Nak Souvenier best?

Perlawanan Piala Malaysia 2012. 14 September 2012.

Perlawanan Piala Malaysia 2012. 14 September 2012.


DEBARAN beberapa pasukan untuk menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik dalam saingan suku akhir Piala Malaysia akan terjawab apabila masing-masing akan berentap di setiap lokasi yang berbeza di seluruh negara, malam ini.

Adakah enam pasukan pilihan iaitu Lions XII dan Johor FC (Kumpulan A), Kelantan (Kumpulan B), Negeri Sembilan (Kumpulan C) serta Pahang dan Selangor dalam Kumpulan D akan mengiringi kemaraan Angkatan Tentera Malaysia dalam saingan suku akhir?

Atau pasukan yang menduduki tangga ketiga dalam setiap kumpulan mampu bangkit dan mencipta kejutan sekali gus menyambar slot ke suku akhir.

Justeru, beberapa pasukan dilihat berdepan misi ‘hidup dan mati’ bagi menentukan pasukan mana yang berhak menempah slot ke suku akhir.- newsonline-

Kate & William di KLCC: tidak mampu berkata-kata


KUALA LUMPUR - Lebih 3,000 orang dari segenap lapisan masyarakat membanjiri Taman Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pagi ini bagi melihat dengan lebih dekat lagi pasangan diraja Britain Putera William dan Catherine.  
   
Duke dan Duchess of Cambridge yang tiba pada pukul 10.30 pagi itu disambut dengan sorakan daripada orang ramai yang tiba seawal pukul 8 pagi sambil mengibarkan bendera Malaysia dan Britain. 
   
Pasangan itu dibawa menaiki buggy dari luar pusat membeli-belah Suria KLCC sehingga ke pintu masuk taman dan kemudian berjalan kaki untuk bersalaman dan melambai kepada orang ramai.  
   
Ketibaan Putera William dan Catherine di Taman KLCC disambut dengan paluan gendang dan tarian kebudayaan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara serta dipersembahkan dengan alunan alat muzik tradisional daripada pelbagai kaum iaitu gambus, kulintangan, sape, sitar dan er hu.  
   
Orang ramai yang hadir ternyata teruja dan kagum dengan kecantikan Catherine yang memakai gaun paras lutut berwarna putih mutiara dan kesegakan William yang menyarungkan sut berwarna biru gelap.     

Putera William dan Catherine atau lebih dikenali sebagai Kate sentiasa melemparkan senyuman kepada orang ramai yang turut memberikan kuntuman bunga ros serta pasangan itu juga beramah mesra dengan orang ramai tidak kira usia dan bangsa.
   
Priyenshar Sebastian, 19, yang datang sejak 8 pagi bersama rakannya Sangeeta Arokiasamy, 22, gembira sehingga tidak mampu berkata-kata apabila melihat pasangan diraja itu di hadapan mata mereka.

Video menghina Nabi Muhammad

~Sejak keluar isu ini, serata dunia mengadakan prote untuk menyekat video ini, namun pihak GOOGLE  pula tak nak padamkan.. 

Video menghina Nabi Muhammad


SAN FRANCISCO - Syarikat enjin pencari gergasi, Google yang juga pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di rantau Arab.

Dalam satu kenyataan, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut.

Menurut jurucakap Google, treler filem berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu kononnya tidak melanggar polisi dan garis panduan Youtube.

Bagaimanapun, susulan daripada protes ganas pada Selasa lalu Google memutuskan untuk menyekat akses filem anti-Islam tersebut di Mesir dan Libya bagi tempoh sementara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...