Nak Souvenier best?

Showing posts with label cukai prepaid. Show all posts
Showing posts with label cukai prepaid. Show all posts

Masih Panas..

Mane boleh kata... Klu tak nak byr tax, tak yah gunalah... Servis telefon bukan mcm servis Astro. Klu Astro naikkan charge, kita masih ada option siaran TV free. Klu tak nak byr Astro mahal, tak yahlah guna servis Astro. Tapi klu servis telefon apatah lagi handphone, kita tak de option lain. Klu kita tak guna handphone, kita nak guna apa? Mcm mane org nak contact kite? Mcm mane kite nak contact org? Nak harapkan public phone? Berapa byk public phone yg kite ley gune kat dlm Msia? Skg mgkn Maxis. Tak mustahil 1 hari t, company len akan ikut jejak langkah jugak...
By Mommy Fara on Kalau Tak Nak Bayar Tax Tak Payah Gunala.. on 9/9/11


LEPAS NI ISU APA PULA BAKAL TIMBUL YE INSAN MARHAEN..
SAMA JUGA DGN HIDUP SEHARI HARI, KALAU XDE GOSSIP TAK MERIAH PULAK YE..
NAK NAK PULAK GOSSIP DUNIA ARTIS.. SEMUA SIBUK NAK AMBIL TAHU..

Jadual Kenaikan Cukai Perkhidmatan Prepaid 6 %.

Jadual Kenaikan Cukai Perkhidmatan Prepaid 6 %.

Boleh rujuk kat SINI.
credit to yang share..

Jadi, tunggu je lah apa keputusan akhirnya nanti.
Samada pengguna masih kena bayar atau syarikat pula yg kena bayar..
Sebab kata DS NAJIB, kerajaan tak luluskan lagi..

Apa inisiatif kawan kawan?..
Beli prepaid banyak banyak sebelum 15hb September ni?..
Atau tukar kepada pasca bayar?..

Tukar kepada talian tetap?..

(masa ni la nak sokong TM ye..)

Caj 6.0 Peratus Cukai Perkhidmatan .

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas dari pengguna.

Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

"Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.

"Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat."

"Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di sini Jumaat.

Najib berkata kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6.0 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

"Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan, mengulas kenyataan bersama syarikat telekomunikasi hari ini yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Menurutnya, dengan cukai perkhidmatan 6.0 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

Sementara itu, Maybank melancarkan logo baru yang menampilkan ikon Harimau Malaya dengan lebih jelas selari dengan matlamat Maybank yang mahu berkembang sebagai syarikat perbankan bertaraf global.

-- BERNAMA
BAGUS DATUK SERI NAJIB NI KAN.PRIHATIN TERHADAP RAKYATNYA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...