~rekahan mulut atau cleft palate.info dari myhealth
Pengenalan
Rekahan bibir dan lelangit merupakan kecacatan semasa lahir di mana tisu bahagian mulut dan bibir tidak terbentuk dengan sempurna semasa pembentukan fetus. Punca kecacatan masih tidak diketahui. Walau bagaimanapun, kecacatan ini boleh dirawat. Di Malaysia, rekahan bibir dan lelangit berlaku dalam 1 untuk 600 kelahiran.
Punca Kejadian
Para doktor tidak mengetahui punca sebenar rekahan bibir dan lelangit terjadi tetapi mereka percaya ianya adalah suatu kombinasi genetik (diwarisi) dengan faktor persekitaran (seperti pengambilan dadah, penyakit, dan penggunaan alkohol atau tembakau semasa kehamilan).
Komplikasi
Kanak-kanak yang mempunyai rekahan di bahagian mulut lebih mudah dijangkiti selesema, hilang deria pendengaran dan mempunyai masalah pertuturan.
Masalah pergigian seperti kehilangan gigi, gigi berlebihan, bentuk gigi yang tidak sempurna, gigi tidak teratur dan karies gigi, sering berlaku di kalangan kanak-kanak yang mempunyai rekahan lelangit. Kecacatan ini juga sering melibatkan tulang alveolar.
Tulang alveolar ialah bahagian tulang dalam mulut di mana pertumbuhan gigi berlaku. Kecacatan atau rekahan pada tulang alveolar menyebabkan gigi tumbuh tidak sempurna, tidak teratur, tersesar atau berputar.
Kesukaran untuk menyusu boleh mengakibatkan penyusutan berat badan dan menghalang pembedahan awal membaik pulih.
0 comments:
Post a Comment