Nak Souvenier best?

Batal Puasa Ke?.. Tak sengaja takpe..


Perkara pertama yang membatalkan puasa secara jelas, iaitu makan dan minum dengan sengaja. Bagaimanapun sekiranya seseorang itu makan dan minum kerana terlupa maka tidaklah batalkan puasanya. Sabda Nabi SAW, maksudnya: “Jika terlupa lalu makan dan minum hendaklah dia sempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ALLAH yang memberinya makan dan minum.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Maka jika seseorang itu terlupa dan makan dan minum sehingga kenyang sekalipun, puasanya masih sah dan dia perlu menyambung puasanya sehingga selesai. Itu adalah anugerah ALLAH SWT yang memberinya makan dan minum.

Tetapi seseorang tidak dibolehkan buat-buat lupa dan makan, itu satu perbuatan yang haram.

2 comments:

Unknown said...

mesti baru lepas x sengaja ni..kan? hehe teka2 je..:P

Kakzakie Purvit said...

Nur tahu kakak pernah dah siap hirup sayur bening habis semangkuk kecik masa balik kerja. Licin - bila nak masak baru ingat eh... puasa. Tapi masa tu puasa sunat.

Apa pun kalau tak sengaja tak apa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...