Nak Souvenier best?

Showing posts with label suami isteri. Show all posts
Showing posts with label suami isteri. Show all posts

Jawapan..

BANYAK kepincangan berlaku dalam masalah ini termasuk jenayah rogol, kahwin paksa, suami tidak bertanggungjawab dalam memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri.

Hubungan terlarang hingga berlaku zina, kehamilan anak zina, tiada sokongan atau pengabaian keluarga sendiri terhadap nasib anak perempuan yang terumbang-ambing akibat sikap keluarga yang gagal menjalankan tanggungjawab sebenar.

Jenayah rogol umpamanya perlu dilaporkan kepada pihak polis. Mangsa perlu dibela sebaik mungkin. Kahwin paksa sepatutnya tidak berlaku kerana ia membawa mudarat kepada pasangan.

Sementara suami pula perlu menjalankan tanggungjawab seperti ditetapkan Islam termasuk memberi nafkah zahir dan batin.

Apabila suami gagal menunaikan tanggungjawabnya, isteri boleh melaporkan kepada mahkamah syariah bagi menyelesaikan masalah supaya suami kembali bertanggungjawab atau perceraian secara baik dapat diusahakan.

Islam melarang hubungan antara lelaki dan perempuan hingga berlaku zina dan kehamilan. Larangan itu adalah muktamad dan tiada pengecualian termasuk alasan ‘suami lemah.’

Setiap orang Islam mesti menjaga maruah diri supaya tidak terjerumus dengan dosa zina. Keluarga pula perlu menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin termasuk penentuan jodoh anak dan membantu mereka apabila ditimpa musibah.

Sewajarnya keluarga sama ada lelaki atau perempuan bekerjasama membantu untuk menjadikan perkahwinan anak bahagia. Mereka sepatutnya tidak lepas tangan apabila anak sudah berkahwin.

Mengenai tindakan menuntut cerai daripada suami sahabat anda itu, ia dibenarkan Islam apabila ada alasan yang dibenarkan syarak. Dia mempunyai alasan yang wajar mengikut syarak dan boleh diteruskan.

Anak dalam kandungan perlu diteruskan hingga melahirkan. Tindakan menggugurkan kandungan adalah haram tanpa sebab yang sah mengikut syarak.

Sahabat anda itu boleh terus memelihara anak berkenaan atau menyerahkan kepada keluarga angkat jika tidak mampu menjaganya. Sebagai kawan baik, anda seharusnya berusaha menasihati dia sebaik mungkin.

Dekatkan dirinya dengan agama dan nasihat supaya tidak mengulangi kesalahan lalu dengan bertaubat sesungguhnya kepada Allah.

Kelab Taat Suami.

Maaf kalau terlambat sikit. Ketinggalan keretapi gitu. Amendenya tentang KELAB TAAT SUAMI ni ye?.. Baca tajuk je. Sepintas lalu. Tak baca pun tentang amende sebenarnya KELAB TAAT SUAMI.

Kalau kawan-kawan yang arif bolehla ceritakan sikit tentang KELAB TAAT SUAMI ni. Kelab terbaru di negara tercinta Malaysia ni.Apakah kriteria ahli-ahli kelab ini?. Dan siapa yang boleh menjadi ahlinya?.

Perlu ke penubuhan kelab-keab sebegini ye?. Kenapa nak tubuhkan bermacam-macam Kelab?..Kelab suami-suami pula tak ada ke?..

Tapi, bukankah TAAT SUAMI tuadalh KEWAJIPAN setiap yang bergelar isteri . Yelah, tatkala sah dilafazkan jadi isteri, maka beralihlah syurga dari telapak kaki ibu kepada telapak kaki suami. Jadi, kenapa perlunya penubuhan KELAB TAAT SUAMI ni?.

(buah cempedak diluar pagar-ambil galah tolong jolokkan..)

Psst.. Suami Suami

~untuk bakal suami pun boleh ni.. dan bagi isteri isteri- mesti seronok kalau dapat yang last sekali tu kan..
1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu "I love you".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua kali sehari.
3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.
5. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
6. Bila keluar out-station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
7. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
8. Sokong pendapat isteri kalau beliau bertentangan pendapat dengan orang lain.
9. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa.
10. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
11. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
12. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama isteri.
13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai.
14. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan jauh bila berjalan.
15.Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
16. Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala.
17. Bila makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
18. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
19. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain semasa dikhalayak ramai
20. Lebihkan isteri dari anak-anak.
21. Belikan hadiah-hadiah kecil dari masa ke masa -- minyak wangi, jamu atau seumpamanya.

Bakal Suami- Petua Untuk Kamu

~Isteri pun boleh baca juga.. Maklumlah cuti sekolah sekarang ni.. tentu ramai yang akan bergelar suami isteri, terbaca ni, nak share sekali kat sini.. Selamat Berumahtangga!
1001 rahsia

1. Sentiasa berdoa agar disayangi.
2. Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
3.Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
4. Berlatih untuk MENDENGAR dengan baik.
5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
6. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang "berkualiti" terhadap isteri.
7. Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.
8. Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.
9. Beri pujian mengenai penampilan isteri -- rambut, wajah, pakaian dll.
10. Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
11. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
12. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
13. Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
14. Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh" atau "tidak boleh" dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
15. Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir.
16. Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan.Jangan menyalahkan isteri.
17. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen. 18. Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
19. Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.
20. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...