Nak Souvenier best?

Showing posts with label rencana. Show all posts
Showing posts with label rencana. Show all posts

Kalau Masa itu Perak, Bagaimana?

~Setelah baca petikan yang dipetik d\sedikit kat bawah ni, memang setuju dengan kata-kata beliau.. (kolumnis di sinar harian.). 
Memang masa itu sangat penting.. cuma kurang dihargai.. dan betul juga katanya.. kalau awal, takde orang yang ada untuk menjadi saksi.. Anda bagaimana?


Kata pepatah, terlajak perahu, boleh patah balik, terlajak kata, boleh minta maaf, tersilap tulis, boleh buat ralat, tapi kalau terlepas masa?
Saya sentiasa mencari jawapan kepada masalah ketidakketepatan masa ini. Entah bila akan berjumpa.
Ada beberapa kata-kata hikmat yang saya ingat.
Ketahuilah nilai waktu sebenar; ambillah segera dan nikmatilah setiap waktu yang ada. Jangan buang masa, jangan disia-siakan, jangan tangguh, jangan tunda kepada esok apa yang anda boleh lakukan hari ini.
Kata pujangga dan penulis sandiwara, William Shakespear: "Lebih baik awal tiga jam, dari lambat seminit."
Saidina Ali karamallah wajha, Khalifah keempat itu berkata: "Masa itu umpama pedang. Jika engkau tidak menggunanya untuk memotong, ia akan memotong kamu."
Tapi siapa mahu sampai awal? Sebab kalau anda awal, tiada sesiapa di situ untuk melihat dan menghargai inisiatif anda itu!


SATU BLOG SATU MALAYSIA.

~Dari mstar.. Baca dulu.. setuju atau tak?


Sepuluh cara yang dapat membantu mempromosikan konsep 1Malaysia untuk menggalakkan perpaduan yang lebih besar di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia adalah seperti berikut:
1) Orang dewasa harus menunjukkan teladan yang baik dengan menghormati jiran tetangga, rakan sekerja, teman atau seseorang daripada bangsa lain.
2) Orang dewasa tidak harus berbicara secara negatif tentang bangsa lain atau agama lain secara sembarangan atau terbuka.
3) Jangan memanggil seseorang dengan panggilan yang kurang enak di dengar terhadap orang daripada bangsa yang berbeza.
4) Anak-anak harus didorong untuk bergaul dan bermain bersama kanak-kanak berlainan kaum tanpa melihat perbezaan di antara mereka agar semangat kekitaan dapat dipupuk dari peringkat awal lagi.
5) Guru-guru terutamanya pengetua sekolah atau para pendidik di institusi pengajian tinggi harus memainkan peranan yang lebih besar dengan memberi motivasi kepada para pelajar dan meraikan kepelbagaian budaya di antara rakyat negara kita.
6) Kerajaan melalui agensi-agensi tertentu harus menganjurkan acara-acara yang lebih mantap dan menyeluruh untuk mempromosikan perpaduan yang lebih besar. Jangan tunggu musim perayaan atau pilihan raya baru hendak menganjurkan sesuatu.
7) Organisasi bukan kerajaan (NGO) termasuk persatuan, kelab dan pertubuhan perlu bekerja sama dengan syarikat multi nasional atau industri kecil untuk menganjurkan kegiatan sukan, seminar dan kem-kem yang merangkumi penyertaan semua bangsa.
8) Kementerian Pelajaran harus mempertimbangkan untuk melupuskan sistem kuota bagi membolehkan cabaran kesetaraan yang positif dalam sistem pendidikan.
9) Para pemimpin agama yang sepatutnya menjadi soleh dan takut akan Tuhan harus berlatih mengamalkan sikap toleransi yang tinggi dan selalu bekerja untuk menyelesaikan perbezaan pendapat di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama secara ramah dan kondusif.
10) Para ahli politik perlu bijaksana dalam membuat kenyataan atau ketika mengambil keputusan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat berbilang kaum. Dengan sepuluh pendekatan ini, saya percaya kita boleh mencapai perpaduan yang lebih dinamik dan membantu merealisasikan hasrat 1Malaysia secara lebih sistematik.

ada HIV?


DENGAN H-KIT kini ujian HIV boleh dilakukan di rumah.
berita lanjut disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...