Nak Souvenier best?

Cepat Mencari.


Ini antara tajuk-tajuk yang dicari dekat Malaysia. Senarai yang paling popular la kot. Kawan-kawan ada juga ke yang berminat dengan tajuk-tajuk kat atas tu?. Ini diambil berdasarkan Yahoo site la sudah semestinya. Akademi Fantasia tu paling first sebab tak lama lagi kanke dah nak start program realiti nombor satu di Malaysia. Mengalahkan program TV yang lain.

Ingatkah anda masa mula-mula bermulanya program ini. Dimana Vince menjadi Juara. Masa tu tak begitu memikat hati... Dan nampak masa tu lebih real. Sejak itu nampak lebih banyak lakonannya.. Tapi, tetap mendapat tempat di hati peminat Akademi Fantasia ni kan. (Terutamanya masa MAWI menjadi JUARA AF.. Memang ada fenomena TSUMAWI pula kan).

Agaknya, boleh ke ditamatkan riwayat AF ni. Yang ke 9 ni katanya yang terakhir.. Atau.. menjadi satu lagi GIMIK AF9?. Sama nantikan.

SIAPA NAK HEADER PERCUMA?

PENGUMUMAN PENGUMUMAN..
(Ada tak yang tengok Konsert HoreHoreAznil haritu?- sempat menontonnya dalam AstroCeria.. tertarik dengan Adik Kecil yang main tabla(ke apatah nama tu).. sangat berbakat.. comel saja lagaknya)

Oke, sebenarnya ada tawaran menarik ni. Ada seseorang boleh bagi HEADER PERCUMA buat kawan-kawan yang teringin nak mendapatkan header. Khas buat yang belum pernah ada header atau yang rasa-rasa nak tukar header BARU. Maklumla, esok kan dah nak masuk BULAN BARU. Jadi.. sudah masa untuk tukar header la kot ye..

Penting ke sebenarnya HEADER ni?.. Boleh baca LANJUT DISINI.

Tanpa melengahkan masa, jomle menyerang tuanblog ni yang menawarkan khidmat HEADER SECARA PERCUMA. Memang menarik!! Apalagi..

HEADER PERCUMA DISINI.. (cuma tinggalkan url.. sambil tu.. tambahle kawan sekali ye.. )

Adenovirus Menyerang lagi.

~Masih belum selesai ye jangkitan AdenoVirus ini.. Alfatihah buat Arwah.
Nak tahu tentang virus ini: APA ITU ADENOVIRUS.

PUTRAJAYA - Seorang lagi pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur meninggal dunia akibat jangkitan adenovirus kelmarin, menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat serangan virus itu menjadi tiga orang setakat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengesahkan kes itu berkata, mangsa ketiga yang maut akibat jangkitan itu berasal dari Bagan Datoh, Perak, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam kelmarin.

Tiong Lai berkata, mangsa, Konstabel Mohammad Siman, 23, telah dimasukkan ke hospital itu sejak 3 Mac lalu dan meninggal akibat organ dalamannya gagal berfungsi.

"Kes ini bukan kes terbaru dan kali terakhir kita menerima laporan pelatih dijangkiti adenovirus ialah pada 19 Mac lalu.

"Justeru, kita masih menunggu jika ada lagi yang dijangkiti atau tidak selepas itu sebelum boleh mengisytiharkan Pulapol bebas daripada jangkitan selewat-lewatnya 2 April ini (Sabtu)," katanya kepada pemberita semalam.

Sebelum Mohammad, jangkitan virus tersebut telah meragut nyawa Konstabel Mohd. Azizan Azidi, 25, dan Inspektor Mohd. Redzuan Ishak, 26, pada awal bulan lalu.


Dilema Universiti Study Week, Belajar di Uni atau belajar di Rumah?

Kalau kawan-kawan, mana satu yang menjadi pilihan?.. katakan diberi seminggu dua sebagai break sebelum menghadapi peperiksaan, Apa yang akan kawan-kawan lakukan? Maksudnya disini:
  • Adakah pulang ke rumah dan belajar dirumah untuk menghadapai peperiksaan , atau
  • Tinggal di UNIVERSITI/ Kolej dan pulun habis-habisan belajar?

Mana satu menjadi pilihan anda?

Kalau tanya kat diri sendiri, rasanya lebih elok tinggal sahaja di Asrama dan belajar kerana kurang gangguan itu. Kalau balik kampung/ balik rumah alamatnya buku yang dibawa balik tu akan kekal dalam beg kat situ juga. Lagi beberapa jam nak balik kolej balik, baru terkocoh nak buka buku. Tu belum sambung baca depan Dewan Peperiksaan lagi kan?..

Situasi kat atas tu biasanya bagi yang suka study Last Minute kan. Kalau yang memang konsisten tu, tak payah risau.. (Mudah ke nak jadi konsisten begitu.. Aduhai.. banyak godaan..)

Penyumbang Trafik Saat Ini.

Ye, berikut adalah penyumbang traffik blog ALL IN ONE pada tika dan saat ini. Terima Kasih Buat Semua.. (Live dari Blogger Stats)

Jom serang mereka pula...

Skandal George Clooney dan Cristiano Ronaldo.

~Setakat join parti pun kena panggil juga untuk bagi keterangan ye?.. betul-betul kontroversi la..
(Eh, kes Teo Beng Hock masih belum selesai?.. Panjangnye..)

ROME - Pasukan peguam Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi mahu memanggil pelakon terkenal Hollywood, George Clooney dan bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes seks pemimpin tersebut pada 6 April depan.

Clooney dan Ronaldo berada dalam senarai 78 orang termasuk Menteri Luar Itali, Franco Frattini serta Menteri Kesaksamaan Peluang Itali, Mara Carfagna yang mahu dipanggil oleh pasukan peguam itu sebagai saksi.

Menurut seorang peguam dari firma guaman Ghedini-Longo, Clooney dan teman wanitanya, Elisabetta Canalis merupakan antara tetamu yang hadir ke parti-parti di vila Belusconi di Arcore. Pendakwa raya mendakwa parti tersebut melibatkan perbuatan seks bebas dan tarian bogel oleh sekumpulan pelacur.

Berlusconi berdepan tuduhan membayar seorang pelacur bawah umur, Karima El Mahroug atau lebih dikenali sebagai Ruby untuk mendapatkan khidmat seks dalam salah satu parti yang dianjurkannya.

"Rasanya agak pelik kerana saya hanya bertemu Berlusconi sekali sahaja. Itu pun kerana ingin mendapatkan dana untuk Darfur," kata Clooney.

Ronaldo pula termasuk dalam senarai saksi kerana Ruby memberitahu hakim bahawa dia pernah mengadakan hubungan seks dengannya selepas berjumpa di sebuah kelab malam di Milan pada Januari 2010. Ronaldo bagaimanapun menafikan dia penah berjumpa atau membayar Ruby sebanyak AS$5,639 (RM17,077) untuk khidmat seksnya. - AFP

~Ps.. Brazil ada bintang bola sepak yang baru?

SITI NURHALIZA.

~Rupanya dah tamat Musim Pertama Rancangan SITI ni ye. Cepat la pula rasanya. Belum puas menonton. Tapi yang pernah tengok cuma sekali dua sahaja sebab kekangan masa..? Lebih dihabiskan diSINI la..

Yang terigat tentang rancangan SITI ni dimana dia temuramah TUN MAHATHIR (eh blog Che Det kena Malware jugak ye?-baru terbaca semalam). Tentang kisah Tun tak makan ikan.. Tak sangka kan mantan PM kita tu tak makan ikan..
------------

SITI adalah sebuah rancangan "talk-show" penuh inspirasi dan menghiburkan dihoskan oleh Penghibur Nombor 1 Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza. Rancangan ini bukan hanya sekadar "talk-show" biasa, malah ianya mampu memberikan inspirasi baru kepada penonton dengan menyediakan ruang untuk berkongsi dan bercerita juga menghiburkan penonton.

Rancangan selama sejam ini dibahagian kepada 6 segmen yang kesemuanya dikendalikan oleh Siti. Setiap segmen dibahagikan untuk menunjukkan kepelbagaian Siti sebagai penghibur, penemuramah, prihatin, ramah dan menyokong bakat-bakat baru.

Official Facebook: SITI | Official Twitter: SITI



Apam Tak Menjadi, Kek Coklat Hasilnya.

Tajuk tertunggang langgang. Bak negara dilanggar Garuda (ewah.)

Bukannye apa, cita-cita nak membuat apam seperti resepi yang telah di salin DISINI, akhirnya belum menjadi kenyataan kerana masa nak buat tu, takde la pulak nasi sejuk.. Nasi da habis, jadi kurang kerajinan untuk memasak nasi semata-mata untuk apam, makanya resepi apam disimpan begitu sahaja.

Lalu, terjadilah sesi membuat kek coklat. Sebabnya dah ada bahan mentah, campak-campakkan seadanya then siaple.. Tak mencabar la kan sebab dah buat beberapa kali. Yang mencabar tu adalah jika kali pertama cuba. Dahle tangan ni TANGAN KAYU oke- maksudnya tidakle terer dalam hal masak memasak..

Itu cerita semalam.. Tapi nak cerita juga harini.. hihi..

Banjir Di Perlis.

~Semoga segera berakhir keadaan ini..

KANGAR - Keadaan banjir di Perlis bertambah buruk dengan 2,386 mangsa daripada 593 keluarga dipindahkan ke 25 buah pusat pemindahan yang dibuka kerajaan negeri sejak kelmarin.

Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Azizan Hamid berkata, mangsa di daerah Kangar merupakan paling ramai dipindahkan ekoran banyak penempatan penduduk dinaiki air sehingga paras pinggang.

Bagaimanapun, pihaknya menyifatkan banjir kali ini bukan bencana alam sebaliknya merupakan banjir kilat ekoran hanya di kawasan bandar paling teruk terjejas.

"Taburan hujan sejak 29 Mac lalu mencatatkan taburan tertinggi sekitar 130 milimeter menyebabkan sungai Perlis melimpah di sekitar di bandar Kangar.

"Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) masih melepaskan air daripada enam Empangan Timah Tasoh ekoran paras air di empangan itu melebihi paras normal," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


JOM TENGOK GAMBAR BEST!!


Gambar Aksi Terlampau..

Ni ha AKSI TERLAMPAU nya.. terlampau CUTE oke. Diambil dari : http://nurul-izwa.blogspot.com/
Jomla usha-usha lagi ..
Posing camni biasanya awek-awek yang buat kan.. Kini, dak kecik pun da pandai wat.. Meh kita tanya sapa yang ajar posing ni.. COMEL kan?..

ANAK
ANUGERAHNYA TAK TERHINGGA,
KEHADIRAN MEMBAWA CAHAYA,
IBARAT KAIN PUTIH YANG TERJAGA,
HARUS DICORAK PENUH WARNA,
AGAR KELAK MENJADI SESEORANG YANG BERMAKNA...

Kriket Sinonim Dengan..

Tentulah filem -filem Hindusta kan. Memang amat sinonim Sukan Kriket ini dengan negara India. Kalau dalam filem Hindustan / Bollywood tu, pasti ada juga kisah tentang sukan Kriket ni. Kat Malaysia ni popular tak sukan ni?.. Pernah la juga menyaksikan seimbas lalu pasukan Malaysia bermain KRIKET. Tapi, tak pernah faham macamana nak main nya. Prosedur nak kira skor pun tak tahu. Yang diperhatikan, ada orang baling bola kriket, pukul dan lari- lari.

Lagi satu sukan yang PALING tak faham cara permainannya adalah GOLF. Betul tu.. Amatla tak faham. Macamana la dikira par la.. bawah par dan sebagainya. Hehe.. Yang tahu tentang GOLF cuma lah nama TIGER WOOD yang dah kurang menyerlah dan juga hadiah perlawanan yang AMAT LUMAYAN. Ada tak kawan-kawan yang pandai main GOLF ni.. Boleh cerita sikit tak?.. Sekadar untuk pemahaman bagi orang awam ni. Hehe.

wiki:
Kriket ialah permainan padang yang dimainkan dengan memakai bola dan kayu pemukul serta tiga tonggak yg menjadi sasaran lemparan bola. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yg setiap satunya mempunyai sebelas orang pemain. Ia berasal dari England lebih 500 tahun dahulu. Kriket ialah sejenis sukan berpasukan yang popular selepas bola sepak dan bola keranjang, dan boleh ditemui di lebih 120 buah negara.

JACKIE CHAN.

~Terkejut juga masa terbaca tentang JACKIE CHAN MENINGGAL DUNIA haritu. Masa baca tu tak percaya la kan. Tapi, tak mustahil sebab manusia, walau cemana pun akan tamat juga hayatnya.. macam Michael Jackson, macam Princess Diana.(oh sangat cantik puteri ini..- Semoga KATE akan berKARISMA sepertinya)

Bila baca petikan berikut.. Kira khabar tu hanya khabar angin je la kan..

On March 29, Jackie met with Yuji Kumamaru, Consul-General of Japan in Hong Kong to discuss the details of the "Love Without Borders 3/11 Candelight Gala." The event, which is expected to feature up to 100 performers, is scheduled for April 1 at Victoria Park in Hong Kong. All proceeds from the event will benefit the victims of the March 11 earthquake/tsunami in Japan.


Lagi tentang JACKIE CHAN.

jackie biography Jackie Chan was born in Hong Kong on April 7th, 1954. His parents, Charles and Lee-lee Chan named him Chan Kong-sang which means "born in Hong Kong." Jackie weighed 12 pounds when he was born and his mother required surgery to deliver him. Jackie's parents were so poor that they had to borrow money from friends to pay the doctor.

Although Jackie's parents were poor, they had steady jobs at the French embassy in Hong Kong. Charles was a cook and Lee-lee was a housekeeper. Together, the Chan family lived on Victoria Peak in Hong Kong. When Jackie was young, his father would wake him early in the morning and together they would practice kung fu. Charles Chan believed that learning kung fu would help build Jackie's character, teaching him patience, strength, and courage.

~Khabar angin cepat aja tersebar.

Penting Ke Kombinasi Lauk Pauk?

Persoalan yang sering bermain diminda tatkala nak menghadapi waktu-waktu makan. Bukan sahaja di rumah, malah di kedai-kedai makan juga. Penting ke kombinasi lauk-pauk untuk menjadikan sesuatu hidangan tu menyelerakan?

Mestila penting kan?.. Yelah, kalau tak, pasti dah tak ada klasifikasi jenis masakan. Contohnya, masakan Kampung Style, Masakan Barat dan sebagainya... Kalau nak makan sesuatu jenis masakan, mesti dah tercongak kat minda ni nak g makan kat mana.. Bagi contoh.. nak makan Lunch Ala Kampung.. mestila pergi Gerai Pak Samad. Teringin nak cuba Halal Chinese Dinner, pilihla kedai Pak JACKIE CHAN Abdullah.. begitulah seterusnya. (nama hanya rekaan ye).

Kalau kombinasi lauk-pauk, ada ke yang jenis masak/ makan pakai campur je.. Makan nasi putih, ulam- ulaman.. Tetiba kuah Mushroom Soup.. Erk, tak sesuai lak kat tekak ni ye..

Apa pilihan hidangan kawan-kawan yang biasa ye?.. Peribadinya, kebiasaan lauk pilihan, kalau nasi putih: daging masak merah, kailan ikan masin dan telur dadar.. Air sejuk: Nikmatnya.. Lapar la pulak. Jom lunch sama-sama.

Teruk sangat ke hospital kerajaan Malaysia..


Kalau gaji cukup-cukup makan, tak usahlah menabung bagai nak rak sebab nak guna servis swasta. Contoh, hospital. Katakan mengandung. Tak nak bersalin di hospital kerajaan. Takut katanya. Nak takut apa? Takut misi marah? Marahlah misi balik. Takut jadi apa-apa pada anak atau isteri? Kalau dah sampai ajal, di mana-mana pun boleh jadi. Apa? Kemudahan tak cukup? Teruk sangat ke hospital kerajaan Malaysia sampai tak cukup kemudahan? Apa lagi alasan? Tak ada prestij? Memang ngok dan bongok! Duit yang kamu menabung itu adalah lebih elok kalau simpan di dalam tabung pendidikan untuk anak

Dipetik dan memetik dari TIP STABILKAN EKONOMI KELUARGA dari MommyFara. Idea sempoi tapi berkesan. Silalah baca dan harapan agar kita dapat sesuatu dari penulisan itu. Peringatan sebegini sesuai untuk mereka yang sering mengeluh DUIT TAK CUKUP. Tapi sebenarnya salah sendiri kerana tidak bijak dalam mengurus.. ye la.. Nafsu membeli yang meninggi dalam diri tu hanya diri sendiri yang boleh kawal kan?.. (Terkadang diri sendiri ni pun tersasar juga mengikut nafsu.. hehe..harus dielakkan pada masa hadapan.)

Kawan-kawan yang ada tips lain boleh juga berkongsi di sini.. Jika ada yang menarik, akan dikongsi juga dalam entry-entry mendatang. Sebagai peringatan dan panduan untuk diri sendiri dan rakan taulan..

AKADEMI FANTASIA / Jadual Konsert (tick dalam kalender ye).


Akademi Fantasia merupakan sebuah rancangan realiti nombor satu (1) di Malaysia. Para pelajar akan bersaing untuk mendapatkan gelaran juara dan berpeluang memulakan karier dalam industri hiburan.

Mereka ditempatkan di dalam akademi tanpa sebarang komunikasi dengan dunia luar. Sepanjang tempoh ini, mereka akan belajar pelbagai kemahiran bagi menyiapkan diri menjadi penghibur yang versatile termasuk kemahiran vokal, lakonan dan drama.

Format rancangan ini diolah daripada "La Academia", yang berasal dari Mexico. Memulakan musim yang pertama pada tahun 2003 dan Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini.

Setelah lapan musim, sistem penjurian seratus peratus menerusi undian SMS penonton masih diteruskan untuk musim yang kesembilan ini. Elemen kejutan dan drama adalah segala-galanya dalam program paling popular di Astro Ria (Saluran 104) ini.

Minggu Tarikh Masa Saluran
Konsert Tirai 2nd April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 1 9th April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 2 16th April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 3 23rd April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 4 30th April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 5 7th Mei’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 6 14th Mei’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 7 21st Mei’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 8 28th Mei’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 9 4th Jun’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Akhir 11th Jun’11 9malam hingga 11malam Astro Ria

~Lama juga rupanya Rancangan ini berlangsung ye?.. Lebih kurang dekat 3 bulan juga la kan.. Nak juga tahu siapa yang akan jadi JUARA AF9 ni. Pengetua pun belum umum lagi ni... (Eksaited pula..)

2 Tahun Tak Tukar ..

~Apa yang 2 tahun tak tukar?.. Jangan fikir yang bukan-bukan..(Bila tulis ayat macam ni, dari yang tak terfikir tentu akan ada yang terfikir pulak.. ish.).. Kisahnya tentang henfon la.. Sangat bagus kerana setia pada yang asal. Akhirnya mendapat rezeki beli henfon yang canggih dengan harga yang murah.

Kawan-kawan biasa tak tukar-tukar henfon ni?.. asal ada je yang terbaru dan terHANGAT di pasaran, nak aa memilikinya. Pasti ada kan?.. Yela, nak uptodate dengan gajet terkini. Kadang, tak habis explore lagi henfon tu dah nak tangkap yang baru..

Apapun.. free-free singgah le kat: http://mamanoriz.blogspot.com/

Samsung Galaxy dan Sony Ericsson Xperia untuk kami husben n wife...

setelah lebih 2 tahun tak tukar dan guna out-dated henpon....akhirnya rezeki datang menyebelahi.... walaupun dah ramai pakai dan org lain tak heran dengan henpon ni but we felt so delighted...
Kancil Biru telah memilih kami sebagai pembeli bertuah...yahuuuu
tak sangka dapat..

Hotel Yang Best?

Apakah kriteria sesebuah HOTEL itu best?.. Adakah bilangan BINTANGnya?.. Namanya yang GAH?. Atau servisnya?.. Kena pergi dan menginap dulu la kan, barulah boleh rasa sendiri. Macamana kawan-kawan pilih tempat penginapan?.. SEARCH sendiri kat internet atau TANYA member-member yang ada pengalaman dengan penginapan itu.

Setakat ini, hotel mana yang kawan-kawan pernah menginap dan rasa SANGAT BEST? Boleh kongsi tak?..
Yang pasti, hidangan yang disediakan juga menjadi TARIKAN UTAMA..

HOTEL Ritz-Carlton Hong Kong menawarkan penginapan mewah kepada pengunjungnya.


HONG KONG - Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi hotel paling tinggi dan bangunan keempat tertinggi di dunia selepas dibuka kepada orang awam kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Hotel yang berada di tingkat 102 ke-118 di Pusat Perdagangan Antarabangsa (ICC) itu mempunyai 312 buah bilik. Ia menawarkan pemandangan bandar dan pelabuhan, selain menyediakan kemudahan seperti pusat beli-belah seluas 93,000 meter persegi, enam buah restoran, spa dan kolam renang.

Menurut Presiden rangkaian hotel mewah itu, Herve Humler, Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi sebuah mercu tanda kepada kemuncak kejayaan selepas kerja keras selama bertahun-tahun.

"Kami mampu merealisasi sebuah hotel yang betul-betul hebat. Jadi kami mengalu-alukan tetamu bukan sahaja ke hotel yang tertinggi di dunia, malah hotel yang terbaik," katanya.

Selain itu, Ritz-Carlton telah meletakkan rasa mewah ke tahap yang baru dalam semua aspek. Menara hotel itu juga kelihatan jauh lebih tinggi daripada bangunan sekelilingnya. - Agensi



Pengakuan ikhlas saya..

Teringin nak menjelajah Malaysia.. Masih banyak tempat yang boleh diterokai, boleh dilawati. Selain destinasi seperti Pulau Langkawi dan Melaka, mana lagi tempat yang best untuk ber CUTI-CUTI MALAYSIA?

Last Friday, family kecil saya ke Semporna.. Tiket flight booked 2 bulan lepas sudah.. Masa nak pegi sana tu cam fikir-fikir juga.. Especially bab fulus ni la kan.. Tekadkan semangat,bukak website, booked dan bayar.. Hahahah..

Pengakuan ikhlas saya adalah ini 1st time saya naik Air Asia,1st flight for Redza selepas pindah dari Sabah ke Perak dan of course 1st trip for Raif.. Semua pun FIRST kan so banyak juga yang saya risau.. Very the nervous tak tentu pasal..

Tak sabar menanti sambungan.. Tempat ni ala-ala cerita DUYUNG lakonan SAIFUL APEK dan YASMIN HANI tu kan dan ofkos MAYA KARIN.

Motorola Xoom setanding iPad2 ke?

~Antara pesaing gajet iPad 2.. Baca untuk diri sendiri,, Alang alang tu, kongsikan sekali..

Motorola Xoom

Walaupun iPad 2 dilaporkan popular dalam pasaran, Motorola Mobility Inc. tidak mahu ketinggalan melancarkan sebuah tablet terbaru yang diberi nama Xoom.

Motorola Xoom menampilkan skrin definisi tinggi (HD) bersaiz 25 sentimeter untuk memberi kepuasan paparan kepada pengguna. Ia turut menampilkan kamera di bahagian depan bagi kegunaan perbualan video dan kamera dengan resolusi lima megapiksel yang mampu merakamkan video dalam bentuk HD.

Xoom turut mampu menampung kandungan video Flash – sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh iPad keluaran Apple Inc. dan boleh bertindak sebagai kawasan tumpuan Wi-Fi bagi menghubungkan lima lagi gajet lain kepada Internet


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...