Koleksi Scents Of The World terdiri daripada lima haruman segar yang mengasyikkan iaitu Amazonian Wild Lily, Madagascan Vanilla Flower, Japanese Cherry Blossom, Indian Night Jasmine dan Atlas Mountain Rose.
Malah, selain memakai satu jenis saja, kelima-lima wangian itu boleh digabungkan bersama dua atau tiga pewangi bagi mendapatkan haruman unik dan tersendiri, mengikut kreativiti pemakai.
Amazonian Wild Lily diserikan dengan ekstrak bunga orkid putih, iris putih, kayu hutan dan betik hijau serta dilengkapkan dengan kehadiran ekstrak bunga teratai putih yang diambil khas dari Brazil.
Sementara itu, Madagascan Vanilla Flower mencetuskan rasa hangat dengan tiupan bayu dari Afrika bersama aura oriental dan bauan harum serta sedap berasal dari ekstrak ambar, vanila dan bungaan frangipani dari bumi Madagascar.
Wangian dengan tema Japanese Cherry Blossom pula mampu menzahirkan sisi romantik si pemakai melalui haruman bersifat buah-buahan dan bunga-bungaan digabung bersama epal Fuji, bunga Magnolia Cina dan sakura dari daerah Kyoto, Jepun
0 comments:
Post a Comment