Sebuah pesawat kendalian swasta "Susi Air" terhempas di Wilayah Pasema, Papua, Indonesia
Baru je terbaca tweet buletin tv3 ni.
Terkejut bila terima atau baca atau dengar berita berita yang tak diingini macam ni kan.
Minta minta dijauhkan..
Kalau dah terhempas tu.. Agaknya macamana keadaan semua anak kapal?..
Aduh.. Tak sanggup mengetahuinya..
Dah banyak tragedi yang berlaku melibatkan kenderaan udara ni.
Setiap kali dengar, mesti rasa teragak agak pula nak gunakan kenderaan udara ni kan.
Tak dapat nak bayangkan apa yang terlintas pada mangsa mangsa tersebut.
Semoga ahli keluarga mereka semua tabah menghadapinya..
Begitu juga kita sendiri saat ditimpa sesuatu yang buruk.
Alangkah sedih dan seksa rasanya.
Bila ada yang memujuk kita, dengan berkata - turut merasa apa yang kita rasa- sudah pasti kita menafikannya..Mana mungkin dia rasa apa yang kita rasa sebab dia tak berada pada situasi yang dihadapi.. Tapi, percayalah.. Dia cuba memujuk.. Bersimpati dengan kita.. Oleh itu.. Hargailah dia..
Susulan Pesawat Air Asia Terbabas / Air Asia Online
~Sumber Kosmo
Bagusla, cepat tindakan DCA menyiasat tu kan.. Kejadian kejadian macam ni memang membimbangkan.. Apatah lagi bagi mereka yang selalu kene naik kapalterbang ni. Dan Air Asia adalah perkhidmatan tambang murah yang terkenal.. Sejak ada Air Asia ni memang semua orang pun mampu terbang kan?.. Ada ke yang belum pernah naik kapalterbang?.. Yang dah naik kapalterbang tu apa rasanya.. share sikit pengalaman dengan kawan kawan pembaca blog ALL IN ONE
Lagi senang sebab boleh tempah melalui Air Asia online kan!!
KUALA LUMPUR – Pesawat Airbus A320 milik AirAsia yang terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), Sarawak ketika hujan lebat Isnin lalu telah dialihkan dari landasan pagi semalam.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pesawat itu kini ditempatkan di satu kawasan khas di kawasan LTAK bagi membolehkan pesawat lain melakukan pendaratan.
Menurut beliau, pihaknya telah menghantar tiga pegawai DCA ke Kuching dan memulakan siasatan di kawasan kejadian bagi mengenal pasti punca kejadian itu.
Namun, beliau enggan mendedahkan penemuan awal hasil siasatan DCA semalam.
