Nak Souvenier best?

oRANG PANDANG KECIL..

Cuba teka siapa..
Yang penting MOTO HIDUPNYA.. BEST!


23 January 1992 . budak felda yang belajar di UiTM Perak dan bakal memegang diploma dalam bidang grafik . ya, memang grafik :) diperbuat daripada Johor dan bercita cita besar . suka bercakap . suka berfikir . suka merepek . suka meneroka .

Beliau yang berdarah jenis O dan memiliki saiz kaki 8 ini lebih cenderung dan berminat pada street art, doodle art, photography dan banyak lagi . digalakkan untuk follow blog beliau jika perasaan ingin tahu anda membuak buak . beliau pun tulis blog suka suka . jadi, anda pun boleh follow lah blog beliau secara suka suka :)

"biar orang pandang kecil, tapi beliau tahu kemampuan beliau besar" :)

Haiwan Berbulu.

Baru tau yang Penguin in merupakan HAIWAN BERBULU. 
Ingat kulitnya LICIN ..

PINGU oh PINGU.

Tau Ke Mee calong?

mi chalong

Resepi : Mi chalong
dari : resepi sendiri

Bahan-bahan :
sup
isi ikan - kisar guna pengisar kering  - saya mengunakan adunan kepok lekor yang belum direbus
tepung sagu - dicampurkan bersama isi yang telah dikisar
kiub ikan bilis - 2

bahan tumis:
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
bawang merah & putih dikisar
~ tumis semuanya sampai naik bau @ kekuningan

bahan sampingan:
mi kuning
daun sup dan bawang
cili jeruk

cara-cara:
isi ikan dibuat bebola dan direbus untuk membuat sup...letak air banyak sikit.. apabila timbul...makanya dah masak la tue...  campurkan bahan tumis. renih  bersama bebola ikan.. apabila mendidih, masukkan kiub ikan bilis dan sedikit garam... siap dan boleh dihidangkan bersama bahan-bahan sampingan yang lain.


copy dari sini; http://eisyaawie.blogspot.com/
Macam menarik.

Kanak-kanak Autisme Yang Kreatif...



BAKAT kanak-kanak autisme akan lebih menyerlah jika didedahkan dengan seni kreatif.

Apa Yang Nak Tau Pasal Barangan Sejuk Beku? Frozen.



Bolehkah sejuk beku memusnahkan bakteria dan parasit?
Mikrob seperti bakteria, yis dan kulat dalam makanan tidak aktif semasa disejuk beku, tetapi setelah dikeluarkan dari peti sejuk dan berada dalam keadaan yang sesuai, mikrob-mikrob ini boleh aktif semula malah membiak pada tahap yang membahayakan kesihatan. Makanan yang dinyah beku perlu dikendalikan dengan baik kerana dalam mikroorganisme yang terdapat di dalam makanan itu membiak pada kadar biasa.
Sesetengah parasit seperti Trichina boleh mati pada suhu bawah kosong, tetapi peti sejuk biasa di rumah mungkin tidak mencapai tahap itu. Sebab itu, apabila memasak, pastikan makanan masak sepenuhnya sehingga semua parasit musnah.
Masihkah berzat dan berkualiti?
Proses sejuk beku sahaja tidak memusnahkan nutrien yang terdapat dalam makanan. Bagi daging dan produk-produk ayam itik contohnya, perubahan dalam nilai nutrien sangat sedikit.

Kenapa Nak Pandang SINIS? Sedangkan Kerja Mulia...

Dipandang sinis
Berbicara lanjut, anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu memberitahu sewaktu mula-mula bertugas sebagai pemandu bas, ramai sanak saudara yang memandang sinis kepadanya.
Tetapi, semua tanggapan negatif itu tidak dihiraukan kerana bagi Norsiah dia hanya mahu membantu keluarga mencari rezeki yang halal.
“Alhamdulillah, berkat kesabaran saya lama-kelamaan pandangan negatif sanak saudara tersebut lenyap kerana menyedari bahawa wanita juga sebenarnya mempunyai kemahiran tersendiri memandu kenderaan berat itu,” ujar wanita itu sambil menghela nafas panjang tanda lega dengan situasi yang dilalui ketika itu.
Menyelami kehidupan Norsiah, tanpa sedar ia mampu menerbitkan rasa kagum di hati apabila melihat ketabahannya dalam melaksanakan tugas.
Seawal pukul 4 pagi, Norsiah sudah bangun untuk bersiap-siap ke tempat kerja. Dia dikehendaki berada di depoh sekitar pukul 5 pagi untuk memulakan tugas membawa bas pertama pada pukul 6 pagi.

Saya Hamil, Adakah Ubat Gastrik Sesuai Untuk Saya?

Saya risau mengenai pengambilan ubat-ubatan itu, harap doktor dapat memberikan nasihat.

AISYA,
Kuala Lumpur


LAZIMNYA ubat gastrik selamat digunakan sewaktu kehamilan. Bagaimanapun anda hendaklah bertanyakan doktor anda ataupun mendapat maklumat mengenai nama bahan ubat terbabit sebelum menyemak�nya. Saya tidak dapat menjawab tanpa berpandukan kepada jenis bahan ubat berkenaan.

Namun, perkara yang lebih penting adalah tabiat pemakanan anda sebagai ibu hamil. Tiada cara lain untuk berkongsi tanggungjawab memberi nutrisi kepada janin kerana ia bergantung kepada anda sahaja dan bukannya orang lain.

Anda perlu meluangkan masa untuk itu sama ada membawa bekal tambahan (tidak perlu meluangkan masa ke kantin) atau snek ringkas yang boleh dimakan ketika bekerja.

Majikan atau rakan sekerja lazimnya memahami keperluan pemakanan ibu hamil. Tubuh kita unik. Sekira�nya keperluan makanan tidak mencukupi misalnya kekurangan glukosa, tubuh akan menyalurkan kepada organ yang lebih penting seperti otak. Tidak mustahil jika tubuh turut mengetepikan bekalan kepada janin.

Kehamilan juga boleh menyebabkan pedih ulu hati seperti gastrik. Ini kerana kesan hormon progesteron terhadap perut. Jagalah pemakanan anda.

SUMBER: METRO

Jawapan..

BANYAK kepincangan berlaku dalam masalah ini termasuk jenayah rogol, kahwin paksa, suami tidak bertanggungjawab dalam memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri.

Hubungan terlarang hingga berlaku zina, kehamilan anak zina, tiada sokongan atau pengabaian keluarga sendiri terhadap nasib anak perempuan yang terumbang-ambing akibat sikap keluarga yang gagal menjalankan tanggungjawab sebenar.

Jenayah rogol umpamanya perlu dilaporkan kepada pihak polis. Mangsa perlu dibela sebaik mungkin. Kahwin paksa sepatutnya tidak berlaku kerana ia membawa mudarat kepada pasangan.

Sementara suami pula perlu menjalankan tanggungjawab seperti ditetapkan Islam termasuk memberi nafkah zahir dan batin.

Apabila suami gagal menunaikan tanggungjawabnya, isteri boleh melaporkan kepada mahkamah syariah bagi menyelesaikan masalah supaya suami kembali bertanggungjawab atau perceraian secara baik dapat diusahakan.

Islam melarang hubungan antara lelaki dan perempuan hingga berlaku zina dan kehamilan. Larangan itu adalah muktamad dan tiada pengecualian termasuk alasan ‘suami lemah.’

Setiap orang Islam mesti menjaga maruah diri supaya tidak terjerumus dengan dosa zina. Keluarga pula perlu menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin termasuk penentuan jodoh anak dan membantu mereka apabila ditimpa musibah.

Sewajarnya keluarga sama ada lelaki atau perempuan bekerjasama membantu untuk menjadikan perkahwinan anak bahagia. Mereka sepatutnya tidak lepas tangan apabila anak sudah berkahwin.

Mengenai tindakan menuntut cerai daripada suami sahabat anda itu, ia dibenarkan Islam apabila ada alasan yang dibenarkan syarak. Dia mempunyai alasan yang wajar mengikut syarak dan boleh diteruskan.

Anak dalam kandungan perlu diteruskan hingga melahirkan. Tindakan menggugurkan kandungan adalah haram tanpa sebab yang sah mengikut syarak.

Sahabat anda itu boleh terus memelihara anak berkenaan atau menyerahkan kepada keluarga angkat jika tidak mampu menjaganya. Sebagai kawan baik, anda seharusnya berusaha menasihati dia sebaik mungkin.

Dekatkan dirinya dengan agama dan nasihat supaya tidak mengulangi kesalahan lalu dengan bertaubat sesungguhnya kepada Allah.

Berzina walau dah bersuami.

-dari metro-
SAHABAT saya dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga tanpa kerelaannya. Lelaki berkenaan jugalah yang merogol dia satu ketika dulu tetapi enggan bertanggungjawab dan meninggalkan sahabat saya itu begitu saja untuk mencari perempuan lain.

Apabila lelaki berkenaan ditinggalkan kekasihnya, dia kembali kepada sahabat saya kononnya mengaku bertanggungjawab. Keluarga sahabat saya seperti terharu dengan tindakan lelaki terbabit yang mahu bertanggungjawab dan segera memaafkan perbuatan lamanya.
Malangnya, lelaki itu sangatlah lemah apabila di atas ranjang dan tidak pernah memberi nafkah sejak setahun perkahwinan dilangsungkan.

Sahabat saya mengalami tekanan perasaan yang amat sangat apabila bersama dengan lelaki itu.
Dalam keadaan itu, sahabat saya kembali kepada kekasihnya yang disayangi.

Mereka bersama sehingga sahabat saya mengandung lima bulan.

Rahsia itu kemudian terbongkar dan ibunya enggan mengaku itu adalah anaknya yang sebenar memandangkan ibu sendiri seorang ustazah.

Keluarganya melarang sahabat saya daripada keluar rumah dan segala tindak-tanduknya diperhatikan setiap hari. Gaji bulanan diambil dan dia diperlakukan seperti sampah setiap hari oleh ahli keluarganya hingga sahabat saya bimbang keselamatan bayi di dalam kandungannya.

Bolehkah sahabat saya mengambil tindakan menuntut cerai daripada suaminya yang nyata sekali dayus seperti itu? Bolehkah dia meneruskan kandungannya walaupun benih itu bukan daripada suaminya yang sah?

INSAN JAHIL,
Melaka

Stigma Derma Darah.

MENGAJAR masyarakat menderma darah bukanlah proses yang mudah. Ramai yang masih menutup hati pada kewajipan ini. Darah digandingkan dengan perkataan ‘derma’ maka tentu saja ia sesuatu yang ditekankan, tidak boleh dipaksa.

Hanya kesedaran yang dapat membuat kita terarah kepada perbuatan mulia ini.
Ketakutan menderma darah adakalanya menjurus kepada ketakutan yang melampau sehingga ada yang terdorong mempercayai mitos merepek yang dikaitkan dengannya.


Contohnya, menderma darah memudaratkan kesihatan, membuat kita menjadi gemuk serta mudah mendapat jangkitan penyakit. Apabila mitos ini terngiang-ngiang di telinga, ketakutan semakin menjadi-jadi.

-AGAK AGAK NYA LA KAN..
MACAMANA NAK GALAKKAN DIRI SENDIRI UTK DERMA DARAH..
NAK ATASI STIGMA ITU?

PINJAM GAMBAR..

SEDAP NAMA ANAK SEDARA DIA NI..
ANAK SEDARA SIAPA AGAKNYE..
PINJAM GAMBO EK..

BELIAU..


(Emillyn Ar Ramadhani)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...