Nak Souvenier best?

Showing posts with label fahaman Pluralisme. Show all posts
Showing posts with label fahaman Pluralisme. Show all posts

Nak Cari Maksud Pluralisme..

YAN, 19 Feb (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengenalpasti kumpulan yang cuba menghidupkan fahaman pluralisme dan akan menggandakan pemantauan secara berterusan bagi memastikan fahaman itu tidak wujud di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tindakan drastik itu perlu memandangkan fahaman tersebut mampu mengundang bahaya kepada kestabilan negara.

Katanya tidak dinafikan ada kelompok-kelompok tertentu cuba menggerakkan fahaman tersebut di seluruh dunia dan Jakim akan mengambil tindakan segera bagi membanteras aktiviti itu.

"Konsep pluralisme menyatakan semua agama adalah sama sedangkan di Malaysia agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Agama Islam mempunyai hak-hak keistimewaan dan fahaman pluralisme yang mahu menyamakan hak agama sama rata adalah tidak wajar.

"JAKIM, sebagaimana selalu saya tekankan, pemantauan dan pengintipan terhadap hal-hal yang berhubungan dengan pluralisme ni sentiasa kita teruskan...

"Tidak sampai kepada serius tapi soal akidah ni kita tak nak sorang pun orang kita terjejas dan juga terganggu akidah dia, sebab akibat dari ajaran yang berlaku ni," katanya ketika ditemui pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Sungai Rotan di sini.

Katanya apa yang dibimbangkan pluralisme ini akan dijadikan anutan baru dan ia perlu disekat kerana jika dibiarkan ia akan mengancam perpaduan kaum serta kekacauan yang menjurus kepada sensitiviti agama dan menjejaskan pemerintahan sesebuah negara.

"Perdana Menteri juga mengingatkan kebimbangan bila kita meletakkan semua sama rata ia akan menyebabkan soal kekacauan dan sensitiviti agama.

"Sekarang sudah mula berkembang anutan seperti ini dan lebih membimbangkan anutan ini daripada kelompok-kelompok yang mempunyai hubungan-hubungan besar...negara dan sebagainya, jadi kita nak segera membanterasnya dari peringkat awal lagi...dari peringkat akar umbi," katanya.

-- BERNAMA

~oke.. dah jumpa.. Baca untuk kongsi pengetahuan ini..

Tidak Menepati Ajaran Islam

*** Kena hati hati.. sumber Sinar Harian

KUALA TERENGGANU - Pelaksanaan dasar ajaran Jaringan Islam Liberal (JIL) dan fahaman Pluralisme tidak menepati ajaran Islam sebenar kerana ia hanya berteraskan kepada pemikiran logik.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, semua pihak diminta tidak terpengaruh dan mengikut ajaran ini kerana pada dasarnya, JIL dan fahaman Pluralisme dikatakan cantik, tetapi tidak bertepatan dengan ajaran Islam.

“Bagi pemahaman secara ringkas, pluralisme diklasifikasikan sebagai, semua agama adalah sama manakala liberal pula umumnya memandang semua perkara atau hukum dalam agama boleh dilaksanakan berdasarkan akal pemikiran.

“Kita tidak perlu mengikut ajaran baru seperti ini kerana ajaran Islam tradisi yang dibawa ahli sunah wal jemaah telah cukup lengkap, iaitu laksanakan hukum agama bukan berdasarkan pemikiran semata-mata,” katanya.

Beliau turut membuat gambaran mengenai pelaksanaan hukum agama berdasarkan pemikiran sebagaimana pernah dilakukan Amina Wadud, seorang wanita menjadi imam dan membaca khutbah Jumaat yang diadakan di sebuah gereja di Manhattan New York, Amerika Syarikat.

“Dalam hal Amina Wadud, itu salah satu contoh melaksanakan hukum Islam berdasarkan akal pemikiran manusia. Liberalisme dan pluralisme dikategorikan sebagai sama taraf dan kedua-duanya adalah fahaman baru dalam agama Islam.

“Perkara berkaitan ibadat ini tidak boleh dijadikan sebagai sesuatu yang remeh dalam kehidupan kita kerana ia boleh membawa kepada kemudaratan. Oleh itu, kita tidak perlu terikut dengan fahaman baru seperti pluralisme, liberalisme atau progresif agama,” katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai isu itu ketika merasmikan Wacana Isu-Isu Semasa Akidah: Pluralisme Agama yang berlangsung selama sehari di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Program itu dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Taqwa (YT), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), UMT dan Unisza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...