Nak Souvenier best?

harga RON 97 sebanyak lima sen seliter kepada RM2.15

~harga minyak makin naik.. bila nak ada alternative sumber bahan api lain..?

KUALA LUMPUR - Pemilik kenderaan boleh berasa lega apabila harga minyak RON 95 dan diesel dijangka kekal masing-masing pada RM1.85 seliter dan RM1.75 sehingga hujung tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jangkaan itu dibuat berikutan tiada perbincangan ke arah kenaikan harga kedua-dua jenis bahan api itu di peringkat Kabinet sehingga semalam.

Beliau berharap orang ramai tidak cepat panik apatah lagi dipengaruhi dengan kenaikan harga RON 97 sebanyak lima sen seliter kepada RM2.15 berkuat kuasa semalam.

"Kita dapat kawal harga RON 95 menerusi subsidi 22 sen setiap liter tetapi harga RON 97 berbeza kerana ia ditentukan oleh pasaran," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan kenaikan harga RON 97 itu semalam iaitu yang terbaru selepas kenaikan terakhir pada Julai lalu.(kosmo)


5 comments:

|| NaFiRaa || said...

nasib ler pakai minyak murah.. harap2 jangan la minyak naik harga lagi~

- zuriey - said...

nasib baik ron 95 tak nek..anda ditag

azzey said...

nur: jgn le yg murah tu pun naik juga ye....hu3....

Wawa~* said...

alamak naek la pulak... huhuhuhu

CIK TOM said...

kiranya naik ke tak ni??hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...