Nak Souvenier best?

Yang Simple Itu Lagi Best.

simple tapi menyelerakan..


Share dari Mas Saari..
TQ..

NUMed: Newcastle United eh University Medicine Malaysia.

NUSAJAYA – Putera Andrew hari ini merasmikan pembukaan kampus Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed) di Educity di sini.

Dalam ucapan ringkasnya, Duke of York itu berkata, pembukaan kampus berkenaan akan menjadi galakan kepada pelajar jurusan perubatan di seluruh dunia untuk memilih belajar di institusi itu.

Turut hadir pada majlis berkenaan Canselor Universiti Newcastle Sir Liam Donaldson.

Kira-kira 80 pelajar perubatan sedang mengikuti pengajian selama lima tahun bermula September lalu di kampus berkenaan.

Pihak universiti menyasarkan pengambilan penuntutnya kepada seramai 900 orang menjelang 2017.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dalam ucapannya pula berkata, pembukaan universiti itu mampu menjadi pemangkin untuk melahirkan lebih ramai doktor bagi memenuhi keperluan negara selain membantu meningkatkan tahap kesihatan rakyat. – Bernama

Twitter.

PETALING JAYA: Pelakon Faezah Elai memberitahu kata-kata yang ditulis di laman Twitter tiada kena mengena dengan mana-mana pihak termasuk bekas isteri Heykal Hanafiah, Jaja Nadzir.

Kata Faezah, apa yang ditulisnya di Twitter adalah secara umum tanpa berniat untuk mengaitkan nama siapa-siapa.

"Saya tidak mengamuk di Twitter, saya hanya menulis apa yang saya fikirkan secara umum tanpa mengaitkan atau menulis nama seseorang.

"Lebih-lebih lagi bekas isteri suami saya, kerana saya tidak pernah kenal dengannya apalagi berhubung," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Faezah diminta mengulas tentang gosip sebuah akhbar mingguan tentang pelakon Anak Mami ini mengamuk dan meluahkan perasaan di laman sembang Twitter.

Dalam laporan tersebut juga berkata Faezah telah menulis beberapa kenyataan yang kurang enak didengar.

Selain itu, Faezah turut berkata penggunaan kata seruan dalam tulisannya di Twitter telah disalah anggap sebagai mengamuk.

"Saya rasa mereka yang membaca Twit saya dengan nada yang salah kerana saya menggunakan banyak tanda seruan yang menyebabkan ramai yang menganggap saya marah atau mengamuk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...