Nak Souvenier best?

Showing posts with label vacancy. Show all posts
Showing posts with label vacancy. Show all posts

Kerja Kosong: 8000 tempat..

sumber:



KUALA LUMPUR – Sebanyak 8,000 peluang pekerjaan ditawarkan di Karnival Kerjaya Sektor Pertanian 2011 yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula hari ini hingga esok.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yeong berkata, pameran yang memberi peluang pekerjaan kepada lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian itu disertai 40 agensi antaranya BOH Plantations, Mydin, Sime Darby dan Malayan Sugar Manufacturing.
"Kekosongan ini harus direbut oleh para lepasan IPT untuk mendapatkan pekerjaan dan menceburi sektor pertanian bersesuaian dengan kelulusan mereka,” katanya ketika berucap merasmikan karnival itu di sini. – Bernama

doktor atau pilot?

~sumber metro

SERDANG: Negara memerlukan seramai 16,553 doktor untuk berkhidmat di sektor awam menjelang tahun 2020 bagi memenuhi keperluan penduduk yang dijangka semakin bertambah apabila Malaysia mencapai taraf negara maju selari dengan Wawasan 2020.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sehubungan itu kerajaan akan mengkaji penambahan fakulti perubatan bagi memenuhi keperluan berkenaan.


Sehingga kini, katanya, terdapat 29 fakulti perubatan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini iaitu masing-masing 11 di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan 18 di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

~sumber bernama

KOTA KINABALU,Menurut laporan Business Times baru-baru ini, dalam masa 20 tahun dari 2010, syarikat penerbangan di seluruh dunia memerlukan 49,900 juruterbang setahun dengan perkembangan syarikat mereka.

Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS) mempunyai 2,700 juruterbang manakala Ketua Pegawai Eksikutif syarikat penerbangan tambang murah Air Asia Berhad Datuk Tony Fernandez telah mengakui rantau ini memerlukan 1,000 juruterbang dalam 20 tahun yang akan datang.

~2 kerjaya pilihan pada masa depan.. pilihlah nak yang mana satu.. konfem dapat kerja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...