanka dan India, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, menerusi kajian makmal, pokok itu berpotensi untuk membunuh bakteria mulut, menghilangkan bau mulut, mengurangkan dan mencegah bengkak gusi, serta dapat membantu mencegah kanser mulut terutamanya golongan berisiko tinggi seperti perokok.
"Produk yang dikenali SA Cleanse adalah yang pertama dihasilkan menerusi proses merebus akar pohon itu sebelum dimasukkan bahan pewarna adalah lebih baik berbanding dengan produk yang berada di pasaran sekarang kerana ia tidak mengandungi alkohol, dicipta menerusi tiga warna iaitu merah, hijau serta kuning yang mempunyai perisa pudina dan strawberi,” katanya.
Azman berkata, produk itu juga dapat membantu merencatkan pertumbuhan sel kanser tulang dan kanser lidah dengan merencatkan aktiviti proliferasi sel, meningkatkan proses kematian sel semula jadi dengan mengubah kadar sintesis DNA. —Bernama
Makan Vitamin A sebab Nak Dapat A?
- Sumber
Sumber Vitamin A yang baik adalah :
- Hati, telur
- Marjerin
- Susu penuh krim dan susu rendah lemak
- Beta Carotene dari makanan (terdapat dengan banyaknya di dalam labu, lobak, aprikot, mangga, betik dan buah dan sayur yang berwarna kuning/oren dan merah serta dalam sayuran daun hijau seperti bayam, sawi, lobak putih dan ubi bit) yang akan ditukar kepada Vitamin A oleh tubuh kita.
- Keracunan
- Vitamin A larut lemak, dan ianya disimpan dalam badan sekiranya supplemen berlebihan diambil secara berlebihan
- Dalam kes yang teruk, kemungkinan berlaku rabun penglihatan, tekanan tinggi dalam otak, dan keguguran rambut.
Vitamin A? Perlu ke?..
Vitamin A
- Kepentingan
Ia juga dikenali sebagai Retinol. Ia penting untuk :
- Tumbesaran kanak-kanak yang sempurna,
- Penglihatan yang baik (mencegah dan kadang-kala memulihkan rabun malam) untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
- Kulit yang sihat
- Lapisan selaput mukosa didalam tubuh.
- Kekurangan
Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan :
- Penurunan daya tahan kepada jangkitan;
- Kulit kasar, kering dan berjerawat;
- Masalah penghadaman;
- Batu karang (ginjal);
- Rabun malam
- Penyakit mata, termasuk xerophthalamia, dimana ia boleh menyebabkan buta.