Nak Souvenier best?

Kecelakaan di lumba drag Putrajaya Mei 2012

PUTRAJAYA, 27 Mei — Seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas. Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata empat yang cedera parah itu masih dirawat di Hospital Putrajaya manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. Beliau berkata perlumbaan tersebut telahpun dihentikan dan beliau akan meminta pihak penganjur membuat siasatan rapi termasuk membuat laporan polis. “Saya tak mahu lagi tragedi seperti ini berlaku di masa hadapan. Saya sedih dan dukacita kepada mangsa dan keluarga mereka dan ini amat dikesali oleh pihak saya sendiri. Dan kita akan lihat apa bentuk bantuan yang boleh diberikan,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian hari ini. Ahmad Shabery berkata program perlumbaan itu diatur oleh penganjur yang berpengalaman namun beliau difahamkan tidak ada satu badan yang khusus yang menyelia dan mengawasi perlumbaan seperti itu.

5 comments:

fiqas said...

kejadian yg memalukan.. tak sepatutnya berlaku..

blogtilldrop said...

patut lebih teliti bila buat pertunjukkan berisiko macam tu..

JunAina said...

Jadikan pengajaran untuk pihak penganjur.

Deru Ombak said...

Drag tak sepatutnya mengambil tempat dijalanraya. Risikonya tinggi. Macamana boleh diluluskan taktau la tu.. :)

rahsia la said...

aik.. klakar la KBS neh... drag neh diadakan sempena hari belia 2012 yg dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).. utk makluman semua Pihak Berkuasa Tempatan pd awalnye x nak mengeluarkan permit jalan tu diadakan drag.. ttp pihak KBS mendesak Pbt utk mengeluarkan permit atas alasan Menteri nak drag neh didakan smpena hari belia 2012..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...