Apa maksud ni?.. Ni la komen yang dapat masa join satu segmen blogger popular.(NAMA DIRAHSIAKAN-haha). Katanya untuk menambahkan kepopularitian sesatu blog, blogger perlu mesra. Jadi, apakah ciri-cirinya untuk menjadi seorang blogger YANG MESRA,?
Yela.. nanti bila mesra.. adalah harapan untuk jadi POPULAR. Rasanya blogger-blogger otai semuanya mesra-mesra kan individunya. Cuba cerita sikit mana blogger yang tak mesra..?.. Mesra macamana?-takrifkan sendiri la..
Oke la..
Berikut adalah TIP UNTUK MENJADI BLOGGER YANG MESRA.
(macam Bob AF: mesraa..)
Jadilah seorang blogger yang friendly. Yes.. friendly maksudnya suke bertegur sapa.. Membalas budi dan baik hati. Rasanya kawan-kawan kat blog ALL IN ONE ni semuanya mesra-mesra orangnya.. Di dunia Maya.. di Dunia Sebenar?(harapnya mesra juga la).
Jangan perasan/ bongkak.
Jangan sesekali merasa diri tu dah POPULAR setakat follower dah capai ratusan atau ribuan. Kalau nak tau sesebuah blog tu POPULAR adalah bila kita tanya blogger lain, eh kamu kenal tak blogger SHAHEIZY SAM tu?.. ala.. blog dia tajuk POPULAR.. Kalau ramai yang kenal, bolehla dikategorikan popular. (POPULAR ni banyak kategori)
ada lagi tak.. share la kat comment tu.. Manatau..