Nak Souvenier best?

Showing posts with label Misbun Sidek letak jawatan. Show all posts
Showing posts with label Misbun Sidek letak jawatan. Show all posts

Cerita Misbun Sidek.

~Semoga yang terbaik buat Jurulatih Negara yang mengangkat Datuk Lee Chong Wei.


“Dalam surat itu, beliau hanya menyatakan bahawa beliau menolak tawaran yang diberikan oleh BAM.”
Dengan keputusan tersebut, Misbun kini tidak lagi berada dalam barisan kejurulatihan BAM.
“BAM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Misbun atas sumbangan serta jasanya yang telah banyak membantu dalam usaha menaikkan nama sukan badminton negara di pentas antarabangsa.
“Banyak yang telah Misbun lakukan demi sukan badminton negara dan itu kita tidak boleh menafikannya,” tambah Chin Chai.
Misbun mula menyertai BAM selaku jurulatih pada 2002 dan sepanjang tempoh lapan tahun bersama badan induk itu, beliau telah berjaya melahirkan ‘permata’ yang cukup berharga buat arena sukan badminton tanah air dengan kemunculan Datuk Lee Chong Wei.
Berkat tunjuk ajar serta bimbingan Misbun, Chong Wei kini bergelar jaguh No. 1 dunia sejak tahun 2008.-kosmo online.

Kisah Misbun dan Lee Chong Wei

Baca lagi kat kosmo: disini

Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Misbun Sidek memang dah serasi bersama.. Kalau masuk sehati berdansa pun pasti ramai penyokong.. (tetibe)

Kenapa tiba tiba timbul kontroversi mereka ni. Saat kegemilangan badminton negara. Ada la tu yang 'tercedera' kat mana mana. Dari gaya berita yang dibaca kat atas tu memang banyak ayat Datuk Misbun yang beremosi.

Yang paling menarik, mereka telah serasi bersama dari saat Lee Chong Wei masih belum dipuja, masih mentah dari 2008. Kini beliau berada di 'puncak' dunia. Daripada tak minat badminton sampai le menjadi penonton badminton..( Perlawanan yang sangat mendebarkan dan macam macam leh jadi.. setuju tak?)

Apa pun.. ketika bidang sukan negara ni sedang berkembang pesat( pesat ke?)(ye la kan , Khairul Fahmi tu dah meletup letup..), harapan peminat adalah untuk mereka menambahkan lagi kecemerlangan dan segala masalah tu ditolak ketepi kerana pasti ada penyelesaiannya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...