Nak Souvenier best?

pernah? teringin menindik?

~trendkah ini?

Pengenalan

Sejak kebelakangan ini, penindikan dalam mulut telah menjadi satu perkara biasa. Seperti menindik telinga, pelbagai jenis aksesori yang diperbuat daripada logam menjadi hiasan dalam mulut seperti subang, loceng kecil dan cecincin.

Tempat Yang Biasa Ditindik

Bahagian dalam mulut yang biasa ditindik ialah lidah, anak tekak, bibir bawah, bibir atas dan pipi.

Adakah Ia Selamat?

Penindikan mulut telah menjadi gaya terkini untuk mengekspresikan diri tetapi ia mempunyai risiko kesihatan yang tinggi berbanding menindik telinga.

Apakah Kesan Sampingannya?

Kesan sampingan yang mungkin berlaku adalah:

  • Jangkitan selepas tindikan dibuat kerana mulut kita mengandungi berjuta-juta bakteria.
  • Pendarahan berterusan dan sukar dikawal jika tindikan terkena salur darah.
  • Sakit dan bengkak - bagi kes yang teruk, lidah menjadi bengkak dan sukar untuk bernafas.
  • Geseran, gigi patah atau tampalan pecah.
  • Alahan pada logam.
  • Kecederaan gusi.
  • Fungsi mulut terganggu
    • Sukar bercakap kerana pengeluaran air liur yang banyak
    • Sukar mengunyah dan menelan
  • Hilang deria rasa pada lidah.
  • Penularan penyakit - mungkin berlaku penularan hepatitis, virus Herpes Simplex, sifilis, atau tetanus terutama jika tiada kawalan jangkitan semasa bertindik

6 comments:

Miss AZ said...

x berani nk tindik kat mulut..
takot.. telinga berani lah :D

ieda Qema said...

8 tahun yg dulu pernah tindik kat biibir bawah.. sila jgn tiru. sgt jahiliyah waktu itu! mula2 mmg bengkak n perlu pantang banyak benda. hanya dtgkan keburukan je pada diri..

Solihin Zubir said...

org bodoh ja tindik2 mulut nie...

nur said...

Amirrah Zawani - kat telinga pun sakit juga

nur said...

g0m0k9enDek - o.. bagus share pengalaman .. tak cuba mungkin tak tahu

nur said...

Solihin Zubir - mencuba trend terkini kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...