Nak Souvenier best?

Showing posts with label Perodua Keluarkan Model Baru. Show all posts
Showing posts with label Perodua Keluarkan Model Baru. Show all posts

LAGI BEST MYVi BARU.

Perodua MyVi merupakan kereta yang dilancarkan pada 2005 oleh PERODUA.Ia dilengkapi dengan dual airbag, ABS, dan enjin VVT.Ia adalah hasil kerjasama antaraToyota, Daihatsu dan PERODUA. Model Jepun iaitu Daihatsu Boon(Daihatsu SirionII) dan Toyota Passo.

Pengganti MyVi.

Saat menonton kereta baru PENGGANTI MYVI ni, teruja pula rasanya. Rupanya MYVI ni ada adik beradiknya yang berasal dari JEPUN. Kereta yang dinamakan PASSO tu dikatakan abang kepada MYVI ye?
Dan juga, kereta MYVI ni dah 5 tahun berturut- turut Menjadi kereta pilihan. Pernah tak kawan- kawan menaiki atau memandu kereta tersebut? Bagaimana rasanya? Best atau tidak?

Satu yang boleh dipuji adalah keadaan ruangnya yang luas. Memang suka la kalau dapat menumpang mereka yang ada kereta MYVI ni. Setuju tak? Beruntung bagi mereka yang memiliki kereta MYVI keluaran PERODUA ni kan.
Berkenaan kereta pengganti MYVI ni pula, bayangan diberikan kat BULETIN UTAMA tadi memang menarik. Dengan spesifikasinya yang uptodate tu, rasanya memang berbaloila kalau dapat memilikinya. Dilengkapi dengan beg udara berkembar serta GPS memanglah sangat menggoda. Tapi, betul betul berbaloi jikalau harganya berpatutan. Bilakah agaknya kereta baru keluaran PERODUA atau adik kepada MYVI ni akan dilancarkan?

Tertanya- tanya juga apakah nama PENGGANTI MYVI tu nanti.. MYEVO? jum teka jum..

Ps. Qard.. Bila nak hantar nanti akan dimaklumkan- tahniah...

Gambar Kereta Perodua Bezza.. Keluaran Terbaru

~Beza memang berbeza.. Kereta Perodua Bezza ni nampak menarik ye.. Setuju tak?..

RAWANG - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) sedang memperincikan maklum balas dan komen daripada orang ramai mengenai model Perodua Bezza khususnya daripada pengunjung Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) pada awal bulan Disember tahun lalu.

Perodua Bezza merupakan model kereta untuk generasi masa depan yang memiliki ciri-ciri futuristik tetapi ia amat praktikal digunakan.

Namun sejak ia diperkenalkan pada pameran tersebut, pelbagai tanda tanya berlegar di pasaran sama ada kereta konsep itu akan menjadi salah satu model terbaru yang akan diperkenalkan di pasaran tidak lama lagi.



MODEL syarikat Perodua menunjukkan kereta konsep Perodua Bezza yang diperkenalkan di Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putera baru-baru ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...