Nak Souvenier best?

Showing posts with label modifikasi kereta. Show all posts
Showing posts with label modifikasi kereta. Show all posts

Pengganti MyVi.

Saat menonton kereta baru PENGGANTI MYVI ni, teruja pula rasanya. Rupanya MYVI ni ada adik beradiknya yang berasal dari JEPUN. Kereta yang dinamakan PASSO tu dikatakan abang kepada MYVI ye?
Dan juga, kereta MYVI ni dah 5 tahun berturut- turut Menjadi kereta pilihan. Pernah tak kawan- kawan menaiki atau memandu kereta tersebut? Bagaimana rasanya? Best atau tidak?

Satu yang boleh dipuji adalah keadaan ruangnya yang luas. Memang suka la kalau dapat menumpang mereka yang ada kereta MYVI ni. Setuju tak? Beruntung bagi mereka yang memiliki kereta MYVI keluaran PERODUA ni kan.
Berkenaan kereta pengganti MYVI ni pula, bayangan diberikan kat BULETIN UTAMA tadi memang menarik. Dengan spesifikasinya yang uptodate tu, rasanya memang berbaloila kalau dapat memilikinya. Dilengkapi dengan beg udara berkembar serta GPS memanglah sangat menggoda. Tapi, betul betul berbaloi jikalau harganya berpatutan. Bilakah agaknya kereta baru keluaran PERODUA atau adik kepada MYVI ni akan dilancarkan?

Tertanya- tanya juga apakah nama PENGGANTI MYVI tu nanti.. MYEVO? jum teka jum..

Ps. Qard.. Bila nak hantar nanti akan dimaklumkan- tahniah...

PESAING.

~Ini la pesaing Honda dan Toyota ye..


KANAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tiga dari kiri) melancarkan model baru Mazda3 MPS baru-baru ini.

Kalau FIRST CAR Macam ni Sesuai tak?



~Apakah first car atau kereta pertama yang menjadi idaman kawan-kawan?. Atau bagi yang dah beli kereta, kenapakah KERETA itu dipilih?..

Nak beli kereta macam kat dalam gambar tu?.. Keluaran tempatan. Atau nak beli yang diimport dari luar?. Kualiti kereta tempatan dan luar berbeza ke?. Ada yang boleh bagitau tak?.. Kalau diberi pilihan mana yang kawan-kawan pilih?

Kalau tak beli buatan tempatan, macamana nak tolong negara kita sendiri ye?..

-CONFUSE.
Suzuki Swift macam comel juge kan..

Modified kereta?

Ada kereta nak di modified kan?.. Best ke kalau dapat modified kereta ni?.. Tak ke rasa membazir.. Baru je beli kereta tu, dan dan nak g modified.. Dah hilang kecantikan asal.. Betul tak?.

Ada kawan-kawan yang suka modify kereta?.. Berapa banyak wang yang digunakan ye?.. Agaknye kalau dikumpul-kumpul tu boleh beli satu lagi kereta kot?.. Entry ini hanya berkongsi pendapat.

Bagi yang mempunyai hobi modify kereta, memang tiada salahnye kan. Cuma kalau tak mampu sehingga bergolok gadai, mungkinla tidak sesuai.. Kalau berkemampuan, tiada salahnya kalau itu hobi yang boleh memuaskan hati.

Bukan lelaki sahaja.. Perempuan pun ada yang meminati hobi modify-modify kereta ni kan. Mungkin lebih obses lagi..

Murah Ke Kereta Ni?.. Tak Sangka..


PASTI ramai yang tidak percaya jika dikatakan asal kenderaan ini ialah Volkswagen Beetle.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...