Showing posts with label medic. Show all posts
Showing posts with label medic. Show all posts
Komen camni pun boleh???
Thank you, I have recently been looking for information approximately this topic for a long time and yours is the best I've discovered so far. But, what concerning the bottom line? Are you certain in regards to the source? Also see my site - FinderHostel.com on Ubat Tidur
Wanita Berbulu.
Wanita Berbulu.
~sumber: kosmo
Menurut Konsultan Obstetrik dan Ginakologi, Hospital Pakar DEMC Shah Alam, Dr. J. Thaneemalai, PCOS ialah gangguan yang berpunca daripada tahap hormon tertentu yang tidak normal. Ia biasa dialami 20 peratus daripada wanita.
"Antara simptom PCOS ialah kitaran haid tidak teratur, sukar hamil, berat badan berlebihan, kulit berminyak serta berjerawat selain mengalami perubahan dari segi mood. Simptom yang ditunjukkan berbeza bagi setiap wanita.
"Wanita dengan PCOS sering mempunyai tanda-tanda yang berbeza. Gejala ini kadang-kadang datang dan pergi menyebabkan ia sukar untuk didiagnosis.
"Diagnosis biasanya dibuat apabila ada simptom seperti kitaran haid yang tidak teratur, sukar hamil dan pertumbuhan rambut yang berlebihan di muka atau badan," beritahu beliau.
Tambahnya, kaedah rawatan bagi PCOS bergantung kepada simptom yang dialami. Rawatan jangka panjang mungkin perlu jika seseorang itu mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, peningkatan gula dalam darah dan penyakit jantung.
"Yang penting, penghidap PCOS perlu menjalani gaya hidup sihat dan mengamalkan diet yang seimbang serta kerap bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, tiga kali seminggu," ujarnya. - NOOR
Sakit Lutut.. ouch..
Jawapan Prof Nizar:
Sakit lutut dalam kalangan orang berusia dinamakan osteoarthritis iaitu sejenis sakit sendi yang disebabkan oleh proses penuaan yang berlaku dalam sendi. Apa yang berlaku ialah permukaan rawan sendi menipis dan cecair sinovial (pelincir) dalam sendi juga berkurangan.Ruang sendi secara tidak langsung menjadi kecil di samping terdapat tulang baru yang tumbuh di kelilingnya.
Akibat semua perubahan ini pergerakan pada sendi akan menyebabkan geseran kasar dan menyakitkan.
Pada peringkat awal proses ini akan menimbulkan tindak balas inflamasi / keradangan, itu menjawab kenapa pada peringkat awal ubat than sakit seperti ponstan dan celebrex dapat melegakan sakit.
Tapi lama kelamaan proses artritis ini akan bertukar kepada proses degenerative iaitu satu bentuk proses penuaan. Maka tidak hairanlah ubat tahan sakit tidak lagi berkesan. Ubat yang sesuai pada peringkat ini ialah ubat yang bertindak terus pada pusat sensori saraf pusat (otak) seperti paracetamol, tramadol, ultracet dan oxycontin.
Tapi lama kelamaan proses artritis ini akan bertukar kepada proses degenerative iaitu satu bentuk proses penuaan. Maka tidak hairanlah ubat tahan sakit tidak lagi berkesan. Ubat yang sesuai pada peringkat ini ialah ubat yang bertindak terus pada pusat sensori saraf pusat (otak) seperti paracetamol, tramadol, ultracet dan oxycontin.
Semua sakit artritis cenderung untuk berbunyi ‘klik’ kerana geseran kasar sendi tadi dan juga daripada ligamen dan tendon otot yang mengalami beberapa perubahan degenerative pada masa sama.
Semua sakit sendi akan memberi gejala kaku / ketat sendi bila lama berehat seperti baru bangun tidur atau lama menonton TV. Jadi pantang larang untuk orang sakit sendi ialah jangan berehat lama.
Bijak manusia di akalnya..
~Canggih kan?.. Manusia ni memang bijak.. macam macam diorang boleh cipta..

Info Kesihatan : Lelaki.
SALURAN darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi. Perunding Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ong Teng Aik memberitahu, ereksi atau ketegangan pada zakar berlaku jika darah memasuki ruang zakar dengan mencukupi.
“Darah akan memenuhi ruang zakar tanpa gangguan serta memberi kekuatan ereksi andainya saluran darah tidak terganggu atau tersumbat,” kata Teng Aik.
Zakar akan membesar dan menegang apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin itu terisi dengan darah.
Jelas Teng Aik, pembentukan plak dan lemak akibat pertambahan kolesterol di dalam badan mampu menyekat saluran darah.
Oleh kerana saluran darah zakar lebih kecil berbanding pada bahagian lain tubuh, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi.
“Penyakit kardiovaskular menyebabkan sekatan kepada aliran darah ke bahagian zakar dan menyebabkan masalah mati pucuk.
Tahap
“Sebenarnya dalam tempoh tiga tahun selepas masalah mati pucuk dikesan, pesakit berisiko mendapat penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung selain diabetes dan obesiti.
“Merokok dan amalan sedentari atau gaya hidup tidak aktif turut memberi kesan kepada kemerosotan kekuatan ereksi zakar.
“Apa yang ramai orang tidak sedar adalah kualiti ereksi rendah merupakan petanda awal kepada penyakit jantung,” kata Teng Aik.
Terdapat empat tahap ereksi iaitu mati pucuk teruk, mati pucuk sederhana, ereksi separa optima dan ereksi optima
Siapa ada Ubat Kurus?
Kaedah utama untuk menjauhkan diri daripada masalah diabetes adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Bukan sahaja dengan mengawal makanan yang diambil bahkan bersenam sebagai kaedah pencegahan.
“Jika kita mengubah gaya hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat sekarang, ini bermakna statistik obesiti dan penyakit diabetes di negara ini akan menurun dalam tempoh 20 tahun lagi.
“Memang payah untuk mengurangkan berat badan dan mengawal diabetes. Tetapi dengan kaunseling yang betul dan intervensi gaya hidup, hal ini boleh diatasi,” katanya.
Jelas Nor Azman lagi, ibu bapa seharusnya peka terhadap masalah obesiti dalam kalangan anak-anak kerana masalah obesiti di peringkat umur tersebut sukar dikawal kerana faktor perkembangan sel.
Berbeza pula seseorang yang mengalami kegemukan pada usia dewasa kerana ia kurang melibatkan penghasilan sel lemak baharu.
“Kegemukan pada usia kanak-kanak melibatkan penghasilan sel. Justeru adalah begitu sukar untuk mengurangkan berat badan mereka.
“Berbeza pula bagi golongan dewasa kerana kegemukan berlaku akibat pembesaran saiz sel tersebut dan lebih mudah untuk menurunkan berat badan,” tutur Nor Azmi.
Sebab perlu jarakkan kehamilan..
Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.
Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.
Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.
Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.
Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.
“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.
Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.
Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.
Tahniah IJN..
DINOBATKAN sebagai pemenang AIPM, IJN membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM1 juta.
Cara Merancang yang Terbaik..
Melambatkan Penuaan. TIPS:
Larian jarak jauh membebankan tubuh manusia dengan semakin tua seseorang, semakin sukar baginya melakukan aktiviti lasak.
Jantung warga tua kurang efisien dalam menyalurkan kitaran oksigen ke seluruh badan. Darah beroksigen yang dipam oleh jantung individu berusia 60 tahun kurang 20 peratus kandungan oksigen berbanding darah pemuda berusia 20 tahun.
Selain itu, kekuatan otot merosot dengan ketara apabila seseorang melepasi had usia 70 tahun pada kadar 30 peratus untuk setiap satu dekad.
Ligamen dan tendon pula semakin rapuh, menyebabkan warga emas lebih cenderung ditimpa kecederaan manakala paru-parunya menjadi keras dan kurang efisien.
Namun, jika keadaan kesihatan warga emas berkenaan baik dan dia kerap melakukan latihan fizikal, kesan penuaan ini dapat diperlahankan.
Maraton boleh sakitkan jantung.
~Kalau dah ajal, kat mana pun akan tiba..
SEBELUM ini ramai yang percaya bahawa jika kita melakukan aktiviti olahraga secara teratur, kita dapat dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Namun, terdapat beberapa aktiviti kecergasan yang perlu diberi perhatian kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Kajian oleh Universiti Melbourne, Australia baru-baru ini mendapati mereka yang melakukan aktiviti ekstrem seperti larian maraton dan memanjat gunung mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit jantung.
Dalam kajian ke atas 40 orang atlet, pengkaji mendapati mereka yang aktif melakukan sukan tersebut menunjukkan tanda-tanda kerosakan pada bahagian ventrikel kanan jantung dan kerosakan fibrosis pada otot jantung.
Penemuan tersebut disiarkan di dalam European Heart Journal.
Anak Kelainan Upaya.
ANAK ITU MEMANG ISTIMEWA..
“Berbanding kanak-kanak normal, anak sindrom Down lebih sensitif, emosi mudah terganggu dan mereka cepat marah kerana lebih manja berbanding adik-beradik lain.
“Paling tidak tahan apabila dia mengamuk di depan orang ramai. Saya bimbang orang yang memandang berfikir bahawa anak dia mengamuk kerana saya memukulnya,” jelas pensyarah universiti swasta itu.
Disebabkan itu katanya, dia sekeluarga memberi perhatian lebih kepada Nur Izzaty dan banyak bermuhasabah diri supaya sentiasa bersabar menghadapi kerenahnya.
“Kalau dahulu, apabila tidak dapat pujuk, saya akan dukung dia tetapi kini dia sudah besar dan tidak mampu untuk didukung lagi.
“Jadi, kalau ke mana-mana saya akan pastikan tidak melalui kedai-kedai permainan kerana bimbang dia akan meminta yang bukan-bukan,” katanya.
Rasli memberitahu, Nur Izzaty yang mula berjalan pada usia tiga tahun kini mampu menguruskan dirinya termasuk menggunakan komputer, tetapi kadangkala akan merosakkan barang-barang di rumah apabila dia ‘meragam’.
“Nur Izzati suka membuli ibunya kerana ibunya lembut hati, malah kadangkala dia sengaja merosakkan barang yang diberikan termasuk komputer sebagai tanda protes.
“Tetapi semasa moodnya baik, dia amat mudah bergaul, malah dia amat sayangkan dua orang anak buahnya serta bersikap baik di sekolah,” katanya.
SINDROM ANGGUK.
~MACAM MACAM DUGAAN NYA..
KITGUM, Uganda - Lebih 300 remaja di Uganda maut kerana penyakit misteri yang menjangkiti semakin ramai kanak-kanak di utara negara Afrika dan di beberapa kawasan di Sudan Selatan.
Penyakit itu dikenali sebagai sindrom angguk kerana pesakit akan menganggukkan kepala mereka dan berkelakuan seperti diserang sawan.
Penyakit berkenaan turut membantutkan tumbesaran kanak-kanak dan memusnahkan keupayaan kognitif dengan menyebabkan mereka gagal melakukan tugas mudah.
Sebahagian pesakit tidak mengenali ibu bapa mereka.
"Kami melakukan ujian ke atas beberapa kanak-kanak ini dan mendapati keadaan sebahagian mereka tidak berubah manakala sebahagian lain terus merosot tetapi tiada seorang pun yang beransur sembuh," kata Scott Dowell yang merupakan Pengarah Divisyen Pengesanan Penyakit Global dan Tindak Balas Kecemasan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).
Beberapa pegawai Uganda berkata, sekitar 3,000 kanak-kanak di negara Afrika Timur itu menghidap penyakit berkenaan.
Menurut mereka, setakat ini punca penyakit maut itu tidak dapat dipastikan.
Saintis CDC kini berusaha untuk mengenal pasti mengapa penyakit itu cuma menyerang kanak-kanak berusia antara lima hingga 15 tahun. - AP
Kuasa GANYANG AEDES terletak di tangan kita.
Tatkala melihat iklan NUFFNANG tentang KEMPEN GANYANG AEDES ini (seperti gambar di atas), hati terus tertarik untuk menerokai dengan lebih lanjut. Sesuatu yang baru bagi KEMPEN GANYANG AEDES yang dimuatkan pada kolum iklan NUFFNANG. Sesuatu yang lain dari lain.
Usaha KEMPEN GANYANG AEDES ini harus dipuji. Sememangnya kita semua tahu bahawa PENYAKIT DEMAM DENGGI yang disebabkan oleh NYAMUK AEDES adalah musuh utama negara. Penyakit yang boleh membawa MAUT ini sebenarnya boleh diELAKKAN.
Pabila 'klik' pada banner iklan NUFFNANG itu akan membawa pembaca sekalian pada laman web http://www.gayahidupsihat.my/ . Yang mana laman ini banyak memberi PENDIDIKAN KESIHATAN kepada pembaca sekalian tentang DEMAM DENGGI dan NYAMUK AEDES.
Berdasarkan pengalaman melayari LAMAN WEB tersebut, terdapat kuiz yang menarik untuk dijawab. Tiada hadiah, tapi ILMU YANG DIDAPATI amat lah bermakna. Sesuai untuk MELENTUR BULUH DARI REBUNG (maksudnya sesuai untuk kanak-kanak juga). Bahasa pengantara adalah Inggeris -(simple English).
Jom berkongsi PENGETAHUAN tentang AEDES dan DENGGI.
- Soalan tentang longkang tersumbat ini, senang aja jawapannya. Kalau kat rumah ada longkang tersumbat- silakan membersihnya secepat mungkin.
- Kalau risaukan kepupusan binatang, jangan risau terhadap kepupusan nyamuk.
- Air bertakung juga adalah tempat pembiakan NYAMUK AEDES.
- Tiada yang dapat merubah seseorang kecuali dirinya sendiri. Mulakan dengan menjaga kebersihan rumah dan sekitarnya.
- Oke, yang ini kalau salah juga, kat mana pembiakan nyamuk- taktahu nak cakap apa.
-Soalan yang ini agak keliru.. Kalau nak tahu jawapan kenala tengok kat http://www.gayahidupsihat.my/.
- Jangan sesekali 'self-medicate' jika tidak pasti. Kunjungilah pusat kesihatan terdekat untuk memastikan ia bukan DENGGI.
- Soalan yang ini- kacang aja.
- kalau orang dewasa tak dapat jawab dengan betul cara JANGKITAN DENGGI macamana?..
- Cegahah dari akar umbi. Musnahkan TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES.
-Ini adalah pengetahuan yang baru. Kawan kawan tahu tak?.. Cuba jawab.
- Nyamuk betina sahaja yang membiak/bertelur ye.
- jangan hidup seperti KERA SUMBANG. Perhatikan dan CAKNA la tentang kawasan kejiranan jua.
Jangan jadi MANGSA KEADAAN!
Bila kawan kawan dah berjaya jawab KUIZ itu.. bolehlah dapat gelaran : AEDES - BUSTER!!
Selain itu, laman web tersebut ada juga berkongsi tentang cerita atau pengalaman DEMAM DENGGI mereka. mereka adalah blogger hebat yang kongsi cerita supaya jadi pengajaran buat kita semua.
MARILAH SAMA SAMA KITA GANYANG AEDES.
Dan.
Amalkan GAYA HIDUP SIHAT.
CABARAN #4
Tema : Kesihatan
“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh neyra shazeyra& Lennymoriza dan ditaja oleh Vitamin Semulajadi”
Perempuan Menopause.. Kalau Lelaki?..
lelaki juga mengalami simptom menopaus tetapi ia dipanggil andropaus. Masalah tersebut dikatakan akan menyebabkan lelaki mengalami pengurangan libido atau keinginan seksual terhadap pasangan.
"Andropaus merendahkan keupayaan fizikal, melemahkan kekuatan otot serta menyebabkan hipertrofi kelenjar prostat.
"Antara tanda-tandanya adalah seperti pembesaran payudara yang tidak normal menyerupai payudara wanita yang digelar ginekomastia.
"Mereka yang tidak menyedari masalah ini akan turut menyebabkan penurunan serum dalam hormon testosteron yang akan mengganggu kecergasan tubuh badan," jelas Sahabudin.
Bukan itu sahaja, sindrom metabolisme juga mudah menyerang golongan lelaki yang membawa kepada penyakit kardiovaskular, diabetes melitus dan ED.
Sahabudin turut mendedahkan bahawa golongan lelaki akan berdepan dengan masalah kepekaan hormon androgen yang dirembeskan kelenjar adrenal apabila usia semakin meningkat.
Tanda-tanda utama dapat dikesan menerusi kegagalan menghasilkan zuriat akibat bilangan sperma yang rendah, ketinggian tubuh badan menyusut dan ketumpatan mineral dalam tulang menurun.
Jangan sekali-kali mengabaikan simptom awal masalah androgen seperti anemia sederhana, peningkatan indeks jisim badan dan sukar untuk tidur, kerana ia boleh menyebabkan masalah tersebut menjadi lebih besar.
-kosmo-
Lelaki Ego dan Sangka Kebal?
Menurut pensyarah Jabatan Psikologi, Universiti Malaya, Dr. Mariani Mohd. Nor, lelaki enggan menjalani pemeriksaan kesihatan disebabkan dua faktor iaitu sangkaan kekebalan dan ego.
"Pada mereka, kebarangkalian untuk mendapat penyakit berbahaya terutama pada usia 40 tahun adalah rendah berbanding wanita. Jadi, mereka sentiasa andaikan diri mereka sihat dan kebal daripada penyakit.
"Dari konteks keegoan pula, lelaki sering menolak keperluan memakan ubat sehingga sembuh kerana perbuatan itu dianggap sebagai bebanan," jelasnya.
Selain itu, Mariani turut menegaskan, sangkaan lelaki terhadap menopaus yang tidak sekali-kali dialami mereka, juga tidak boleh diterima pakai.
Kedangkalan lelaki terhadap perkara tersebut jelas menunjukkan betapa kurangnya pengetahuan mereka terhadap kesihatan diri gara-gara enggan menjalani pemeriksaan kesihatan.
-kosmo-
HMM. NO KOMEN.. KOMEN JANGAN TAK KOMEN..
Pertubuhan Thalasemia Malaysia merayu..
ALOR SETAR — Persekutuan Pertubuhan Thalasemia Malaysia merayu kepada kerajaan agar meluluskan permohonan mereka mendapatkan peruntukan bagi menggunakan ubat berbentuk pil untuk pesakit Thalasemia.
Presidennya, Ramli Mohd. Yunus berkata, pada masa ini kerajaan hanya membiayai rawatan menggunakan mesin dan jarum suntikan bagi mengeluarkan zat besi berlebihan terhadap penghidap Thalasemia yang merupakan penyakit keturunan berkaitan ketidakseimbangan komponen darah.
"Pesakit Thalasemia di negara ini bertuah kerana kerajaan menanggung sepenuhnya rawatan untuk mereka sejak 2004. Bagaimanapun kita berharap untuk dapat menggunakan rawatan tanpa jarum dan mesin,” katanya di sini.
Ini kerana kata Ramli, kaedah rawatan ‘infusion pump’ ini yang mengambil masa lapan jam amat menyakitkan, namun disebabkan kos yang tinggi pesakit Thalasemia masih belum dapat menikmati kemudahan ubat pil yang ada sejak 2006.
"Kami menyedari kos ubat pil amat tinggi berbanding rawatan sekarang iaitu dua kali ganda. Tetapi demi memberikan kehidupan yang lebih baik kepada pesakit, kami mohon peruntukan untuk penggunaan ubat pil bagi pesakit Thalasemia di seluruh negara,” katanya.
Ramli yang juga Ahli Lembaga Pengarah Persekutuan Thalasemia Antarabangsa turut memohon kepada Kementerian Kesihatan agar meneliti semula pam yang diguna untuk rawatan sedia ada kerana peralatan terbabit cepat rosak. — Bernama
BREAKING BAD NEWS: CANCER...
Menjelang malam, Upacara Luminaria akan dilakukan yang mana ia melambangkan penghormatan kepada bekas pesakit kanser dan memperingati mereka yang telah meninggal dunia akibat kanser.
Penyertaan RFL terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat. Dengan bayaran pendaftaran sebanyak RM15 untuk individu dan RM150 untuk kumpulan dengan 10 ahli, peserta boleh menyertai tujuh acara yang disediakan sepanjang malam.
“Wang pendaftaran yang dikutip akan digunakan untuk mengadakan kempen serta program kesedaran tentang pencegahan awal kanser selain untuk disumbangkan kepada pesakit kanser yang memerlukan bantuan serta kemudahan rawatan.
“Ia juga bakal digunakan untuk menyokong survivor kanser dan penjaga mereka dengan menjalankan program yang dapat menyuntik kekuatan serta meningkatkan kualiti hidup mereka,” jelas Zuraidah.
Bermula dari pukul 6 petang pada 16 Julai, ia akan berakhir pada pukul 10 pagi keesokan harinya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rflmalaysia.com atau hubungi talian 03-26987300.
Dikatakan mabuk kerana dia berjalan terhuyung-hayang.
~Menarik kisah yang dibaca kat kosmo ni..
Nazatul Aqmar Nazri, 26, yang bertugas sebagai chef ketika itu ditahan oleh pihak polis dan hampir masuk ke lokap gara-gara dikatakan mabuk kerana dia berjalan terhuyung-hayang.
MS (Multiple Sclerosis) buat julung-julung kalinya dijelaskan oleh Jean-Martin Charcot pada tahun 1868. Sehingga kini, punca sebenarnya penyakit ini tidak diketahui. Ia boleh diklasifikasikan sejenis penyakit autoimun kerana sistem imun menyerang tubuh sendiri. Lazimnya, keseriusan penyakit tersebut pada tahap sederhana, bagaimanapun sesetengah individu hilang keupayaan menulis, bertutur atau berjalan. Pakar Perunding Neurologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. V. Shanti memberitahu, MS memberi kesan yang berbeza terhadap individu.
"Wanita berisiko tinggi menghidap penyakit MS pada kadar dua kali ganda berbanding lelaki dan biasanya dikesan pada usia di antara 20 hingga 40 tahun. Sungguhpun begitu, MS boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur.
"Serangannya datang dan pergi. Simptomnya lebih kurang sama dengan penyakit lain seperti hipertensi dan strok menyebabkan ramai yang tidak ambil pusing mengenai penyakit ini," katanya yang menyarankan orang ramai mendapatkan rawatan segera jika mempunyai tanda-tanda MS.
Dahulu MS hanya dihidapi oleh orang Kaukasia yang kebanyakannya tinggal di Barat. Ia melibatkan satu atau dua orang dalam 100,000 orang.
Antara tanda-tanda MS ialah masalah penglihatan, kesukaran pertuturan, rasa lemah dan letih pada anggota tubuh.
Selain itu, mereka juga akan mengalami koordinasi terjejas, sakit dan kebas, kekejangan otot pada tangan atau kaki serta masalah ingatan, penumpuan, kawalan pundi kencing atau usus.
Tanda-tanda dan gejala-gejala yang berlaku bergantung kepada lokasi serat saraf yang rosak.
"Jika tanda-tanda tersebut berulang, seseorang itu perlu segera berjumpa pakar perunding neurologi untuk memastikan sama ada tanda-tanda tersebut disebabkan MS atau sebaliknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)














