Nak Souvenier best?

Showing posts with label penyakit dan ubat. Show all posts
Showing posts with label penyakit dan ubat. Show all posts

Simpan Ubat di tempat Yang Betul..

JOM AMALKAN SIMPAN UBAT DI TEMPAT YANG BETUL.
JAUHI DARI KANAK KANAK JUGA YE KALAU ANAK ATAU ADIK ANDA SUKA MAKAN UBAT!


APABILA pulang dari klinik atau farmasi, pasti pada bungkusan ubat yang dibeli itu tertera aturan penyimpanan iaitu perlu disimpan di tempat yang kering dan sejuk.
Peringatan tersebut mempunyai sebab. Ini kerana ubat-ubatan mudah rosak jika dibiar terdedah kepada suhu yang terlalu panas.
Dalam satu kajian oleh sekumpulan pakar dari Perkhidmatan Maklumat Ubat-ubatan, Universiti Butler, Indiana, Amerika Syarikat, mendapati suhu udara melebihi 30 darjah Celcius boleh merosakkan bahan aktif di dalam ubat.
Ahli farmasi yang turut serta dalam kajian ini, Dr. Amy Peak, memberitahu, beberapa ubat-ubatan yang tidak tahan pada udara panas ialah insulin, hormon tiroid, ubat berkaitan dengan aerosol dan inhaler.
Walaupun ada pengeluar ubat yang mendakwa produk mereka boleh bertahan dalam suhu lebih 30 darjah Celcius, tetapi seeloknya ia disimpan di dalam kotak yang jauh daripada suhu panas.
Apabila anda membawa ubat-ubatan ketika bercuti atau mengembara, simpanlah ubat di dalam kabin, bukannya di ruang penyimpanan kargo. Jangan sekali-kali meninggalkan ubat di dalam kereta yang diparkir di kawasan lapang kerana kepanasan dalam kereta boleh mencecah sehingga 71 darjah Celcius.

Penyakit Tiada Ubat?..

Hadith:

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.

Huraian Hadith:

1. Setiap penyakit ada ubatnya, jika bersesuaian ubat tersebut, maka ia akan sembuh dengan izin Allah S.W.T.

2. Meskipun Islam mengharamkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti najis, air kencing, alkohol dan sebagainya untuk tujuan perubatan namun terdapat keadaan di mana seseorang itu diberi keharusan (rukhsah) untuk berbuat demikian iaitu bilamana berada dalam peringkat darurat (kecemasan) dan tiada lagi ikhtiar-ikhtiar lain yang boleh dilakukan. Atau dengan lain perkataan diharuskan untuk yang terpaksa.

3. Dalam masalah ini pengambilan benda-benda yang haram sebagai ubat hendaklah sekadar perlu sahaja bagi menyembuhkan penyakit yang menimpa. Manakala rawatan tersebut mestilah dikendalikan oleh seorang doktor Muslim yang dipercayai tentang agama dan ilmunya.

4. Rukhsah ialah hukum keringanan yang disyari'atkan oleh Allah dalam keadaan- keadaan tertentu (iaitu ketika dharurat) manakala pengertian darurat pula ialah kesusahan yang memudaratkan iaitu bencana yang tidak ada sesuatu yang boleh mencegahnya.

5. Selaku seorang Islam kita diwajibkan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang halal dan menjauhi perkara yang haram apalagi yang melibatkan perbuatan syirik kepada Allah.

sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...