Nak Souvenier best?

Showing posts with label batal puasa. Show all posts
Showing posts with label batal puasa. Show all posts

Kena suntik batal puasa?


~BACA BETUL BETUL YE..

suntikan yang berupa makanan dan vitamin yang membantu untuk mengenyangkan atau memberi tenaga kepada seseorang atau yang berfungsi seperti makanan turut diharamkan pengambilannya ketika berpuasa.

Selain itu terdapat juga perkara yang tidak membatalkan puasa, namun mengurangkan pahala berpuasa apabila kita melakukannya. Nabi SAW di dalam hadis, maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi ia tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya itu, kecuali rasa lapar dan dahaga.” (Riwayat Imam Ahmad).

Jom Makan Nasi Beriani untuk buka ni..

~Bulan puasa kali ni dah try nasi beriani ke?
Jom jamu mata dulu..

Setahu Nur, blog sharinginfoz dah try dah.. siap buat review juadah ramadhan.
Bagus juga review tentang JUADAH BAZAR RAMADHAN ni..
Boleh bagi gambaran untuk orang lain juga.. Mana yang best..mana yang nak dicuba.

Namun akhirnya bergantung pada diri sendiri jua sebab lidah masing-masing punya.. taste pun dah pasti lain lain..



















BERIANI kambing menu istimewa yang ditawarkan di JM Bariani.

Mari Memperingatkan di Bulan Puasa.

Dah melepasi separuh Ramadhan. Dah selesa kita berpuasa kan. Tapi harus sering diingatkan sesekali. Sebagai manusia ni mudah lupa.. So nur nak kongsi gambar kat atas ni ye. Pesan dari Ustaz Zaharuddin ni. Semoga kita dapat jaga puasa kita dan tingkatkan amalan kita semua.

Pesanan buat suami isteri dari pembaca blog..

SILA RUJUK ENTRY INI:
Blogger - zuriey - said...
suami isteri memang kena hati2 time puasa ni especially waktu siang
August 7, 2012 8:56 AM
 Delete
Blogger Ardini Humaira said...
haaa jangan romen2 di siang hari hehe
August 7, 2012 9:03 AM
 Delete
Blogger :: Mrs.Eady :: said...
kene jaga batasan..
August 7, 2012 9:25 AM
 Delete
Blogger kay_are said...
belum kawin lagi so no komen je dulu =P
August 7, 2012 9:34 AM
 Delete
Blogger Rai said...
hehehe..hati hati..
August 7, 2012 10:16 AM
 Delete

Lagi perkara membatalkan puasa.

jimak atau persetubuhan. 
Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah RA, beliau berkata, maksudnya: “Pernah datang seseorang kepada Rasulullah SAW kemudian dia berkata, ‘Ya Rasulullah binasalah aku!’ Rasulullah bertanya, ‘Apa yang membuatmu binasa?’ Orang itu menjawab, ‘Aku menjimak isteri ku dalam Ramadan’ (di siang hari). Rasulullah bersabda, ‘Apakah kamu mampu memerdekakan seorang budak?’ Orang itu menjawab, ‘Tidak’. Rasulullah bersabda, ‘Apakah kamu mampu memberi makan enam puluh orang miskin?’ Orang itu menjawab, ‘Tidak’ Rasulullah bersabda, ‘Duduklah’. Dia pun duduk. Kemudian ada yang mengirim satu dulang kurma kepada Nabi SAW. Rasulullah bersabda, ‘Bersedekahlah’, Orang itu berkata, ‘Tidak ada di antara dua tanah hitam ini (bumi Madinah) keluarga yang lebih miskin dari kami’. Rasulullah SAW pun tertawa hingga terlihat gigi manisnya lalu baginda bersabda, ‘Ambillah, berilah makan keluarga mu.” (Riwayat Imam Al- Bukhari dan Imam Muslim)

Batal puasa wanita itu...

Perkara membatalkan puasa.

khusus bagi wanita yakni haid dan nifas. Ini khusus bagi orang yang uzur syarie. Puasa wajib ditinggalkan bagi orang yang didatangi haid dan nifas berdasarkan dalil yang jelas seperti hadis Abu Sa’id Al- Khudri yang menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada wanita yang bertanya mengenai maksud kurangnya agama mereka, Sabda Nabi SAW, maksudnya: “Bukankah wanita itu bila haid dia tidak solat dan tidak puasa?” Mereka menjawab, “Ya.” Rasulullah bersabda, “Maka itulah dari kekurangan agamanya.” (Riwayat Imam Al-Bukhari)

Berdasarkan hadis daripada ‘Aisyah RA, wanita haid wajib mengqada (mengganti) puasa yang ditinggalkannya, maksudnya: “Kami mengalami haid pada masa Rasulullah SAW maka kami diperintahkan untuk mengqada puasa dan tidak diperintahkan untuk mengqadha solat.” (Shahih Jami’ no. 3514)

Sengaja Muntah-Muntah..

Perkara membatalkan puasa.

muntah dengan sengaja.

Dalilnya ialah sabda Nabi SAW, maksudnya: “Sesiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk mengqada (menggantikan) puasanya, dan sesiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqada (menggantikan) puasanya.” (Riwayat Imam Abu Dawud dll) Ada orang yang menjaga badan (diet) dengan memuntahkan kembali apa yang dimakan. Sesudah makan sahur dia menjolok tekaknya untuk memuntahkan apa yang dimakan. Ini satu perbuatan yang membawa kepada pembatalan puasa dan wajib baginya mengqada (menggantikan) puasa tersebut.

Batal Puasa Ke?.. Tak sengaja takpe..


Perkara pertama yang membatalkan puasa secara jelas, iaitu makan dan minum dengan sengaja. Bagaimanapun sekiranya seseorang itu makan dan minum kerana terlupa maka tidaklah batalkan puasanya. Sabda Nabi SAW, maksudnya: “Jika terlupa lalu makan dan minum hendaklah dia sempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ALLAH yang memberinya makan dan minum.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Maka jika seseorang itu terlupa dan makan dan minum sehingga kenyang sekalipun, puasanya masih sah dan dia perlu menyambung puasanya sehingga selesai. Itu adalah anugerah ALLAH SWT yang memberinya makan dan minum.

Tetapi seseorang tidak dibolehkan buat-buat lupa dan makan, itu satu perbuatan yang haram.

Sah ke puasa?

Kalau tak makan sahur dan tak mampu berbuka puasa kerana tiada makanan?..

google image: somalia 

Tak boleh puasa?


BEIJING - Pihak berkuasa di wilayah Xinjiang, barat daya China melarang para pegawai dan pelajar beragama Islam daripada berpuasa pada bulan Ramadan.
Tindakan itu mendorong sebuah kumpulan hak asasi memberi amaran keganasan terbaharu akan berlaku di rantau berkenaan.
Pekeliling yang disiarkan di beberapa laman web pemerintah meminta pemimpin Parti Komunis supaya mengehadkan aktiviti keagamaan penduduk Islam sepanjang bulan puasa termasuk berpuasa dan berkunjung ke masjid.
"Para pegawai Parti Komunis, kakitangan awam (termasuk mereka yang bersara) dan pelajar dilarang daripada menyertai aktiviti keagamaan pada bulan Ramadan," menurut pekeliling berkenaan.
Xinjiang dihuni oleh sembilan juta etnik minoriti Uighur yang beragama Islam.
Penduduk Islam sebelum ini mendakwa sering menjadi mangsa penganiayaan pemerintah China.
Keganasan etnik terburuk berlaku di Xinjiang pada 2009 apabila penduduk Uighur menyerang bangsa Han di bandar Urumqi yang menyebabkan 200 orang terbunuh. - AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...