Nak Souvenier best?

Showing posts with label petua anak demam. Show all posts
Showing posts with label petua anak demam. Show all posts

Kesian Jadi Zombie Dah...

Paling kesian bila dia terjaga tengah malam sorang-sorang dan tengok tv sorang-sorang. Tapi rasanya Ahmad berani tengok cite seram sorang-sorang... : P Senyap-senyap je, tak meragam pun. Bila check suhu badan, memang demam. Kena berjaga lap-lap badan dia dan sentiasa check suhu. Ubat paed bagi tu pun dah nak habis.

Ada sesiapa yang ada tips/petua nak sembuhkan demam tak? Tq.
Ambik dari AMIRAH...

------------------------------------------------------------------------------------------
  • Banyakkan minum air masak.. sebab hidrasi berlaku jika badan terlalu panas.
  • Bagi ubat ikut aturan masa yang telah ditetapkan.
  • Jangan selimutkan, sebaliknya pakaian nipis dan lap badannya.
Ada lagi tak kawan kawan nak kongsi tip petua..?.. Semoga anaknya cepat sembuh dan dia tidak lagi menjadi Zombie Kg Pisang.. hehehe.. Salam Jumaat..

Anak Demam Nak Bagi Makan Apa ye?

1. Diet yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami demam adalah yang tinggi kalori serta protein, tetapi kurang lemak. Makanan yang disediakan juga perlu mengandungi lebih cecair.

2. Dua tiga hari pertama anak anda demam, sediakan diet yang banyak cecair seperti sup, air glukos dan jus. Jika anak anda tidak mengalami cirit-birit, anda juga boleh memberi mereka susu. Berikan mereka makan dalam kuantiti sedikit setiap dua jam, kemudian tambah kuantitinya setiap empat jam.

3. Makanan yang disediakan perlu lembut, mudah dihadam dan diserap seperti bubur, bijiran dan susu, buah-buahah lembut seperti pisang, betik, oren dan sayur-sayuran yang direbus.

4. Pengambilan protein perlu ditingkatkan. Anda boleh memberi anak anda susu, telur dan dal yang mengandungi nilai nutrisi protein yang tinggi.

5. Bagaimanapun, anda perlu mengelak memberi anak-anak yang demam makanan berlemak, pedas dan berfiber tinggi yang sukar dihadam.

6. Penting juga diingatkan, apabila seseorang demam nutrien seperti Vitamin A, C, B, Kalsium, zat besi dan sodium perlu ditingkatkan.

~Diculik dari saji oline..(bukan sekadar majalah resepi rupanya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...